Bab 29

5.7K 168 0
                                        

"Morning sayang!" Suara Aslam menyapa telinga.

Arsya membuka matanya perlahan. Muka kesayangan betul-betul dihadapan matanya. Indahnya kehidupan selepas ini.

"Mulai harini, kita mulakan hidup baru. Mulakan semuanya. Buat macam kehidupan kita hanya dijalankan seperti biasa. Bercinta dari form three dan terus hingga ke jinjang pelamin. Wahhh abang! Kita bercinta dah lebih kurang sebelas tahunlah!"

"Hahaha sayang ni. Bangun-bangun dah cakap macam tu. Haha. Em. Sebelas tahun. Abang teringat kita jumpa dekat library. Abang panggil sayang kakak. Abang tak tahu macam mana terlintas perkataan kakak dalam kepala abang."

"Sayang yang comel ni abang panggil kakak. Memang geram jugak time tu."

"Sayang halau abang. Tak bagi abang duduk semeja dengan sayang. Sampai hati sayang."

"Haha. Mana sayang tahu. Yang sayang tahu, ini Aslam Haizqril. Playboy nombor satu. Haha." Arsya ketawa geli hati. Memang Aslam agak dikenali ramai. Sebab perangai layan perempuannya. Tapi entah kenapa aku yang memang takminat dia, terus minat. Padahal aku kenal dia dah lama, langsung tak datang minat tu. Tetiba terjumpa dekat library, wuaaaa I'm in love! Dia ni calit minyak pengasih kot?

"Jahat ey budak ni buli abang." Aslam mencubit hidung Arsya.

"Semua ni takdir, sayang. Allah yang aturkan segalanya."

"Sayang bersyukur. Kuat rupanya jodoh kita." Aslam ketawa. Teringat saat pertama kali berjumpa kembali dengan Arsya, di Eliminate Cruise. Haha serious tah apa apa! Ish kehidupan. Memang best betul Allah atur. Semua yang ditakdirkan olehNya, adalah yang terbaik.

Lepas bersarapan bersama dengan ahli keluarga, mereka berehat di taman. Penat seharian kemarin belum habis.

"Sayang tahu tak semalam abang mimpi abang nikah dengan sayang."

"Dan sekarang bukan mimpi." Arsya menyambung.

"Abang seriouslah, sayang." Aslam membuat muka comel.

"Allah nak tunjuk mungkin abang memang jodoh dengan sayang." Arsya sengih.

Ya. Selepas solat istikharah, memang dia tertidur. Terlampau sedih akan dirinya yang tidak akan dapat bersatu dengan Arsya.

"Haha. See? Abang punya tekaan mesti betul!" Aslam sudah bersuara ceria kembali. Arsya sudah gelak. Itu bukan tekaan. Itu mimpi, Aslam sayang. Eh anyway, tahu tak?! Aslam ni memang pandai bab teka-teka ni. Apa yang disebut macam akan jadi aje. Mulut masin ke apa ni? Bayangkanlah, contoh paling senang nak ingat, dulu Aslam pernah meneka keputusan PMR sahabatnya itu. Aslam kata dia akan dapat tujuh A satu B. Dan B itu adalah Bahasa Inggeris. Then bila dah dapat keputusan, memang jadi betul! Memang tabiklah kat Aslam. Nasib baik dia cakap aku mungkin dapat Straight A's. Kalau tidak, habislah aku. Arsya gelak sambil tergeleng. Macam syirik aje aku percaya benda macam ni. Tapi betul. Lawak. Aslam ni sebenarnya cakap ikut sedap dia aje kekadang. Tapi yang peliknya benda tu jadi. Tu susah tu.

"Heyyy sayang kenapa?" Aslam menarik hidung isterinya.

"Hehehe tak ada apa." Arsya mencium pipi Aslam.

"Anyway, abang actually dah pindahkan ibu pejabat syarikat abang ke KL. So that, kita takkan terpisah."

"Sayang tahu. Sayang tahu semuanya."
"Sayang pun dah kerja dekat Eliminate Medical Centre kan?"

"Yapp. Hehe. Sebenarnya nak bagi kat abang hospital tu tapi abang pun ada syarikat sendiri. Okay tak apa. Nanti kita agihkan kepada anak-anak kita."

"Amboi cakap pasal anak dah?"

"Hahaha. Sayang gurau aje."

"Dulu kita rancang nak tujuh anak."

"Ish abang. Dia mula dah!" Arsya mengerutkan dahinya tanda protes. Aslam sudah tersengih nakal. Seperti sedia kala. Aslam Haizqril yang sebenar.

--------------------

"Bodoh!!!" Farabi membaling failnya. Berita yang didengar itu memang meragut tangkai hatinya. Sumpah dia macam orang gila.

"Tuan Farabi..." Kim bersuara perlahan. Takut sebenarnya nak menegur. Sekali dirinya kena tumbuk karang.

"Aku nak kau hapuskan Aslam Haizqril. Apa apa jela. Asalkan dia dah tak wujud di bumi Malaysia. Di dunia sekali!"

Kim terkejut dengan arahan tuannya. Takpernah tuan farabi marah sebegini. Siap suruh hapuskan.. Maknanya.. Kena bunuh. Kim menelan air liur.

"Kau dengar ke tak?!"

"Ya..ya. Saya dengar tuan." Kim kemudiannya berlalu keluar dari office Farabi.

"Kau memang tak guna Aslam! Memang tak guna!" Farabi lantas duduk dan meraup kasar mukanya.

Cintaku KembaliTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang