Bab 30

5.9K 174 0
                                        

Sudah seminggu mereka bergelar suami isteri. Kehidupan yang sangat bahagia dijalankan dengan penuh kesyukuran. Syukur atas nikmat Allah berikan. Mereka langsung tiada masalah. Allah menguji kesabaran mereka selama sepuluh tahun. Dan akhirnya mereka bersatu dalam ikatan yang sah.

"Sayanggg!"

"Yaaa." Arsya terus menapak turun kebawah.

Rumah agam yang sangat indah. Dibina oleh Aslam. Sudah siap dua bulan lalu. Nak surprisekan untuk Arsya konon. Last-last dia yang tersurprise. Kalah sungguh dengan permainan arsya. Hahaha. Okay lelaki macam aku pun dah kalah. Lawak lawak.

"Sayang, teman abang kejap."

"Teman buat apa?"

"Teman abang siram pokok bunga."

"Arsh dah siramlah tadi, bang."

"Takpalah. Kalau macam tu, kita pergi jogging nak?"

"Abang ni memang tak tahu erti penat ke? Harini weekend. Sepatutnya kita duduk rumah aje. Tengok tv ke apa ke. Esok kerja balik."

"Alaaaa. Sayang ni. Abang kan kuat. Abang boleh dukung sayanglah. Tak kira. Sayang kena ikut!"

"Okay okay. Give me five minutes."

"Okay. Abang tunggu!"

--------------------

Aslam memeluk bahu Arsya sambil berjoging. Joging apabenda pun tak tahu kalau berkepit macam tu.
"Esok kerja. Malas gila."

"Ingat sayang je malas? Abang lagilah."

"Nasib kita sama, kan? Kena uruskan benda yang kita tak suka."

"Tak apalah, sayang. Kejap aje ni. Nanti anak kita dah besar, kita bagi semua kat diorang."

"Amboi. Wujud pun belum dah cakap pasal nak serah syarikat dah. Haha!"
"Akan diusahakan" Arsya mencebik lantas dia berlari kehadapan. Arsya berlari dengan laju kemudiannya menoleh kebelakang. Aslam mesti kejar aku hehe.

Tapi, kosong. Tiada sesiapa.

"Mana aslam?" Arsya cuak sekejap.

"Aslammm!" Arsya menjerit memanggil nama kesayangannya. Arsya cuba bertenang. Dia menyorok aje kot? Arsya berlari ke arah tempat tadi. Aslam tetap tiada. Hatinya kurang sedap. Dia mula mengeluarkan telefon pintarnya seraya mendail nombor bodyguard.

"Ya, Puan Arsya." Mereka yang tersorok di tepi pokok berdekatan menghampiri Arsya.

"Mana Aslam?"

"Err..." Mereka berdua terdiam.

"Mana Aslam?!" Suara Arsya sudah naik satu oktaf.

"Puan... Sebenarnya..."

"Hai sayang!" Aslam muncul tiba-tiba. Arsya menoleh sambil membuat muka marah.

"Apa ni marah-marah? Tak nak okay tak nak. Sorry sayang. Salah abang." Lantas Aslam menoleh ke arah dua orang bodyguard yang ditugaskan untuk menjaga mereka berdua.

"You may go now. And lepas ni, tak payah nak awasi sangatlah. Cukup kau ikut aku ke office and balik."

"Baik, Tuan Aslam." Mereka berdua berlalu dari situ.

"Abang pergi mana, hah? Dah dup dap dah jantung ni."

Arsya membuat muka geram. Aslam kemudiannya mengeluarkan bunga dari belakang badannya lalu diberikan bunga tersebut kepada Arsya.

"Ini. Abang belikan bunga untuk Arsya. Hehe. Tadi dah Arsya lari. Abang ingat nak surprisekanlah. Abang kan kaki panjang sangat. Kejap je sampai sana tu." Aslam memuncungkan mulut ke arah tempat Arsya berlari tadi.

Jauhlah sangat, sayang. Harhar. Arsya menjelingkan matanya seraya mengambil bunga tersebut.

"Thanks, abang. Jangan buat lagi tau!" Arsya tersenyum. Asyik ulang yang dia tinggi tu aje la. Oh please. Aku pun tinggi, okay abang? Kita bukan di zaman remaja dah. Arsya abang ni dah tinggi daripada perempuan lain. Arsya mengomel di dalam hati.

----------------------

Aslam dan Arsya melangkah ke dalam Eliminate Cruise. Mereka berdua ingin berjumpa dengan Ammar. Ingin menguruskan hal business yang dihubungjalinkan antara Aslam dan Ammar. Arsya yang berkeras hendak ikut. Katanya harini dia cuti. Bosan duduk rumah. Jadinya, dia menempek dimana jua Aslam berada. Tak jadi kerja jugak Aslam harini. Yalah. Isteri tercinta depan mata. Gelora jiwa ni mana tahan. Asyik nak tatap aje muka comel isterinya.

Sayang, sayang. Nakal macam abang jugak.

Aslam senyum sambil memegang erat tangan Arsya.

Semasa mereka berjalan menuju ke office Ammar, terdengar banyak suara mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka. Ada juga yang bermasam muka namun dimaniskan jua muka yang mencuka itu.

Maklumlah Aslam dah kahwin.

"I nak jumpa Abang Ammar. Pasal business."

"Baik, Tuan Aslam." Setiausaha cantik yang bernama Luna itu terus memaklumkan kepada bosnya.

Kemudian Aslam dan Arsya terus melangkah masuk ke bilik mesyuarat. Setiausaha Ammar agak menunduk melihat Arsya tadi. Dia pun geng gosip syarikat jugak. Jarang join tapi dia tahulah apa yang mereka gosipkan.

Tiba-tiba benak fikirannya memikirkan sesuatu. Keningnya dikerutkan.

Kejap. Dorang datang sebab business?

Semua orang tahu yang Aslam telah berhenti kerja. Bagi mereka, Aslam pasti akan menguruskan syarikat Arsya. Tapi apa kena mengena pula dengan perkapalan?

Sungguh dia pening. Lalu diselak helaian fail yang Tuan Ammar serahkan kepadanya. Suruh tolong kemaskinikan katanya. Dan sejurus dia membuka fail itu, mulutnya sumpah melopong luas. Matanya terbeliak.

"Aslam Haizqril, CEO of Ashaiz Holding?!" Ternganga mulutnya. Alia yang baru sahaja melepasinya terus melangkah mendekati.

"Weh kau apahal jerit siap muka terkejut macam beruk macam tu?" Alia terus bertanya. Dia kan memang penyibuk.

"Aslam...."

"Dia dah kahwin dengan Puan Amalia Arsya. Baru tadi diorang lalu depan aku."

"Bukan pasal tu!"

"Habistu?" Alia mendesak ingin tahu.

"Aslam tu... I mean, Encik... Eh no. Tuan Aslam tu sebenarnya CEO Ashaiz Holding. Syarikat minyak yang besar tu." Luna bercakap separuh menjerit. Nampak sangat gaya gediknya disitu.

"What?!" Alia terlopong.

"Kau tahu mana?"

"Dia datang ni sebab urusan itu lah."

"Aku ingat dia datang nak jumpa abang ipar dia."

"Patut nampak macam mewah aje."

"Gaji dia kerja sini pun dah beribu, kan. Memang kita tak syak apa-apalah."

"Kenapa agaknya dia kerja kat sini?"

"Aku rasa dia nak cari pengalaman."

"Banyaklah kau punya pengalaman! Beza tu jadi CEO dengan bekerja atas kapal."

"Aku rasa aku tahu sebab apa. Mesti sebab Puan Amalia Arsya."

"Dia dah kerja kat sini sebelum Puan Arsya balik."

"Mana tahu dia memang tahu Puan Arsya akan balik."

"Mungkin... Dahla! Aku nak buat kerja. Malas nak cakap pasal ni sangat. Dorang pun dah kahwin, kalau tak, memang aku rembat dulu Tuan Aslam."

"Haha. Mimpilah kau. Aku pun nak sambung kerja. Bye!" Alia akhirnya berlalu pergi.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang