Bab 12

6K 204 0
                                        

Farabi melangkah masuk ke dalam hotel yang menempatkan janji temu business Datin Qaseh. Sebenarnya, dia mengikut saja. Mamanya yang mendesak. So, ikut aje la sebelum mama bising. Kemudian mereka duduk di sebuah meja khas yang telah disediakan untuk perbincangan tersebut.

"Mama ada janji temu dengan siapa ni?" Farabi bertanya mamanya.

"Adalah."

"Dia tu siapa?"

"Ish Ara ni . Tak sabar betul. Kejap lagi dia datanglah." Datin Qaseh tergelak kecil.

"Assalamualaikum, Datin." Seseorang menyapa dari belakang.

"Waalaikummussalam. Eh Aqil Arfan. Dah sampai rupanya."

"Datin dah lama ke? Maaflah Aqil busy kejap tadi." Aqil menggunakan perkataan Datin. Dia cuma mengenali Datin Qaseh sebagai seorang wanita yang ingin menjalinkan hubungan perniagaan dengannya. Kualiti business yang dijalankan oleh syarikat Datin Qaseh juga sangat baik. Jadi, apa salahnya mencuba?

"Tak apa. Kenalkan, ini anak aunty, Farabi Ilham." Kemudian apabila Farabi bersalaman dengan Aqil, Datin Qaseh membuka mulut.

"Ara, ini Aqil Arfan. CEO Eliminate Hotel." Datin Qaseh tersengih. Aqil Arfan yang melihatkan Farabi yang dikenalkan sebagai anak Datin Qaseh itu kemudiannya tersenyum.

Farabi Ilham... Akhirnya aku jumpa kau. Tapi kau terlambat, adik aku dah ada yang punya.

Aqil tahu semuanya tentang Farabi. Biasalah, adiknya di bawah kawalan yang ketat. So semua orang yang mendekati adik mereka juga mereka kenal seratus peratus.

Terjatuh rahang Farabi tika itu. So that, ini Abang Arsya?! Gila handsome. Okay aku mengaku abang dia handsome. Patut adik pun lawa. Sebenarnya, memang dia tahu semua pasal abang and famili Arsya. Sebab dia minat sangat kat Arsya tu. Tapi tak pernah sekali pun terjumpa mahupun terserempak dengan abang Arsya. Itu yang tak kenal tu. Nama pun tahu nama pendek je.

"Ini anak aunty?"

"Yapp. Baru balik dari US. Macam Aqil jugaklah."

"Ohhh. Takde jodoh kan kita sebab tak terserempak langsung kat sana." Aqil menepuk bahu Farabi.

"Haha yalah kot." Farabi hanya menjawab pendek dengan sengihan.

Selepas itu, mereka memulakan perbincangan tentang perniagaan yang akan dihubungjalinkan.

'Mama mesti sengaja nak jalinkan hubungan dengan Abang Arsya. Ish mama ni. Ni malas ni. Susah bila dia tahu siapa yg aku suka. Alahai' Farabi berbisik di dalam hati.

"Anyway, malam hujung minggu ni ada annual dinner dekat Eliminate Hotel. So, Aqil jemput aunty and Farabi datang ek."

"Okay aunty pastikan kitorang akan datang." Datin Qaseh tersenyum manis.

-------------------

"Hello."

"Hai, sayang."

"Hello, baby boo."

"You ada mana?"

"Rumah je. Berangan."

"Berangan pasal I la tuh . Jom keluar. Kita cari baju untuk annual dinner nanti."

"Okay."

"I'm on my way to you. Pergi bersiap okay. Muuahhhhh!"

"Okay sayang. Muahhh!" Arsya lantas bergegas menyiapkan diri.

Mereka berjalan mengelilingi pusat membeli-belah sambil berborak.

"That one." Aslam menuding jari.

"Serious lawa gilalah kalau you pakai. Serious tak tipu."

"Semua benda lawa you ni. You pakailah senang." Arsya tergelak sendiri. Memang betul pun. Sedari tadi lagi, Aslam asyik memuji. Yang itu cantiklah, yang ini cantiklah. Semua dibelinya. Siapa yang nak pakai ni Aslam ku sayang? Tunang you ni ada sorang aje. You dah beli enam helai dress untuk I. Aduhai Aslam, Aslam.

