Hari sabtu tiba. Seperti yang telah dirancang, rombongan daripada ahli keluarga Aslam Haizqril datang ke rumah Arsya untuk masuk meminang.
Sehari sebelumnya, Puan Azzahra menelefon Aslam bertanyakan tentang bakal tunang Aslam itu. Tapi Aslam kata rahsia. Dan sekarang, mereka sudah terpacak di hadapan rumah nan indah itu.
"Lam, ini ke rumah perempuan yang dah culik hati anak mama ni?" Puan Azzahra bertanya. Sebenarnya dia tidak menggalakkan anaknya ikut. Tapi kalau dah degil sangat, ikut jela.
"Ya, ma. Nanti Lam cerita dekat mama semuanya okay. Sekarang ni Lam nak tunang dulu."
"Amboiiiii. Bagitahu lah dulu nama dia apa. Kerja apa? Anak siapa?" Puan Azzahra mula membebel.
Sambil berjalan menuju ke pintu masuk utama rumah itu, Aslam menceritakan sedikit sebanyak tentang bakal tunangnya.
Mamanya kelihatan sedikit tercengang. Begitu juga dengan papanya. Ya, mereka terkejut. Mereka juga pernah dengar tentang tiga businessman berjaya itu, tetapi tak tahulah pulak ada adik bongsu. Nama Amalia Arsya pulak tu!
Agaknya macam manalah rupa perempuan tu? Cantik ke tak? Mestilah cantik. Kalau tak, tak kan Aslam nk desak suruh masuk meminang macam ni.
Puan Azzahra berfikir. Sebenarnya bukan desakan sangat, dia sendiri yang mahu menolong anaknya.
-----------------
Setelah sejam menjalankan majlis pertunangan, akhirnya Arsya menjadi tunang Aslam. Arsya dan Aslam sempat bergambar kenang-kenangan supaya dapat dilihat oleh anak cucu.
Kononnya Aslam kata nanti nak tunjuk zaman muda papa and mama. Eh? Aslam nak kahwin bila dah tua ke ape? Yg kalut sangat nak ambil gambar sekarang ni kenapa? Hahaha. Arsya ketawa sendiri.
Aslam menyiku lembut tunangnya.
"Sayang kenapa? Tetiba je ketawa."
"Takde apa. Best jadi tunang you. Yeay finally, I'm your fiancé." Arsya tersengih comel.
Puan azzahra tiba-tiba mendekati mereka berdua.
"Cantiknya bakal menantu mama. Taksalah Aslam pilih bakal isteri. Mama berkenan sangat dekat Arsya. Arsya baik. Family pun baik-baik." Puan azzahra memuji-muji Arsya yang memang nampak sempurna di matanya. Sangat sempurna.
Aslam, Aslam. Dapat manalah nak oi? Cantik sangat satu hal. Pandai sangat pulak tu.
Puan Azzahra telah diceritakan oleh abang-abang Arsya tentang tunang kepada anaknya itu. Kehidupan yang dibina di bumi lain dan dibawa pulang ke Malaysia tak sampai setahun.
"Terima kasih, aunty. Janganlah puji sampai macam tu. Malulah Arsya."
"Panggil mama, sayang. Mama dengan papa Arsya mana? Mama baru perasan mereka takde sekarang." Setahunya dia tidak diberitahu bahawa ibu bapa Arsya telah meninggal. Maksudnya hidup lagi la tuh.
"Oh. Mama papa kat UK. Urus business kat sana. Kalau tunang ni memang mama dengan papa tak sempat balik. Tapi insyaAllah nanti kahwin dorang balik" Arsya tersenyum.
"Ohh macam tu." Puan Azzahra terus bertanya macam-macam kepada Arsya. Dia tidak dikurniakan anak perempuan. Hanya mempunyai tiga orang anak lelaki. Yang sulung dah kahwin. Tapi kehadiran Arsya bagai membangkitkan perasaan seorang ibu kepada anak perempuan. Sungguh. Dia sukakan Arsya. Dia bersyukur Aslam memilih calon yang betul. Walaupun Arsya tidak bertudung, dia percaya nanti hati Arsya pasti terbuka.
-----------------
Malam itu, Arsya dan Miyyo berjalan menuju ke arah shopping mall setelah memarkir kereta. Arsya memeluk erat lengan abangnya. Kononnya nak ambil hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Romancesaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.