"You jahat jahat jahat! You buli I. You kata you ada boyfriend baru. You kata you dah taksayang I. You kata you nak lupakan I. You kata kita dah takda apa apa." Aslam bising dalam bilik. Bising merajuk sebenarnya. Siap hentak kaki lagi. Persis budak lima tahun tak dapat aiskrim. Mana mungkin nak marah-marah. Cukuplah dua kali dia membuat kesilapan.
Dan dia juga dah tahu akan siapa sebenarnya Harish. Sepupu Arsya rupanya. Ceh!
Dan bab Darwisy Amzar tu, dia tak nak ambil pusing sebab si Darwisy yang terkejarkan Arsya. Arsya buat dek aje.
Arsya naik meluat dengan perangai mengada itu.
Hentak kaki kat lantai konon. Ingat comel kot? Nasib baik kau comel, Lam. Kalau tak, aku kerat jugak kaki yang duduk tak diam tu. Cakap jela. Main hentak-hentak kaki pulak. Arsya membebel dalam hati. Kemudian dia beristighfar.
Suami aku tu! MasyaAllah kau ni, Arsh.
"Tipunya abang sayang ni. Sayang tak cakap pun yang sayang dah tak sayang abang. Sayang pun tak cakap yang sayang nak lupakan abang." Arsya membuat mulut muncung seraya memeluk lembut belakang badan Aslam.
Aslam mula cair. Okay. Rugi kau marah. Kan? Kau akan kalah jugak. Sebab kau memang dah kalah. Dari dulu lagi, Amalia Arsya ni tak pernah kalah. Semua dia akan menang. Okay, Aslam? Now. Kau mengalah. Rendahkan ego kau demi orang yang kau cinta.
Aslam lantas menghadap muka isteri kesayangannya itu.
"I banyak buat salah kat sayang. I nak minta maaf."
Arsya lantas menghentikan mulut Aslam yang berbicara itu dengan jarinya.
"Aslam sayang jadi abang. Arsya jadi sayang. Okay, abang? Kita pernah cakap pasal ni kan?" Arsya teringatkan kembali gurauan mereka zaman remaja semasa di sebuah shopping mall. Aslam yang hendak menemani Arsya membeli barang masa tu.
"Sayang, I ni macam suami you, kan? Teman sayang beli barang dapur."
Arsya senyum. Barang dapurlah sangat? Aku nak beli chocolate favourite aku aje."Okay.. Sayang abang, sayang nak beli apa lagi untuk masak malam ni? Susu anak dah beli?" Aslam bersuara santai sambil bersandar di rak barang.
Arsya buat muka menyampah.Weh Aslam pleaselah!! Mak cik sebelah ni yang tetiba aje wujud dah usyar lain macam dah. Tahulah dia tu dah macam orang dewasa. Kalau cakap dah kahwin pun, mesti orang percaya. Aku ni... Memang macam budak-budak bawah umur. Baru 16 tahun kot Aslam Haizqril!! Lantas dia menarik Aslam ke kaunter. Arsya tergelak sendiri.
"Sayang?" Aslam mencubit sedikit pipi isterinya.
Lamunan Arsya terhenti. Dia kembali kedunia realiti.
"Ya, abang?"
"Sayang fikir apa?"
"Hahaha teringat dulu. Sepuluh tahun lepas. Masa dekat shopping mall beli barang, yang abang cakap kita macam dah kahwin. Haha makcik sebelah usyar lain macam dah."
"Haha okay abang ingat. Masa tu sayang pendek lagi. Abang ni memang tinggi, bergaya, handsome pulak tu."
Arsya menampar lembut dada Aslam."Dan gatal haha."
"Sayang, abang ego selama ni. Sembilan tahun sayang hilang. Atau lebih tepat sekali, meninggal kononnya. Abang memang tak tahu nak buat apa. Abang study aje. Abang tak layan perempuan. Sebab abang sayang sangat kat sayang. Abang menyesal abaikan ayat manis sayang dulu untuk pujuk abang. Sweet talkernya bini abang sorang ni." Aslam sedikit mengejek.
"Haha sebab tu jugak sayang dah tak guna cara macam tu dah. Macam gedik semacam and I think it doesn't work at all, right?"
"Gedik pun abang suka. Abang suka semua tu. Tapi ego ni, tak boleh nak letak tepi masa tu."
"Tak apa. Benda dah lepas. Life must go on. Janji sayang dah dapat pujaan hati sayang ni pun dah cukup bersyukur."
"Jodoh kita kuat rupanya."
"Ha'aa kan, abang?"
"Yap. Dan sayang abang tetap akan ada dalam hati abang sampai syurga nanti."
"Iloveyousomuch."
"I love you more than I never thought possible."
"Macam pernah dengar ayat tu." Arsya mengecilkan mata.
"Love is not finding someone to live with, it's finding someone you can't live without." Arsya diam.
"Loving you was the best thing I've ever had. And it will always be." Aslam menayangkan giginya yang putih tersusun. Arsya kelu.
"Your love has cursed me, from the start it has no ending. I wonder why and how. I won't find any way, things to break this curse." Aslam sengih. Arsya ternganga.
"If your love is a drug, then I'm willing to be addicted on it." Aslam senyum.
"Okay, stop stop. Abang hafal semua yang sayang bagi kat abang dulu ke apa?"
"Sayang abang sweet talker, right? Told ya. Sayang memang sweet talker sangat. Abang cair gila! Tapi ego. Ish rugi rugi." Arsya ternganga.
"Like seriously abang ingat semua tu?!"
"Eh mestilah. Ada beratus lagi ayat yang sayang bagi kat abang. Wow. Sayang abang memang sweet sangat. Playboy macam abang punya ayat pun kalah." Aslam menjelirkan lidah. Alah comelnya kau, Lam.
"Haha. Abang mengaku playboy. Ish. Menyampah. Sayang ingat lagi abang pernah cakap dulu, abang ayat sayang pun, kekadang bukan jalan sangat. Tapi abang pulak yang cair." Sumpah lawak yang ini. Boleh pulak dia kata aku ni susah nak termakan kata-kata manis dia. Ish dia tak tahu ke aku sengih sampai ke malam kalau fikir pasal dia, ayat-ayat dia, perangai dia, mengada-ngada dia. Ha, sudah!
"Haha betul sayang. Susah nak ayat sayang. Memang abang dapat sayang. Tapi masa tu abang tak dapat hati sayang. Macam kosong aje hati sayang pada abang. Suka perli-perli abang. Tuduh macam-macam."
Pipi Arsya memerah. You hargai apa yang I bagi? Tak sangka. I ingat you tak kisah pasal I. I ingat you memang tak nak ambil tahu pasal I dulu. Arsya senyum dalam tangis. Tangisan kegembiraan. Mana taknya. Dulu setelah Aslam meninggalkannya, dia memang hari-hari tinggalkan pesanan ringkas atau apa-apa aje yang menunjukkan rasa sayangnya kepada Aslam.
"Sayang... Sayang tak tahu nak cakap apa. Sayang rasa terharu. Padahal abang tak layan sayang langsung lepas abang kembali kepada Lisa."
"Lisa tu hanya satu kesilapan dalam hidup abang." Aslam senyum. Mereka akhirnya berlalu ke katil. Letih seharian.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Romansasaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.