Setelah selesai makan di sebuah restoran terkenal di ibu kota, Arsya ingin menghantar Aslam pulang. Dia tahu Aslam penat.
"You." Arsya memanggil Aslam yang duduk di tempat duduk penumpang. Arsya yang beria-ia nak jadi pemandu tadi sebab kesiankan Aslam yang baru pulang dari kerja.
"Ya, sayang." Aslam menyahut perlahan.
"I hantar you balik teruslah."
"Kereta I kat office."
"Takpela. Karang I suruh driver hantarkan kereta you." Arsya tersenyum manis.
Aslam menyeluk poket seluarnya untuk mengambil kunci kereta lalu menyerahkan kunci tersebut kepada Arsya.
"Nah kunci."
Arsya kemudiannya mendapatkan kunci tersebut dan mendail nombor Ammar.
"Abang, tolong suruhkan driver hantar kereta Aslam yang kat office ke rumah dia. Adik hantar dia balik terus. Hee thanks, abang."
"You tak kasi kunci kereta. Then, macam mana?"
Arsya tersengih.
"Alaaa japgi I kasi la. Kalau tak kasi pun, I'm sure that kereta you tetap akan sampai rumah."
"Huishhh bunyi macam mistik aje." Aslam tergelak.
"Apala. Khurafat la you ni." Arsya juga tergelak. Yalah, Aslam sendiri lupa yang kunci pendua kereta dia tu dia tinggal di office. Dia sendiri yang bagitahu aku, dia sendiri yang nyanyuk. Haha nasib baik tunang you ni sihat ingatan tau.
"Thanks sayang sebab hantarkan I." Aslam menjenguk di tingkap pemandu setelah turun dari kereta.
"Alahhh. Setakat hantar balik rumah aje. Small matter la, sayang."
"Okay. Drive carefully. Take care. I love you so much muahhh!"
"Okay, I love you too. Muah." Arsya menutup tingkap kereta lalu meluncur laju membelah malam.
Aslam pula melangkah masuk ke dalam rumah sambil menarik begnya. Lantas dia melantunkan badannya ke atas katil. Dia terpandangkan gambar tunangnya yang terletak elok di meja sisi katil.
Kemudian Aslam tersenyum lantas membuka laci meja bawah dan mengambil gambar kekasih lamanya.
"Hai sayang. I penat harini. Baru balik kerja. Sorry sebab tak dapat borak dengan you lama. Tadi pun, Arsh yang hantar I balik."
Aslam mengelus lembut gambar tersebut.
"I rindu you. Sayang, lagi beberapa bulan aje I dengan dia dah nak kahwin. So, II dah tak dapat nak simpan gambar you. You tetap dalam hati I tapi I dah tak boleh cakap dengan you macam ni dah. Dia tak tahu langsung pasal you. I taknaklah dia sedih. I tak ketepikan you. You selalu dalam hati I. Tapi you pun kena faham I, okay? I sayang sangat kat you. You selalu faham I." Setelah berborak dengan gambar tersebut, Aslam tertidur sambil memeluk gambar tersebut.
--------------------
"Assalamualaikum.Hello?" Arsya memberi salam. Tapi tidak dijawab. Sah, tidur mati.
"Assalamualaikum!" Arsya memberi salam sekali lagi. Tiba-tiba, pintu dikuak dari dalam.
"Waalaikummussalam." Irfan menjawab salam sambil membuka pintu. Irfan tidak pernah bertemu muka dengan Arsya, pernah tengok dalam gambar je.
Begitu juga dengan Arsya, tak pernah jumpa mamat ni. Aslam je selalu cerita, katanya housemate. Em, so yang inilah Irfan.
"Amalia Arsya, kan?" Betullah kata kau, Aslam. Cantik gila!
"Yapp. So yang ini Irfan kan? Housemate Aslam?"
Coih housemate la sangat. Aku ni menumpang je. Ni condominium hak milik Aslam. Macam-macamlah kau ni, Lam. Irfan tersengih.
"Yap. You nak jumpa dia ke? Aslam tengah tidur." Irfan memberitahu Arsya terus terang. Macam budak baik je ni haha.
"You tolong kejut boleh?" Arsya senyum minta tolong.