"Sayang! Serious okay. Ni last." Aslam memegang sehelai baju ala-ala princess.

Serious. Yang ini lawa. Aku pun kata lawa. Apatah lagi dia, memang dia kata lawalah. Haha.

"Okay last okay." Aku mengambil baju tersebut seraya masuk ke bilik persalinan untuk mencuba baju tersebut.

Setelah beberapa minit, Arsya keluar dengan gaunnya yang sangat cantik.

"Sayang.." Aslam sedikit terpegun.

"Okay sumpah yang ini lawa gila! Kita ambil."

Arsya menggelengkan kepalanya. Senang-senang you beli shopping mall ni teruslah sayang. Senang I nak tukar baju hari-hari. Arsya mencebik.

--------------------

Arsya melangkah kakinya masuk ke dalam ballroom hotel yang tersergam indah di tengah ibu kota. Dia berjalan dengan muka yang innocent kononnya. Kena sangat dengan make up yang dihiaskan dimukanya yang berkulit putih kemerahan itu.

Mana Abang Ammar smua ni?

Sebenarnya tadi dia yang mendesak ingin pergi sendiri. Menyesal pulak. Nak naik cari kat office buat lenguh kaki melangkah je. Nak call pun.. Hm macam tak angkat je. Sekarang tengah busy kan. So biar jela.

Arsya menyusun langkah untuk ke tempat duduk VVIP.

Duduk sinilah. Selesa sikit.

Arsya duduk dengan sopan dan menoleh ke sekeliling. Okay. Aku kena usyar dengan pekerja lain. Tak rasa malu ke Arsh? Haha. Ni meja VVIP. Kau tu siapa nak duduk sini?

Tapi dari sudut lain, hatinya bermonolog. Suka hati akulah nak duduk mana pun. Ini hotel aku, okay.

Ewah ngaku hotel sendiri pulak. Penat Abang Aqil selama ni, aku pulak dapat nama.

"Sayang I cantik sangat malam ni." Aslam menunduk membisik di telinga Arsya. Arsya yang memakai gaun yang dibelinya tempoh hari memang sangat memukau mata.

Arsya pula menoleh seraya memandang Aslam tidak berkelip. Mata Aslam yg dilekapkan lens berwarna biru itu amat kena dengan penampilan dan gayanya pada malam ini. Cair terus kau, Arsya. Nasib baik kau dah cup awal-awal.

"Eh baby bila sampai?"

"Baru je sayang." Aslam mengambil tempat di sebelah aku kemudian berkata

"Amboi cubaan berani mati nampak duduk dkt tempat VVIP. Dah kena usyar dengan dorang dah sayang."

"Biar je. Ada I kisah?"

"Acececeyy mementang hotel dia. Berlagak."

"Hotel abang I." Arsya menyengih. "Anyway Aslam sayang I hensem sangat."

"Alaaaaaaa jangan kata handsome. Nanti I perasan. Terkoyak seluar kang."

"Haha mengadalah you ni! Tapi benda betul."

Arsya tertoleh ke kanan kemudian dia terlihat seseorang tersenyum manis kearahnya.

Ish macam aku kenal muka lelaki tu. Siapa eh? Dengan lampu yang samar-samar di hotel itu, memang tak boleh nak cam muka orang. Kemudian lelaki itu melambaikan tangan ke arahnya.

Ishhh dia lambai kat aku pulak. Siapa dia ni?

Memori Arsya berputar kembali. Eh? Kejap. Ini bukan ke... Farabi Ilham?! Macam mana dia boleh ada kat sini pulak ni? Aduhhh. Arsya menepuk dahi.

"Sayang, What's wrong with you? Ada nyamuk kat dahi ke? Kesian dahi you dah merah kena tampar." Aslam tergelak sendiri.

Ha ha ha. Okay. Lawaknya. Tapi baguslah Farabi ada. Biar dia tahu aku dah ada yang punya. Aku tak suka dia kacau aku. Aku ingat bila balik sini semua dah berakhir. Ini? Tetiba dia wujud. Ish sesat betul mamat ni. Menyampah!

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang