Bab 8

6.5K 222 1
                                    

"Tuan Farabi."

"Ya saya?" Farabi Ilham terus menoleh melihat siapakah gerangan yang memanggil namanya.

"Saya tak sangka Tuan masih ingin pulang ke Malaysia." Pemandunya bertanya dengan hati yang penuh tanda tanya. Setahunya, selepas enam tahun menetap di US, Tuan Farabi sudah memaklumkan bahawa dia tak akan pulang ke Malaysia.

Farabi tersenyum.

"Saya ada kerja kat sini."

"Ohhhh. Berapa lama tuan akan berada di Malaysia?"

"Sampai urusan saya selesai." Farabi tersenyum penuh makna. Pemandu kereta mewahnya cuma terdiam dan terus menjalankan tugas memandu ke arah rumahnya.

Terbuka sahaja pintu utama banglo milik mamanya, terdengar jeritan kecil Datin Qaseh.

"Farabi! Anak mama dah balik."

"Ya maaaa. I'm home!"

"Macam mana kat US?"

"Macam biasalah, ma."

"Macam sedih aje bunyi? Kalau tak, bukan main lagi seronok duduk sana tak nak balik sini langsung."

"Mana ada sedih, ma. Ara rindu mama." Farabi mula memeluk manja ibunya.

"Ara balik mesti ada something nak dibuat, kan?"

"Eh, mana ada."

"Mama tahu anak mama tu macam mana."

"Emmmmmmmm takdalah ma. Ara balik aje. Lama sangat dah tak balik." Datin Qaseh memandang anaknya dengan pandangan yang susah untuk ditafsir.

"I know my son very well." Kemudian, dia tersenyum.

"Don't tell me you sent someone to follow me." Farabi buat muka.

"How if I say yes?"

"Mama!" Farabi geram dengan mamanya yang masih menganggapnya budak kecil yang perlu dijaga walau ke mana jua.

"Anak mama ada sorang aje, sayang."

"Ikut suka mamalah."

"Who's Amalia Arsya" Datin Qaseh memainkan keningnya.

"Ish siapa pulak tu, ma? Entah. Tak kenal pun nama tu."

"You're hiding something from me."

Farabi mula mengubah topik. "Ara letih sangat. Baru balik. Tiba-tiba kena soal siasat soalan entah apa-apa. Bye ma, good night." Farabi lantas mencium ibunya dan berjalan naik ke atas.

"I'll know soon, son" Datin Qaseh tersenyum dan kemudian mengdail nombor seseorang.

"Dapatkan informasi tentang Amalia Arsya." Datin Qaseh sedikit mengangguk.

"Yapp. Yang I suruh you siasat masa kat US tu dulu." Datin Qaseh kemudian mematikan telefonnya.

------------------

Siapa Amalia Arsya ni? Hebat sangat ke perempuan ni? Sampai anak aku sanggup balik ke Malaysia. Kenapa aku langsung tak boleh nak tahu privasi dia?

Lamunannya terhenti apabila telefon canggihnya berdering.

"Hello. Ya. Thanks for the information." Usai mematikan panggilan tersebut, Datin Qaseh terus mengeluarkan iPadnya dan membuka maklumat yang diberi tentang Amalia Arsya.

Amalia Arsya? 25 years old. Bekerja di Eliminate Cruise.

Ini aje ke maklumat yang ada?

Datin Qaseh mengeluh.

-------------------

Farabi yang melangkah melintasi mamanya yang sedang membaca majalah berhenti saat namanya dipanggil.

"Farabi!"

"Yaa, ma." Farabi menyahut dan lantas dia berjalan menuju ke arah mamanya.

"Mama nak tanya."

"Apa?"

"Amalia Arsya tu doktor apa?"

"Apa soalan mama ni?" Farabi membuat muka cemberutnya.

"Mama tanya aje."

"Dia doktor pakar jantung." Farabi menjawab malas.

"Dia tinggal kat mana?" Datin Qaseh cuba mengorek rahsia perlahan-lahan.

"US. Balik Malaysia." Walaupun Arsya tidak pernah memberitahunya bahawa Arsya berasal dari Malaysia, Farabi tetap mendesak rakan-rakan Arsya di US untuk menceritakan segalanya dan kemudiannya dia juga ingin pulang ke Malaysia.

"Dia asal mana?"

"Malaysia. Stay US."

"Kenapa jawapan dingin sangat ni?"

"Ara tahu mama tanya sebab mama tak boleh nak pecah masuk soal peribadi dia, kan?" Ara mula ketawa kecil.

"Hahaha mama, mama. Mama silap oranglah kalau mama buat macam tu." Datin Qaseh bermuka kelat setelah anaknya berkata begitu. Pelik! Mana dia tahu?

"Apa maksud Ara?"

"Mama tahu Ammar Affan?"

Datin Qaseh sedikit terperanjat mendengarkan soalan anaknya itu.

"Tahu."

"Amalia Arsya? Adik dialah tu."

Datin Qaseh sedikit tercengang.

"So Amalia Arsya tu.... Ohmygod Farabi!"

Farabi tersenyum. Dia tidak hairan dengan harta dan kekayaan yg dimiliki oleh Arsya, dia cuma inginkan hati wanita tersebut. Dua tahun dia cuba mendekati Arsya, tapi tidak sekali pun Arsya memberi jawapan yang positif. Dia rasa dia dah terlalu baik. Dan dia tahu Arsya tak pernah bercinta sejak dia mengenali Arsya.

"Okay, mama restu."

"Ish, mama ni apalah."

"Mama pernah dengar pasal adik paling bongsu. Tak tahu pulak nama. Memang budak tu talented sangat. Genius pulak tu."

"Mama tahu mana genius smua ni?"

"Alahhh mama tahulahhh."

"Mama ni memang macam tu. Kononnya smua bnda mama tahu."

"Ara ni saja buat mama geram!"

"Mana ada. Haha Ara nak keluar kejap." Ara lantas berlalu dan mencapai kunci keretanya lalu terus menuju ke pintu utama banglo tersebut.

--------------------

"Hello!" Farabi menyapa seorang wanita cantik ditempat duduk sebelahnya seraya tersenyum.

"Hi." perempuan itu membalas senyuman.

"Continue your master for medical, huh?"

"Yes. Same goes to you right?"

"Yes, for sure." Farabi teringat saat pertama kali bertemu dengan Arsya di kelas mereka semasa menuntut di universiti yang sama di US.

"Arsya. You drive me crazy. I don't even know before that you're a Malaysian girl."

Farabi tersenyum kegirangan. Senang usahanya untuk mendapatkan gadis itu. Tambahan pula gadis itu adalah orang Malaysia.

Cintaku KembaliWhere stories live. Discover now