Bab 37

5.5K 165 0
                                    

Aslam menoleh kebelakang. Tiada sesiapa. Lalu tangannya meraih bahu isteri kesayangannya rapat ke badannya tanpa meninggalkan sedikit ruang pun di tengah.

"Abang kenapa?" Arsya menyoal pelik. Tengah-tengah jalan ni, tiba-tiba aje peluk bahu aku erat.

"Takde apa-apa, sayang. Saja peluk bini abang." Aslam menutup perasaan cuaknya. Dia pasti ada orang mengekori mereka sedari tadi.

"Abang asyik tengok belakang. Ada orang ikut ke?" Arsya bertanya lagi. Mahukan kepastian.

"Tak adalah, sayang. Sayang ni fikir bukan-bukan pula." Aslam menggosok sedikit bahu isterinya.

"Tapi, dua tiga hari ni sayang tak sedap hatilah, abang." Arsya merenung muka Aslam sedalam-dalamnya. Memohon pengertian dari Aslam.

"Sayang tu yang suka negatifkan pemikiran sayang. Macamlah abang baru kenal sayang sehari." Aslam sengih. Memang Arsya suka fikir negatif pun. Dari kecil memang macam tu.

"Tapi betullah. Tak sedap hati mana ada kena-mengena dengan pemikiran pun."

"Yalah, sayang. Dah-dah. Jom pergi ke kedai tu." Aslam akhirnya menarik tangan Arsya ke sebuah kedai pakaian lelaki.

-------------------

"Hello, tuan." Suara Kim memecahkan lamunan Farabi. Dah angkat telefon pun, masih sahaja berangan.

"Hah, macam mana?"

"Susah sikit, tuan. Sebab diorang selalu berdua. Kalau pergi kerja, ada bodyguard. Kalau keluar, jalan berdua. Tak pernah pisah." Kim menjelaskan kepada Farabi.

"Kau buat aje lah apa pun yang boleh. Agak susah sangat, tembak terus je Aslam tu sampai mampos." Farabi sudah mengeluarkan arahan gilanya.
Kim hanya menggeleng. Memang dia dilatih dengan sangat baik dalam bidang sebegini, tapi... Bunuh orang... Macam kejam sangat bunyinya.

"Errr saya cuba, tuan."

"Ingat, kau mesti buat semua ni dengan baik. Kalau tak, kau takkan terlepas dari tangan aku." Farabi memberi amaran. Amaran keras. Tapi sebenarnya Kim itu adalah penyiasat kesayangannya. Tak mungkin dia akan membuat sesuatu yang buruk terhadap Kim. Acah aje tu. Dia tahu Kim tak sejahat otaknya. Sampai nak bunuh orang sebab cinta. Sebab tu kena ugut macam tu aje.

Farabi menyandarkan kepalanya ke atas sofa empuk yang menghadap tingkap kaca biliknya. Farabi melihat ke atas. Melihatkan langit yang membiru. Sebenarnya, bukan niatnya untuk membunuh lelaki seperti Aslam. Dia hanya ingin menyeksa sehingga Aslam meninggalkan Arsya. Tapi kadang-kadang, dirinya bagai dirasuk melihatkan kebahagiaan mereka berdua. Mulalah baran dia. Rasa macam nak tikam-tikam Aslam tu.

Dia meraup muka. Tak pernah lagi aku tak dapatkan apa yang aku nak. Dan sekarang, aku akan dapatkan Arsya aku. Mesti dapat.

------------------

Aslam berjalan menuju ke pintu keluar utama syarikatnya.

"Tuan Aslam." Bodyguardnya memanggil. Aslam segera menoleh.

"Ya?"

"Tuan nak kemana? Kenapa tak bagitahu? Saya belum sempat siapkan kereta tuan." Bodyguard tersebut berjalan mendekati Aslam.

"Saya cuma nak keluar sekejap. Beli hadiah kat Arsya. Tak payah ikutlah. Dan tak payah siapkan kereta. Saya naik kereta saya." Aslam malas nak naik kereta yang disediakan. Ada pemandu. Tak best, tahu tak?
Sebenarnya dia sendiri yang menyediakan kelengkapan sebegitu supaya senang. Sekarang, makin rimas. Nak berhentikan mereka, kesian pula. Bab bodyguard ni, bukan kerja aku. Ini kerja abang Ammar. Habis sekali Arsya pun ada bodyguard ke mana jua. Kira okaylah, kan? Perlindungan gitu.

