Bab 31

5.4K 174 0
                                        

Hari ini hari cuti. Hari ini sudah lebih tiga minggu mereka hidup bahagia bersama. Dan tarikh hari ini sebenarnya tarikh anniversary mereka yang kesebelas. Sejak mereka mula bercinta di tingkatan tiga. Lima haribulan November. Jadinya, Aslam nak mengajak Arsya menonton wayang. Tiba-tiba benak fikirannya teringatkan kejadian 10 tahun lepas. Semasa menonton wayang bersama. Cerita seram.

"Sayang, you nak tengok cerita apa?"

"Mestilah hantu!"

"You ni tak habis-habis. Konon berani. Balik rumah karang takut."

"Mana ada. I berani okay. I tak takut."

"Okay, jom. You tunggu sini, I nak beli tiket." Aslam kemudiannya melangkah menuju ke kaunter tiket.
Apabila pintu dibuka, mereka terus melangkah masuk ke panggung wayang tersebut. Arsya mengambil tempat dihujung sekali manakala Aslam mengambil tempat disebelahnya.

Aslam mula berfikiran nakal ingin mengacau Arsya.

Tak takut, kan? Meh I nak test you tu penakut ke tak.

Aslam mula sengih jahat. Arsya yang sedang khusyuk melihat skrin panggung wayang tersebut langsung tidak menyedari tangan Aslam yang sudah menjalar ke bawah tempat letak tangan. Aslam buat muka khusyuk kononnya. Tiba-tiba...

"Aaaaaaaa!!!!" Arsya menjerit sambil terlompat bangun. Aslam sendiri terkejut dengan jeritan Arsya. Makkk aiii! Kuat gila kau!

Semua penonton mula menoleh ke arah mereka sambil memandang pelik. Arsya memang menunjukkan riak cuak habis. Mana taknya, tengah hantu tu nak tarik kaki perempuan dalam cerita tu, kaki dia yang kena tarik. Mahunya tak jadi orang gila. Arsya kemudiannya diam.

Aslam mula mengangkat tangan ke arah penonton menunjukkan tiada apa-apa berlaku. Aslam cuak. Kalau dia tahu aku yang buat... Mati, mati. Aslam hanya diam sampai cerita itu habis. Takut sebenarnya aweknya itu akan mengamuk.

Dan selepas keluar dari panggung tersebut, Arsya menarik telinga Aslam.

"Siapa suruh you kacau I masa kita tengah tengok wayang hah?! Cerita hantu pulak tu! Kononnya buat muka tak bersalah. Ingat I tak tahu ke yang you tu suka kacau orang. Nakal! I merajuk seminggu!!" Arsya terus berlalu selepas itu.

Dan memang ya. Arsya merajuk seminggu. Lebih pulak tu. Nasib baik aku ni mat romeo pandai pujuk. Dan sejak itu juga, mereka langsung tidak keluar tengok wayang sehingga mereka terpisah.

Bila dah jumpa balik, barulah mulakan kegiatan tu dengan amalia Arsya yang amnesia. Itu pun jarang sebab kerja. Aslam tergelak hingga tidak perasan Arsya disebelahnya.

"Abang.." Arsya memegang muka Aslam.

"Abangggg!" Arsya menepuk sedikit pipi Aslam.

"Eh? Ya? Sayang?" Aslam kembali ke dunia realiti.

"Abang kenapa? Tetiba ketawa. Seram pulak sayang."

"Takde apalah. Jom tengok wayang nak harini?" Aslam bertutur dengan tawa yang masih tersisa.

Arsya buat muka bosan plus menyampah plus rasa nak ketuk kepala suaminya itu.

"Taknak. Nanti kena buli. Ni abang gelak mesti teringat abang buli sayang dulu kan?"

"Aishh mana ada sayang. Sayang ni buruk sangka kat abang. Tak baik."

"Kalau menipu lagi berdosa tau."

"Okay okay. Abang tak tipu. Kita tengok cerita fantasy pulak kali ni."

"Okayyy janji tak kacau okay?"

"Abang janji." Aslam mengangkat tangan tanda dia berjanji.

Janji kau selalunya tak jalan pun, Aslam. Haha. Maaf sayang kalau abang ternakal sikit kejap lagi.

Aslam sambung ketawa.

Setelah bertapa selama sejam lebih di dalam panggung wayang, akhirnya mereka melangkah keluar. Mereka berjalan beriringan di sekitar shopping mall. Arsya memeluk erat tangan Aslam.

"Abang, sayang nak minta something..." Arsya menayangkan giginya yang putih.

"Minta apa, sayang?" Aslam mula pelik. Sebelum ni kalau nak apa apa, Arsya pergi ke kedai tu, and terus ambil.

Arsya membuat muka comel.

"Boleh tak kalau harini kita habiskan masa macam zaman remaja dulu? Main boling ke, karaoke ke, apa apa je la. Pergi taman ke. Sayang rindu macam dulu." Arsya hanya mencuba meminta sebegitu. Yalah. Semua tu kenangan dulu. Sekarang, susah sangat. Sebab dua-dua sibuk. Tak ada masa.

Aslam senyum mengejek.

"Rindu abang la tu. Tulahh. Sombong. Tak mengaku rindu abang yang dulu. Abang kan comel."

"Comel memang comel. Tapi perangai, nauzubillah!"

"Nakal buli abang!" Aslam cubit pipi Arsya. Makin tembam pulak bini aku ni. Bahagia kot. Haha. Takpa, makin tembam makin comel gitu.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang