Bab 41

6.9K 205 3
                                        

Ammar terpandangkan seseorang. Cantik. Cantik sangat. Tapi, siapa? Ammar terus berjalan ke arah wanita yang dapat menarik hatinya. Dia memang tidak seperti Miyyo yang ramai kenalan perempuan. Dan dia juga tidak seperti Aqil, yang sudah mempunyai girlfriend di US.

Wanita itu tiba-tiba bangun dari duduknya dan ingin berlalu pergi. Ammar yang melihat terus melajukan kakinya. Dia berhasrat ingin menegur. Alang-alang ini syarikat dia. Baik buat ramah sikit kali ini.

"Awak!" Ammar mengeluarkan suara. Wanita itu berkalih. Segaris senyuman dilemparkan kepada Ammar.

"Ya? Awak panggil saya?"
Ammar bagaikan ingin jatuh pengsan melihat senyuman itu. Memang sah! Cinta pandang pertama dah aku ni.

"Errr... Awakk..." Ammar kehilangan kata. Nak cakap apa ni?

Bagai tahu apa yang terbuku di hati Ammar, wanita itu bersuara.

"Saya cari kerja kat sini. Tunggu interview. Tapi tak dapat." Wanita itu bersuara perlahan. Agak sedih didengari.

Ammar buat muka agak terpegun. "Awak nak kerja sini?"

"Ya. Saya baru habis master. Dan saya ambil bidang ini. Tapi katanya, saya tak cukup layak dalam bidang yang saya nak kerja disini." Wanita itu menerangkan lagi.

Ammar lagilah seronok. Macam nak bersorak hooray aje.

"Oh ye ke? Awak dah interview?"

"Dah." Jawab wanita itu perlahan.

"Di bawah siapa?"

"Encik Haziq." Haziq... Pekerja aku di bahagian pengambilan pekerja baru berkelulusan tinggi. Ish kau, Haziq. Perempuan lawa macam ni kau tak terima? Eh kejap. Sejak bila aku kisah bab ni?

"Ohhh. Tak apa tak apa. Esok, awak datang lagi. Interview yang kedua. Nama awak siapa?" Ammar mula beramah. Sah pekerjanya hairan kalau nampak dia begitu ramah sampai macam ni.

"Syafiqah Syahira." Wanita itu senyum. Ohhhh syafiqah.... Kau buat aku terbang. Terbang jauh nun sana.

"Encik?" Syafiqah mula pelik dengan kelakuan mamat handsome dihadapannya. Memang luruh jugak jantung ni tadi. Handsome. Mesti pekerja perkapalan kan. Syafiqah menilik penampilan lelaki itu sekilas. Baju lengan panjang yang disinsing dan baju dimasukkan ke dalam seluar. Formal dan smart!

"Helloooo, Encik?" Syafiqah menggoyangkan tangannya dihadapan Ammar. Ammar masih beriak seperti tadi tapi kali ini lagi parah, sampai tersengih-sengih.

"Encikkkkk!" Syafiqah menguatkan sedikit suaranya di tepi telinga Ammar. Walaupun Ammar tinggi, dia rasa suaranya sudah cukup kuat.

"Eh ,ya saya." Ammar tersedar. Nasib baik tak sempat nak sampai planet Marikh. Berangan sungguh kau ni, Ammar.

"Nama encik apa?"

"Ammar. Ammar Affan. Pggl saya, Ammar aje. Atau awak suka nama Affan? Panggil saya Fan ek. Apa-apa aje yang awak rasa sedap nak panggil."

Syafiqah pelik. Apani? Peramah teruk dah dia ni.

"Encik kerja bahagian mana?"

"Kan saya dah cakap, panggil nama saya. Panggil saya Fan, okay?"

"Okaylah, En..... Affan."

"Saya kerja bahagian pengambilan pekerja baru jugak tapi saya baru datang sebab tadi ada emergency. Kalau tak, mesti saya dah bantu awak."

"Eh, tak apa. Saya takut saya memang tak layak bekerja di bawah syarikat sebesar ni."

"Eliminate Cruise memang memerlukan pekerja bahagian yang awak mohon secepat mungkin." Ammar mula mengarang. Mengarut kau ni, Ammar. Bedal sajalah.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang