Farabi merenung lama wajah sidia dalam gambar yang sudah lama berada di dalam hati. Dia terlalu menyendiri. Sampai tidak tahu perkembangan yang telah terjadi. Kemudian, telekom berbunyi.
"Tuan Farabi." Namanya diseru oleh si setiausaha.
"Ya saya."
"Ada orang nak jumpa tuan. Katanya penyiasat peribadi tuan. Dia call tuan tak dapat." PA Farabi memberitahu akan kehadiran seorang lelaki yang ingin berjumpa dengan Farabi.
"Okay. Let him in." Farabi baru teringatkan smartphonenya yang sudah kehabisan bateri. Sudah berhari-hari tidak dicharge. Malas. Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar.
"Tuan Farabi." Lelaki yang memakai jaket hitam itu menundukkan kepala sedikit.
"Ya. Ada info apa dah sekarang?" Penyiasat peribadinya yang dikenali sebagai Kim itu tersenyum.
"Banyak, tuan. Saya pasti tuan suka." Kim tersengih.
Farabi bangun dari duduk.
"Pasal apa? Kalau kau nak cakap mereka hidup bahagia, baik tak payah."
"Eh mana ada. Malah sebaliknya."
"Maksud kau?"
"Cik Arsya dan Tuan Aslam nampaknya macam dah putus. Arsya sekarang ni berhubungan dengan seseorang. Harish namanya. Harish tu sebenarnya sepupu Arsya." Farabi agak terkejut. Dan tersenyum jahat. At least tak dapat kat Aslam. Kalau sepupu Arsya ni, senang aje nak handle. Macamlah aku tak tahu. Arsya pernah cerita dia memang rapat dengan sepupunya pun. Farabi kemudiannya terus bertanya.
"Good. Lagi?"
"Aslam dah berhenti dari Eliminate Cruise. Dia kembali ke kedah dan uruskan syarikatnya sendiri.
"Syarikat apa?"
"Ashaiz Holding. Syarikat minyak, tuan. Dia sebagai CEO. Sebelum ni, papanya yang menerajui syarikat itu sebab dia taknak. Dia nak kerja perkapalan."
Boleh tahan kau ni, Aslam. Aku dah silap pandang rendah kat kau sebelum ni. Aku ingat kau orang biasa-biasa aje. Tapi tak apalah. Aku malas kacau kau sekarang ni. Sebab Arsya dengan kau, dah tak ada apa apa. So, kau bebas dari aku.
Farabi mengenangkan rancangan jahatnya. Sampai ingin membuat Aslam terbuang jauh dari Malaysia. Ataupun mati. Ya, itu memang ada dalam kepalanya selama dia menyendiri. Tinggal nak dilaksanakan sahaja.
--------------------
Arsya merengus geram. Meluatnya aku dengan kau, Aslam. Sayang memang sayang. Makin lama, makin melayang. Tengok perangai kau tu dah la. Tah apa apa. Dasar ego! Aku ingat dah hilang ego kau tu sejak aku kena stay US. Bila aku dah balik, ego kau pun datang balik. Ish ish dahsyat betul.
Arsya sebenarnya sayang. Sayang sangat akan Aslam. Tapi itulah, asyik aku aje kena pujuk rayu. Aku pun ada maruahlah. Dulu remaja, aku bodoh sikit. Aku terlampau sayang sampai memujuk rayu. Bagi ayat-ayat manis bagai. Sebab nak Aslam kembali. Sekarang? Nak buat macam tu? Kirim salam. Gamaknya kalau aku amnesia lagi, aku buat kot? Aku yang hilang ingatan tu kan gedik sikit.
Fikiran Arsya semakin serabut dengan semua ini. Sayang memang sayang. Kalau takpercaya, belahlah dada ini. Tapi, relakslah. Kalut apahal? Baru umur 26 kan? Kita main main dulu ye, Aslam sayang. Arsya tersenyum jahat. Kali ni Aslam memang akan kalah. I'm sure of that hundred percent.
------------------
Ammar yang sedang menaip sesuatu di laptopnya, terhenti seketika. Agak-agak apa yang adik buat lama kemain di Kedah? Dia tidak mengirim sebarang bodyguard untuk mengawasi adiknya kali ini sebab Harish pun dah cukup untuk menjaga Arsya.
"Agak-agak, Arsya jumpa tak dengan Aslam?" Ammar menggaru keningnya.
Dia tak nak Aslam dan Arsya berperang. Kerana salahnya dahulu, bawa Arsya menerima rawatan di US secara tiba-tiba. Siap sebarkan bahawa adiknya sudah meninggal. Kejamnya statement aku.
"Hai Abang Ammar. Hehe." Miyyo membuat muka manja di hadapan pintu bilik Ammar.
"Kau nak apa?"
"Tak. Nak bagitahu I'll fly to Sabah for two days."
"Then?"
"Nothing. Just wanna tell ya."
"Okay belikan rafflesia untuk abang."
"Serious nak?!"
"Hahaha. Gurau je la."
"Kalau nak, nak beli betul-betul. Kita buat satu taman bunga belakang rumah. Puas. Hari-hari kita berkebun."
"Nak mengarutlah tu! Dah dah. Abang banyak kerja."
"Okay, abang. Nanti Miyyo beli ole-ole kat abang."
"Okay take care."
"You too." Dan Miyyo terus melangkah meninggalkan Ammar sambil menarik bagasinya.
YOU ARE READING
Cintaku Kembali
Roman d'amoursaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.