"Amzar!" Arsya bersuara apabila ternampak Darwisy Amzar di hadapannya.
"Hai you. Dua hari tak jumpa. I dah rindu." Darwisy tersenyum manis ke arah Arsya. Perempuan mana yang tak cair dengan senyuman dia, memang perempuan tu hati keras kuat lah. Termasuk Arsya. Hati dikawal ketat oleh Aslam. Hehe.
Arsya rasa menyesal panggil Darwisy tadi.
Sebenarnya, dia sedang berjalan-jalan di shopping complex. Tiba-tiba nampak Darwisy tengah memilih baju. Habis tu, tak kan tak panggil kot?
"I tak rindu you pun." Arsya buat-buat pilih baju.
"You pilih baju untuk siapa ni? Untuk i eh?" Darwisy kejip-kejipkan mata bulatnya yang tak begitu bulat. Tapi nampak sangat memukau.
"Untuk tunang I."
"I tak percaya you ada tunang." Darwisy bersandar di cermin di bahagian tepi.
"Tu tunang I dah sampai." Arsya menunjukkan ke arah Harish. Fuh! Selamat Abang Harish datang on time.
"Hai, sayang. Siapa ni?" Harish sudah memandang Darwisy dengan pandangan pelik."Inilah lelaki yang I langgar tu." Arsya memperkenalkan Darwisy kepada Harish.
"Oh hai. I Abang Arsya." Dengan pantas Harish memperkenalkan dirinya. Arsya pulak tak sempat nak memintas percakapan Harish. Alaaaa. Masak ah aku. Mesti dia kata aku tipu bab bertunang. Benci!
"Abang? You abang Arsya? Hahaha." Darwisy bertanya kembali. Tadi hatinya bagai mahu pecah melihatkan lelaki yang menuju ke arah mereka digelar tunang oleh Arsya.
"Dahla. Jom, abang. Arsh nak balik." Arsya menarik tangan Harish. Tapi Darwisy lebih cepat membisik di telinganya.
"I akan miliki hati you soon." Darwisy tersenyum manis.
Biar betul dia ni? Aduh. Kalau dia tahu aku tunang Aslam Haizqril dan bersangkut paut dengan semua yang pernah dia kerja, mesti dia heart attack ni. Sudahlah, Darwisy. You tak akan dapat hati I. Ia milik Aslam.
"Biar mimpi sampai ke bintang, Amzar."
"Mimpi I akan tercapai kelak. Lebih jauh dari bintang." Selepas itu, Darwisy bersalaman dengan Harish.
Harish kelihatan tercengang melihat kemesraan Arsya dan Darwisy berbisik-bisik. Arsya, ni kalau Aslam nampak, makin berasap tau! Baik you behave sikit.
------------------
Aslam menumbuk pintu biliknya sekuat hati. Tidak puas gamaknya pergi gym. Sebab stres. Stres akan tunangnya yang curang. Memang dari dulu dia suka pergi gimnasium. Release tension.
Aslam menghenyakkan punggungnya ke atas sofa empuk yang diletakkan di hadapan katilnya.
"Aku punya susun rancangan nak dapatkan kau balik, nak buat kau merayu kat aku macam sepuluh tahun lepas, nak buat kau bermanis mulut dengan aku macam dulu, tengok-tengok?! Ish! Serious aku tak percaya. Ini bukan amalia arsya aku dah ni!" Aslam menahan geram.
Mana taknya. Dulu, memang pada mulanya dia yang mengayat si Arsya. Tapi bila Arsya dah sepenuhnya jatuh sayang padanya, dia mula buat perangai. Sengaja. Sebab dia suka perempuan itu memujuk rayu. Sumpah dia suka.
Tapi sekarang? Memang... Arghhhhh! Boleh gila jadinya. Aku nak macam dulu!
"Aslam." Tiba-tiba terdengar namanya dipanggil dari bawah.
"Ya." Aslam terus melangkah ke balkoni lalu menjengukkan kepalanya ke bawah. Kelihatan mamanya yang sedang memberi ikan koi makan.
"Lam bebel apa tu? Kenapa?"
"Takda apalah, ma."
"Aslam gaduh dengan Arsya ke?" Pertanyaan mamanya buat Aslam terdiam."Tadi Arsya call mama. Dia cakap dia dah tak boleh teruskan dengan Aslam." Aslam ternganga sebentar.
Weh! Sanggupnya perempuan ni! Mentang-mentang kau dah ada pakwe baru!
"Aslam dengar tak mama cakap?"
"Yaya. Teruskan." Aslam mula tidak betah. Aku takkan putuskan pertunangan ni lah. Kau ingat kau boleh menang? Sekali kau terikat dengan aku, selamanya kau terikat dengan aku!
"Dia pun dah ada orang lain. So, majlis perkahwinan tinggal taksampai sebulan dah kan?"
"Ya, mama. Then?"
"Since Arsya dah ada orang lain and tak nak kat Aslam, mama pun dah ada calon baru untuk Aslam."
Hampir terjatuh Aslam dari balkoni. Ishhh mama! Sanggup mama buat begini kepada anak mama.
Aslam ingin menangis. Dia faham akan tujuan mamanya.
Sah dah! Nak kena jodoh lani. Memang semua ni salah kau, Aslam! Kau tu yang bengap. Konon susun rancangan nak buat Arsya kembali. Mimpi lah Aslam. Lain yang kau rancang, seratus peratus lain yang jadi. Ambik engkau!
"Mama nak jodohkan Aslam ke apa ni?"
"Bukan macam tu. Mama tahu Aslam kecewa tapi mama pun tak nak malu. Mama dah kasitahu kawan kawan mama yang Aslam akan kahwin sebulan lagi. Takkanlah nak batal? Aslam pun dah dua puluh enam tahun."
"Ikut suka hati mamalah. Malas dah Aslam nak hadap semua ni." Aslam membuat muka bosan lalu masuk ke dalam biliknya kembali seraya menutup rapat sliding door.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Romansasaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.