"I kejut? Haha. Dia tu tidur mati gamaknya. Kalau you yang kejut, maybe dia bangun." Irfan tergelak.
Dah memang betul pun. Tidur macam pengsan. Senyap je. Dah senyap, orang kejut dia tak gerak sikit pun. Sebijik macam mayat hidup. Nasib baik aku kenal kau dah lama. Kalau orang lain, mesti ingat kau dah takde.
Arsya diam. Alaaa takkan nak masuk kot? Rumah dorang... Segan aku.
"Meh la masuk. Takyah segan. Kitorang berdua aje ada. Lagipun sini kawasan terkawal. So, takkan ada masalah tangkap khalwat ke apa ke. I pun baik. I tak kacau you punya. Walaupun you lawa sampai macam ni. Haha, just kidding." Irfan menjelaskan panjang lebar.
Haha. Sah dah. Memang dorang berdua kawan baik. Cakap tak henti gila. Memang spesis yang sama. Patutlah boleh duduk serumah.
"Takpe ke?"
"Eh takpe. Masuklah. Buat macam rumah sendiri." Irfan membuka luas pintu rumah.
Arsya melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah Aslam buat pertama kalinya. Walaupun dah beberapa bulan bertunang, tak pernah masuk. Jarang datang. Kalau datang pun, setakat pintu je. Bukan Aslam tak kasi, aku yang segan.
Perlahan-lahan Arsya melangkah kaki masuk ke dalam rumah berupa condominium mewah itu. Mak ai, ini rumah bujang ke rumah tangga? Haha. Okay, tak lawak. Tapi, serious rumah ni lawa gila! Pandai dorang ni decorate. Tak sangka aku.
"Bilik Lam kat sebelah sana." Irfan menunjukkan bilik Aslam. Apabila sampai di depan pintu bilik Aslam, Irfan mengetuk kuat.
"Lammm! Woi bangun! Tunang kau datang ni! Aslam Haizqril!"
Masih tidak disahut panggilan itu.
"Masuklah. Pergi kejutkan dia kat dalam." Irfan menyuruh aku masuk. Ish mamat ni. Segan aku nak masuk bilik Aslam.
"You masuklah. Cakap I datang. Kalau dia tak bangun jugak, you baru kasitahu I."
"Okay." Irfan terus ke katil Aslam. Digoncang kuat katil tersebut.
"Weh, Amalia Arsya datang. Arsh kau datang ni." Tiba-tiba, mata Irfan tertancap kepada sehelai kepingan gambar ditangan Aslam.
Alamak! Gambar Arsya... Kau tak lupa lagi kat dia, Lam? Dia dah lama tak ada.
Irfan mula menarik gambar tersebut dari tangan Aslam dan Aslam terus terbangun secara mengejut.
"Woi! Kau buat apa ni dalam bilik aku? Apahal ambil gambar Arsh?!" Aslam terus bising. Amboi kalau bab gambar buah hati kau tu, pantang disentuh, bangun terus.
"Better kau bangun and simpan gambar Arsya yang dah takde ni sebab Arsh, tunang engkau tu betul-betul ada depan pintu bilik engkau. Now!" Irfan separuh berbisik lantas sedikit menengking apabila berkata 'now'.
Aslam terus gelabah. Disoroknya gambar tersebut dibawah bantal.
Tiba-tiba pintu dikuak. Arsya tersengih dari luar."Haii, sayang"
Aslam mula memisat matanya. Kononnya baru bangun.
"Eh sayang? Laaa bila sayang datang? Bie tak dengar pun?"
"Kau tidur mati. Aku baling bom kat telinga pun tak dengar. Mati kering je last-last." Irfan menyampuk. Aslam menjegilkan mata kepada Irfan.
"Okaylah, Cik Arsya dan Encik Abang Aslam, saya keluar dulu." Terus Irfan melangkahkan kaki menuju keluar dari bilik itu.
Aslam menyengih sambil bangun.
"Kenapa sayang datang?"
"I nak kasi kunci keretalah, and wallet you. Tertinggal atas kereta tadi."
"Ohh, thank you sayang. Baiknya sayang I hantar sampai sini." Aslam tersenyum ikhlas.
"Kejap, I nak pergi tandas." Aslam terus bergegas masuk ke dalam bilik air.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Romancesaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.