Setelah hampir sebulan mengenali Darwisy, mereka berdua semakin akrab. Darwisy masih dengan hatinya yang terlalu menyukai Arsya. Mungkin sudah upgrade menjadi sayang.
Dan Arsya pula, cuma anggap sebagai kawan. Mengisi kekosongan ketiadaan Aslam yang entah ke mana. Hilang. Sebenarnya bukan hilang, Arsya tahu dia di mana. Cuma tak berani nak bersua muka. Bukan takut, tapi dihimpit rasa bersalah. Walaupun bukan salahnya, tapi dia segan.
"You.." Darwisy menghentikan lamunan Arsya.
"Ya?"
"Kenapa termenung?"
"Takde apalah. Anyway, I akan balik ke KL by this week." Dan muka Darwisy terus berubah kelat.
"Tapi kenapa?"
"Kan I dah bagitahu haritu, yang I hanya bercuti di sini."
"Habis tu, I macam mana?"
"Call I bila you ada masalah."
"I akan selalu call you."
"Tapi I tak boleh selalu berhubung dengan you."
"Tapi kenapa?" Arsya hanya senyum. Dia ni tak tahu ke aku berlambak kerja kat office?
"Okay I faham. You kerja kan? Nanti bila-bila I datang KL. Melawat wanita kesayangan I ni." Darwisy ingin memegang tangan Arsya tapi pantas Arsya melarikan tangannya.
"Okay." Arsya sudah bangun. Ingin pulang ke rumah dan mengemas pakaian untuk pulang ke pangkuan abang-abang kesayangannya di Kuala Lumpur.
"Take care, Arsya. I love you." Darwisy sudah tersenyum manis. Dan Arsya cuma senyum tanpa membalas sepatah pun kata-kata Darwisy.
--------------------
"Aslam! Esok jangan lupa tau. Mama dah aturkan date aslam dengan anak kawan mama tu. Cantik orangnya." Puan Azzahra bersuara lantas meletakkan dulang minuman di atas meja.
Aslam menyampah dengan kata-kata yang baru keluar dari mulut mamanya. Apalah nasib aku? Selalu malang. Aslam tunduk memandang iPhonenya.
"Tak terlalu awal ke, ma?"
"Ke Lam nak tengok time akad nikah terus?"
"Tu lebih bagus kot?"
"Alahhh lam ni. Sekali ni je, Lam. Sekali aje. Keluar cari baju pengantin dengan barang kahwin aje. Then jumpa masa akad nikah. Mama janji."
Aslam menghela nafasnya yang berat. Terlalu berat."Yalah, mama. Mama buatlah apa aje. Lam ikut." Aslam seorang anak yang manja. Tu yang ikut aje apa yang mama dia kata. Pelik jugak dia. Mama tak bising sangat pasal putusnya hubungan dia dengan Arsya. Tapi didiamkan saja. Mana tahu bila dia bertanya, mama terus bebel. Okay. Better aku diam.
--------------------
Hari pertemuan Aslam dengan bakal isteri yang tidak dikenali tiba. Aslam menunggu gerangan si dia yang diberitahu mamanya akan menjadi teman sehidup sematinya. Aslam bangun kerana hendak ke tandas.
Tiba-tiba seseorang terjatuh diatasnya akibat tersadung kakinya yang baru dikeluarkan secara mengejut. Perempuan itu betul-betul di atas ribanya.
"Auchhh!" Perempuan itu mengaduh. Boleh lari urat ni!
"Eh, sorry. My fault. I keluar tak bagitahu tadi." Aslam sedar akan salahnya. Bebal punya pasal. Perempuan ni yang jadi mangsa. Nasib baik tak berat mana. Kalau tidak, mahunya kebas kaki aku. Tiba-tiba kena hempap dengan orang. Fuh!"Eh takpe. I yang tak tengok bawah. I tercari-cari seseorang." Perempuan itu tersenyum. Lalu berdiri dengan segera.
Ini ke perempuan tu? Em lawa jugaklah. Sikit aje. Arsya aku lawa banyak.Aslam mengecilkan matanya memandang wanita dihadapannya ini.
"I rasa I orang yang you cari kot? Sebab I memang tunggu seseorang."
"So, you Aslam Haizqril?" Perempuan tersebut menapak duduk di kerusi hadapan Aslam.
"Yapp. And you yang mama I nak jodohkan tu, kan?" Sengaja Aslam menggunakan perkataan jodoh tu. Biar sakit sikit hati perempuan itu.
"Haha. Jodoh? Boleh dikatakan macam tu la, kan? Anyway, I'm Eryna Dania."
"Kenapa you terima?" Aslam menaikkan keningnya sebelah. Buat muka sombong habis.
"I rasa ini jodoh I."
"Nak kata you tak laku, you tu cantiklah jugak. Tapi sanggup nak kahwin dengan I."
"You handsome. Taksangka I. I tak salah dijodohkan dengan you." Eryna sudah tersengih-sengih.Macam kerang busuk pula minah ni! Aslam menjuihkan bibir. Susah jugak bercakap dengan orang yang ala-ala mayat hidup punya perasaan ni.
"You pakai lens or tu memang mata you yang asli?" Aslam menatap tajam mata bakal isterinya itu. Ya. Warna koko sikit.
Em maybe rambut dia pun koko kot? Eryna itu memakai tudung. Jadi, dia sendiri tidak boleh mengagak apa-apa.
"Ini mata asli I. Kenapa? You taksuka?" Eryna buat muka simpati sedikit.
"Tah. No comment. Jom, kita pergi beli barang terus and balik." Aslam terus bangun dan mengajak Eryna berlalu untuk menguruskan majlis yang akan berlangsung tidak lama lagi.--------------------
Aslam hendak menunggu di dalam kereta sahaja. Biar aje Eryna tu pilih sendiri apa yang dia nak. Aku malas layan.
"Aslam sayang, jomlah. Teman I pilih barang kahwin kita. You taksuka kahwin dengan I ke?"
Aslam ternganga. Okay. Dia buat macam aku dengan dia memang dah lama bercinta ke apa ni? Oh pleaseee. Oh my god! What a bad day?! Euw aku dengan kau baru kenal harini. Meluatnya aku dengan orang macam ni
"Apa you panggil I? Aslam.. Sayang? How dare you? Siapa bagi kebenaran hah?"
"You kan bakal suami I. Technically, you're my fiance."
"Technically?!" Eryna tersenyum. Manis sangat senyumannya. Tapi buruk sangat dimata Aslam.
Ya Allah. Malaun mana mama kutip ni? Takde ke yang berjenis sikit?'
"Aslam. Please. I'm begging you. Majlis kahwin kita cuma sekali. You mesti bahagia bila dengan I nanti. I janji. Please." Eryna menarik lembut tangan Aslam sambil membuat muka comel.
Aslam akhirnya melangkah dengan malas.Haihlah. Aku memang kena layan perangai kau, ye? Kan kau akan jadi isteri aku. So aku kena sabarkan diri aku la maknanya. Aslam menggeleng sendiri.
Habislah kau lepasni, Aslam Haizqril.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cintaku Kembali
Romancesaat kau lari, aku kejar. bila aku pergi, kau pula mengejar.