Bab 26

4.9K 180 1
                                    

Aslam sudah gelisah dan tidak betah. Hari ini akan berlangsung perkahwinan dia dan Eryna. Macam-macam dah dia imaginasikan. Lari rumahlah, buat-buat pengsanlah, buat-buat heart attacklah. Memang nakal betul otak dia ni. Aslam sudah mundar-mandir di dalam biliknya.

"Arghhhh!!!! Aku takkira! Aku takboleh kahwin dengan Eryna! Aku nak Arsya aku!" Otaknya ligat memikirkan bagaimana cara untuk melarikan diri dari rumah agam ibu bapanya itu. Mesti kena soal macam-macam kalau aku lalu ikut pintu depan. Kalau macam tu, caranya cuma turun ikut balkoni aje la.

Aslam mengikat tali di balkoninya seraya turun dengan tangkas sekali. Biasalah, semua ni dah biasa baginya. Dia terus menghidupkan enjin kenderaannya dan terus memecut laju tanpa memandang ke belakang. Apa yang ada dalam otaknya cumalah cari Arsya, minta maaf dan ajak Arsya kahwin lari. Atau lebih tepat sekali, paksa Arsya kahwin lari dengannya. Dia dah nekad.

Saat keretanya sampai di perkarangan rumah Arsya, matanya terlihatkan Arsya yang sudah cantik berpakaian pengantin. Air mata Aslam jatuh. Cepatnya dia nak kahwin dengan Harish. Tapi dia tidak hairan, walau apapun yang terjadi, Arsya tetap miliknya. Aslam yang tadinya datang ingin memujuk rayu Arsya, sudah panas dengan apa yang ada di hadapan matanya. Tak mungkin Arsya dah nak kahwin.
Lalu kakinya laju melangkah ke arah Arsya dan menarik tangan itu.

"Ikut I!" Aslam bersuara keras. Diheretnya Arsya ke arah keretanya.

"Heyy you ni kenapa?!" Arsya sudah terheret mengikut jejak Aslam.

"I taknak you nikah dengan lelaki tu. You tak boleh kahwin dengan lelaki lain selain I!" Aslam tidak menghiraukan sakit tangan Arsya akibat cengkamannya.

"You ni gila ke apa?!"

"Memang I gila! Sebab you!" Aslam sedikit terjerit.

"You boleh chill tak?!" Arsya pula yang jerit.

"Macam mana nak relax?! I penat-penat lari dari majlis kahwin I sebab I nak bawa you kahwin lari. I mean, paksa you!!!!" Aslam bersuara lantang. Geram sebenarnya.

"Cuba you tengok baju you?!" arsya sudah malas layan Aslam. Dalam hati sudah membuak-buak panas. Ini semua memalukan.

Aslam menunduk melihat bajunya senidiri. "Apahal dengan baju I?"

"I mean, warna baju pengantin you tu!" Muka Arsya sudah merah padam. Marah gila dah nampak gayanya.

"Kenapa dengan warna ni?" Aslam pelik. Apa kena mengena warna baju dalam kehidupan aku yang akan hancus ni?

"You tengok baju I warna apa?!" Arsya merentap tangannya dari pegangan tangan Aslam. Sakit gila! Seumur hidup Aslam tidak pernah memegangnya sebegitu kuat.

"Errr you biru, I pun biru." Aslam menjawab sambil tayang muka pelik.

"Haa tahu pun! I nak kahwin dengan you lani!" Arsya sudah menjeling.

Aslam ternganga. Hahhh?!!! Bukan ke aku kena kahwin dengan Eryna ke?!

"You dengar tak ni?!" Arsya menjerit di cuping telinga Aslam.

Aslam masih membisu. Terkejut.

"Aslam!" Seseorang memanggilnya dengan nada yang agak kuat.

Aslam diam.

"Aslam!!!"

Aslam rasa pipinya ditampar.

"Aslam Haizqril!!!! Bangunnnn!" Suara itu sudah bertukar menjadi suara yang lain.

Aslam terjaga. Dilihatnya sekeliling. Kemudian dia berlari keluar dari bilik.

"Arsya! Arsya!" Aslam sudah macam orang gila.

"Hey. Lam ni kenapa? Dari tidur tadi mengigau panggil nama Arsya." Puan Azzahra melemparkan pandangan pelik kepada anak bujangnya yang akan akad nikah sebentar sahaja lagi.
Aslam terkelu. Terdiam. Tak mungkin tadi hanya mimpi. Ya Allah. Aku nak semua tu jadi kenyataan!

"Lam!" Puan Azzahra sudah geram.

"Ya, ma." Aslam bersuara perlahan. Kecewa sahaja bunyinya.

"Pergi bersiap. Dah pukul berapa dah ni! Dah tahu harini hari akad nikah, boleh pulak tidur. Mimpi pelik-pelik pulak tu!" Puan Azzahra menjeling anaknya kemudian dia berlalu dari situ.

Aslam hanya diam. Tadi cuma mimpi. Arsya, kau takkan jadi milik aku lagi. Aslam tersenyum dalam sedih. Air matanya menitis.

Cintaku KembaliWhere stories live. Discover now