Bab 34

5.1K 182 0
                                    

Setelah lima bulan hilang jejak Arsya, Darwisy datang ke KL. Hatinya mendesak untuk menemui pencuri hati. Memandangkan clientnya juga sudah berpindah ke Kuala Lumpur, jadi dia pun kenalah selalu bertandang ke sana. Bahagia sebab makin dekat dengan Arsya kononnya.
Dan hari ini, Darwisy diajak oleh sahabat baiknya, Amir untuk ke sebuah butik pengantin. Saat kaki mereka melangkah memasuki butik itu, Darwisy Amzar dapat merasakan hatinya yang agak berdebar dan tidak enak. Kenapa agaknya?

"Hai." Darwisy Amzar menegur seorang perempuan cantik yang mungkin merupakan pekerja di butik ini.

"Oh hello. May I help you, sir?" Perempuan itu tersenyum ke arah Darwisy dan Amir.

"I nak tengok koleksi baju pengantin kat sini." Amir bersuara sambil tersenyum.

"Encik nak pilihan jenis apa ye?"

"Tunjukkan semuanya dekat I. I pun tak tahu nak buat tema macam mana."

"Butik ni menyediakan pelbagai jenis pakaian pengantin tetapi hanya warna putih dan silver disediakan."

"Great. I suka warna silver." Amir memandang sekeliling butik. Dekorasi yang sangat menarik perhatian. Darwisy pula hanya duduk di sofa menyelak majalah pengantin yang tersedia di atas meja.

"Yang itu, still available?" Amir terlihatkan sepasang pakaian pengantin berwarna silver yang sangat elegen. Terdapat seorang perempuan sedang menghiasi baju tersebut.

"Yang itu? Ya, masih available." Perempuan yang bertag nama Elisa, berjalan menuju ke arah wanita tersebut.

"Kak, ada orang nak tempah baju ni."

"Oh great. Siapa?"

"Pelanggan tu. Dia baru datang dan dia berkenan sangat dengan baju ni." Arsya lebih suka pekerjanya di butik memanggilnya kakak, tapi no way nak panggil Aslam sebagai abang. Huh! Kena panggil Tuan Aslam no matter what. Lalu Amir melangkah ke arah Arsya yang tersenyum ke arahnya.

"I nak buat sedikit perubahan untuk baju ni. Untuk majlis perkahwinan I." Amir bersuara setelah Arsya memutuskan yang baju itu tidak ditempah oleh sesiapa. Dan hanya satu jenis disediakan. Setiap koleksi rekaan butiknya memang akan menyediakan sepasang sahaja.

"Bro, ini okay kan?" Amir memanggil Darwisy dan saat Darwisy mengangkat kepalanya dari memandang majalah, terus matanya terpaku ke arah Arsya. Akhirnya, terlerai rasa rindu untuk menatap wajah wanita yang mencuri tangkai hatinya.

"Arsya..." Nama itu meniti dibibirnya.

"Eh Encik Darwisy. Apa khabar?"

"Baik. I rindu you, Arsh." Semua yang mendengar sudah tercengang. Apatah lagi Arsya.

"Sayang! Mana tie bie? Bie dah lambat ni nak pergi meeting." Aslam tiba-tiba bersuara dari tingkat atas.

"Bie ni kan. Kejap!" Arsya terus meminta diri untuk naik ke atas.
Darwisy buat muka terkejut habis. Siapa yang memanggil Arsya sayang? Abang dia ke? Atau... Jangan cakap Arsya dah kahwin.

"Biasalah tu, Encik. Suami Puan Arsya memang manja." Perempuan itu tergelak kecil. Manja ya amat Tuan Aslam tu. Naik menyampah kadang-kadang.

"Suami?" Darwisy sudah makin tidak keruan.

Dan Arsya terus melangkah ke bawah kembali. Ingin melayan pelanggan yang inginkan perkhidmatan butiknya. Aslam pula mengikuti jejak Arsya sambil memegang bahu Arsya. Gedik betul! Main-main sangat.

"Eh Darwisy!" Aslam bersuara apabila ternampak muka Darwisy.

"Datang cari baju pengantin ke?" Darwisy menganga melihat muka Aslam Haizqril.

"Tak. Teman kawan je."

"Oh. Kenalkan, isteri I, Amalia Arsya." Aslam memeluk pinggang Arsya.

Saat itu, hati Darwisy patah seribu. Berkecai.

"Congratulation, Aslam. I tak dapat pergi majlis you sebab I balik kampung."

"Tak apa. Hehe. Sayang, I have to go. Nanti petang abang ke Eliminate Medical Centre, okay? Temankan sayang. Iloveyou, muah." Aslam mencium dahi Arsya dan berlalu pergi.

Darwisy hanya diam membisu sehinggalah urusan sahabat baiknya selesai.

----------------

Disebabkan lapar yang melampau akibat belum makan tengahari, mereka melepak di restoran berdekatan.

"Kau apahal ni, Wish?" Amir pelik dengan perubahan angin kawannya.

"Arsya tu, wanita yang aku selalu cerita dekat kau."

"Lah?! Serious?!"

"Ya. Aku tak sangka dia kahwin dengan client aku, Aslam. Kau tahu kan dia first client aku. Tak sangka, bro. Patutnya aku percaya dulu yang dia dah bertunang."

"Selama ni kau cerita pasal dialah?"

"Ya."

"Apahal kau tak sebut nama penuh dia? Kau asyik sebut Arsya, mana aku tahu."

"Kenapa?" Darwisy mengerutkan dahi. Aku pun cuma tahu nama Arsya aje. Tak tahu pulak nama dia panjang mana.

"Siapa aje tak kenal dia kat sini? Amalia Arsya, pemilik Eliminate Medical Centre. Adik si Miyyo, Ammar dan Aqil. Kau tahu kan tiga beradik yang memang berjaya dalam bidang business?"

Darwisy menganga. Beberapa bulan mengenali Arsya, tidak cukup untuk dia mengetahui siapa Arsya sebenarnya.

"Trepic Company tu bukan bapak tiga beradik tu punya ke?"

"Yelah. Bapak Arsya jugak. Kau carilah orang lain. And kalau kau nak tahu, Aslam tu budak sekolah menengah saingan kita, kau ingat?"

"Kejap, kejap. Aslam Haizqril?! Eh yela. Betul. Aku lupa! Sumpah tak ingat langsung." Darwisy baru dapat refresh kepala otaknya dengan baik. Semuanya bersangkut paut. Dunia ini kan berpusing?

"Dan kau tahu kan apa dah jadi dekat dia lepas awek dia dikatakan meninggal?"

"Down gila." Masih ingat seorang Aslam yang bergaya dan diminati ramai perempuan, tiba-tiba senyap. Sebenarnya jarang jumpa Aslam, cuma dengar cerita budak-budak lain aje. Sekolah pun lain-lain. Memang jarang sangat nak jumpa. Pernah juga dengar perempuan-perempuan bandingkan dirinya dengan Aslam. Kata mereka, tak boleh nak banding, dua-dua mencairkan hati. Entah apa-apa. Dia pun bukan minat sangat nak bercinta zaman remaja. Dan dia juga tak ambil pusing atas kehilangan Aslam yang pergi menyendiri sekian lama. Tapi dia tahu, semua itu disebabkan kematian girlfriend kesayangan Aslam.

"Yap. Dan sekarang kau tahu Arsya tu siapa?"

"Tak..."

"Itulah awek dia yang meninggal dulu. Dah kembali."

"Hah?!"

"Tak meninggal pun. Cuma amnesia dan dibawa ke US."

"Gila! Kau tahu mana semua ni?"

"Awek aku kan bekerja sebagai PA Ammar Affan." Dan Darwisy makin ternganga.

"So, kau lupakan aje Arsya. Memang susah. Sebelas tahun dorang bercinta, even terpisah, even amnesia, tetap bersatu. Rancangan Allah kita tak tahu, kan?"

Darwisy pula semakin membisu. Nampaknya, dia harus mematikan impian untuk menjadikan Arsya suri dihatinya. Sudahlah. Dia bukan tandingan Aslam. Sah dia akan kalah di tangan Aslam.

Cintaku KembaliWhere stories live. Discover now