Telefon pintar Miyyo berdering. Bagus punya bos. Pergi meeting, tinggal smartphone dia kat sini. Curi karang baru tahu.
Edryna hanya memandang sepi telefon pintar yang galak berdering itu.
Sebenarnya, sesampai sahaja mereka di Australia, Miyyo terus bergegas memasuki kereta mewah yang sudah disediakan. Sekali Edryna ditarik naik sekali. Kemudian, diarahkan pula Edryna supaya tidak kemana-mana dan hanya duduk di dalam officenya.
Pada mulanya menjejakkan kaki ke syarikat penerbangan Miyyo di Australia ini, ternganga jugak mulut ni. Memang mewah habis. Cantik susunan dan rekaan. Gila betul buat rekaan yang nampak memang pelik tapi mengagumkan. Edryna berjalan sekeliling syarikat itu. Dengan berpakaian pramugari. Memang semua orang langsung tidak mengganggu atau menanyakan apa-apa kerana dari pakaian yang dipakainya, sudah menunjukkan bahawa dia juga pekerja di syarikat penerbangan Miyyo.Edryna kembali ke bilik kerja Miyyo. Sumpah bosan dalam tu. Tak ada apa apa. Kemudian, telefon pintar itu berdering kembali. Kalau tak angkat, memang boleh gila. Nak dimatikan phone ni, tak sampai hati. Lalu dia pantas mengambil dan melihat skrin tersebut. Matanya melihat nama sang pemanggil yang Miyyo sudah setkan.
Sayang... Dia letak nama sayang... Edryna terus menjawab panggilan itu. Hatinya agak tersentak. Girlfriend dia mesti ramai.
"Hello, abang sayang!" Si pemanggil tersebut bersuara riang. Suara Edryna bagai tersekat di kerongkong. Apa aku nak cakap niiiiii?!
"Errr hello."
"Hello?" Suara wanita itu sedikit berubah nada.
"Maaf Tuan Miyyo tengah meeting."
"Ohhhhh I lupa! Dia ada meeting dekat Australia kan. Em okaylah kalau macam tu. Suruh dia call I balik lepas meeting." Belum sempat Edryna bertanya siapakah nama gerangan yang menelefon, panggilan telah dimatikan. Takkan nak cakap kat Miyyo kata sayang call. Euw geli. Ish lantaklah!
Pintu dikuak dari luar. Kepala Edryna terus terbangun dari meja. Tadi kepalanya diletakkan atas meja. Mengantuk.
"Hello Edryna Sayang!" Edryna buat muka meluat.
"Jangan panggil I sayang boleh tak, tuan?"
"Tak boleh." Miyyo menuju ke arah Edryna yang duduk di kerusi menghadap meja kerjanya. Lalu dia memusingkan kerusi yang diduduki oleh Edryna, menghadapnya.
"Sebab I sayang you." Anak mata Miyyo menikam ke dalam mata Edryna. Saja nak buat Edryna jatuh cinta kepadanya. Tipulah kalau tak jatuh cinta kat orang macam aku. Miyyo tersenyum manis.
"Tadi sayang tuan call." Edryna mengalihkan pandangannya ke arah lain dan terus memberikan telefon pintar ditangannya kepada Miyyo.
"Oh ya?" Miyyo senyum.
"Ya. Dia suruh tuan call balik." Miyyo terus mendapatkan telefonnya dan melangkah duduk di tempatnya. Dia kemudiannya mendail nombor kesayangannya itu.
"Hello sayang." Miyyo bersuara setelah panggilan yang dibuat olehnya djiawab.
Edryna melihat Miyyo tidak berkelip. Kesian kan awek Miyyo yang lain, mesti pernah rasa dalam situasi macam ni. Dia angkat call dari awek lain. Hahaaha! Edryna menggeleng sambil tergelak. Edryna kemudiannya diam. Hendak mendengar butir bicara Tuan Miyyo dengan kekasih hatinya yang entah keberapa juta. Cewah juta. Busybody kan aku ni?
"Ya sayang. Abang balik esok. Tak lama pun okay?" Nampak kepala Miyyo sedikit terangguk.
"Sayang nak apa-apa tak? Abang nak tolong belikan. Susah pulak sayang nak datang, sayang busy selalu. Tak teringinkan apa-apa? Mana tahu dah pregnant ke..." Miyyo kemudian menyambungkan bait bicara "Hahaha. Abang tanya aje, sayang. Em okay sayang. I love you, muahhh!" Miyyo akhirnya mematikan panggilan tersebut.
Edryna jelas terkejut tahap gila. Pregnant?! Biar betul Tuan Miyyo ni?! Takkan dia dah buat benda tak baik dengan sayang dia tu? Rasanya Tuan Miyyo memang belum kahwin.
"Dah habis bersayang-sayang dengan girlfriend tuan?"
"Amboi jealous nampak?" Miyyo tersengih nakal. Nakal sangat.
"Jealous apanya? Nak termuntah dengar abang sayang." Edryna menunjukka riak meloya. Dan riak itu nampak comel dimata Miyyo.
"You comel, sayang. Alaaa. Janganlah geli dengan panggilan macam tu, nanti I dengan you pun akan guna panggilan tu lepas kahwin."
Edryna buat taklayan. Bukan boleh layan. Makin meroyan.
"I nak keluar. Bosan duduk dalam ni. Bye big boss!"
"Eh sayang. Janganlah pergi. I gurau aje. Tadi yang call I tu, Amalia Arsya. Adik I. You kenal, kan?"
Jelaslah kau panjang lebar. Ada aku kisah? Tapi macam kenal nama Amalia Arsya. Edryna buat muka tak minat.
"Amalia Arsya tu adik bongsu I lah. Dia dah kahwin dah pun dengan Aslam. You tak datang ke majlis perkahwinan diorang? Em maybe you masa tu belum kerja kat syarikat I kot?" Miyyo tersenyum lebar.
Edryna lagilah menyampah. Aku tak suruh pun dia ni jelaskan apa-apa. Aku nak keluarlahhh! Edryna buat muka bebal. Sebenarnya dia ada juga tahu-menahu pasal cerita Amalia Arsya dengan Aslam Haizqril. Diorang cerita. Teringin jugak nak jumpa. Mesti cantik kan Amalia Arsya tu.
"Sayang.. You marah ke?"
"Ish I nak keluar. Lantaklah dia adik you ke gf you ke bini you ke. I nak K-E-L-U-A-R!" Ambik kau. Siap mengeja!
"Acey sayang I jealous. Dia dah panggil I, you. I terharu!" Miyyo mengelipkan matanya.
"Ya Allah kenapalah ada manusia macam ni wujud? I nak berhenti kerja!"
"You ada kontrak okay." Miyyo memainkan keningnya. Edryna terus terdiam. Aku lupa pasal kontrak... Memang kena ngadap muka dia jelah kalau macam ni punya hal.
"Okay fine. Sekarang ni, I lapar. I nak keluar" Edryna mencari akal.
"Laaa sayang I lapar? Patut macam harimau. Okay jom pergi makan!" Miyyo terus mengambil kotnya dan terus melangkah ke pintu.
Edryna yang mengikut dari belakang sudah buat muka dan gaya hendak mencekik miyyo. Dasarrrrrrr lelaki miang!!

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Romancesaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.