Sesampainya Aslam ke destinasi yang dituju, Aslam berjalan ke arah kedai menjual jam. Dia hendak membelikan jam kepada isterinya. Disebabkan birthday Arsya hanya tinggal beberapa hari aje lagi, baik beli siap-siap. Alang-alang harini dah free. Lepasni, tah ke free tah ke sibuk. Dia sendiri tidak pasti.

Dari jauh kelihatan seseorang tersenyum. Tersenyum kerana hari ini, tiada bodyguard mahupun Arsya di sisi Aslam. Jadi, senang kerjanya. Tak perlulah dia nak bunuh Aslam. Dia masih waras.

--------------------

Aslam tersenyum seraya melihatkan jam yang baru dibelinya. Cantiknya kalau berada di tangan Arsya. Arsya pasti sukakan hadiah ni. Lalu dia menyelukkan tangannya yang tersinsing kemas ke dalam poket, nak ambil kunci kereta.

Hatinya mula berdebar secara mengejut. Dapat dirasakan seseorang berada di belakangnya. Lantas dia berpaling.

Gedebukkk! Mukanya ditumbuk sehingga tersembam ke atas lantai. Aslam terus merenung tajam muka lelaki yang baru menumbuknya. Gila kot? Kenal pun tak. Kakikan kang!

"Kau ni siapa?! Sesedap rasa nak tumbuk aku." Aslam sedikit menengking lelaki yang berdiri dihadapannya. Lelaki itu buat muka garang boleh. Muka tu baik aje, buat baik aje dahlah. Huh!

Tiba-tiba mulutnya dicekup dari belakang. Dan dapat dirasakan sesuatu menusuk masuk ke dalam hidung dan akhirnya dia pengsan.

"Tuan, saya dah dapat Aslam Haizqril." Kim bersuara apabila Farabi menjawab panggilan.

"Bagus. Bawa dia ke banglo lama aku di atas bukit."

"Baik, tuan." Kim tidak mampu untuk membelot. Tuan Farabi sangat baik orangnya. Banyak tolong dia. Tapi sebab cinta, Tuan Farabi jadi macam ni.

"Kita bawa dia ke banglo lama Tuan Farabi di atas bukit." Kim akhirnya mengeluarkan arahan kepada anak buahnya.

--------------------

Arsya berjalan kesana dan kesini sedari tadi. Risau akan suaminya yang belum pulang. Dah pukul lapan. Tak pernah Aslam balik selewat ini. Bila ditelefon, tidak dijawab. Tadi bila dia menanyakan bodyguard yang seharusnya ditugaskan menjaga Aslam, katanya Aslam keluar sekejap petang tadi. Lepastu, tak balik office dah. Lagilah risau hati ni. Hati isteri mana yang tak risau tiba-tiba jadi macam ni.

Akhirnya Arsya mendail nombor abang pertamanya.

"Hello, Abang Ammar!" Arsya menguatkan suaranya. Terkejut Ammar terdengarkan suara adiknya.

"Ish, sayang. Terkejut abang tau. Kenapa ni?"

"Aslam... Dia tak balik lagi."

"Tanyalah bodyguard yang jaga dia, sayang." Ammar sudah bergolek di atas katil. Letih bekerja. Dia tahu nak tidur aje sekarang ni.

"Dah tanya. Tadi petang Lam keluar katanya. Kata nak keluar sekejap aje dan tak bagi diorang ikut. Katanya nak beli barang."

"Laaaa. Diorang tak ikut betul-betul? Bengapnye. Abang dah pesan kat diorang, kemana pun Aslam pergi, mesti ikut. Kecuali kalau keluar dengan sayang, sebab itu Aslam yang minta." Ammar sedikit geram. Penat aku bayar mahal-mahal. Ikut ajelah cakap aku. Even Aslam tak kasi ikut sekalipun, ikut jela senyap-senyap. Itu pun nak kena ajar. Menyusahkan!

"Macam mana ni, bang? Call tak dapat langsung. Adik risau."

"Sayang tak payah risau. Nanti abang suruh diorang cari Aslam. ASAP."

"Hmmm thanks, abang. Apa-apa hal bagitahu adik."

"Ya, sayang. Nanti abang bagitahu adik. Adik datang sini. Suruh driver hantar. Sekarang." Ammar menenangkan sedikit hati adiknya. Dia tahu adiknya risau. Dia pun risau sebenarnya. Dia tahu ada seseorang mengikuti Aslam. Tapi tidak risau sangat sebab memang dah ditugaskan beberapa orang pengawal peribadi untuk menjaga adik iparnya itu. Tak sangka pulak hari ini diorang tak awasi Aslam. Geram pulak aku!

Cintaku KembaliWhere stories live. Discover now