3|Betul ke ni ?

50.7K 3.8K 125
                                    

" Betul ke ni tempatnya ? "

Alia memerhati Banglo dua tingkat yang sememangnya besar, luas, cantik AKAN TETAPI mempunyai aura yang seram.

Dari luar pagar dapat dilihat jendela dan pintu banglo itu tertutup rapat. Macam tak berpenghuni pun ada.

" Betul lah ni. Tengok sama kan? " Elly menunjukkan mesej alamat yang diterima dari tuan rumah.

Alia mengangguk. Memang inilah tempatnya. Matanya meliar lagi. Entah tiba-tiba, khayalan atau kenyataan, memang pasti yakin dia nampak ada orang perhatikan mereka di sebalik kain jendela.

Bahu Elly dipeluk cepat. Terperanjat gadis itu.

" Kau dah kenapa?" Marah Elly.

" Aku tak sedap hatilah weh. " adunya.

Elly merengus. Patotnya dia datang seorang diri tadi. Tapi nak jugak gadis tembam ni mengikut. Kalau senang tak apa, ni menyusahkan !

" Kau pergi balik lah." Arah Elly.

" Habis kau? Mana boleh tinggal kan kau. " balasnya.

Mereka terus bertekak dan pagar terbuka sendiri pun mereka tidak menyedari.

" Aku tak penakut macam ka..."

" Cik Elyana Rosman? "

Kedua mereka terperanjat dengan teguran tu. Eh, patot Elly yang terkejut sebab namanya diseru tiba-tiba. Tapi Alia pulak melebih.

Kau tengok. Sesak nafas pula si Alia ni.

" Cik Elyana Rosman? " namanya diseru lagi.

Ya ya ya. Elly mengangkat tangan. Macam budak sekolah kena panggil nama.

Wanita 40-an bergaun panjang biru gelap dengan rambut sanggul satu itu memandangnya. Muka tak berperasaan.

" Ikot saya. " arahnya.

Elly mengangguk. Diatur langkah membuntuti wanita itu. Alia yang tadi tak habis lemah semangat turut sama mengikut.

Tiba-tiba wanita itu berhenti. Dia memusing badan dan merenung kosong pada Alia. Alia gugup. Nak terkencing rasanya.

" Hanya sorang saja dibenarkan masuk. Yang lain tunggu luar. " dia berkata tegas.

Ah sudah. Elly pandang Alia. Alia pandang Elly. Mereka pandang memandang.

" Cepat. Jangan buang masa saya " katanya kasar.

Elly tak menjawab terus. Dia pandang Alia lagi. 'Kau tunggu luar'. Matanya memberi isyarat.

Komunikasi telepati diterima. Alia mengangguk. Dia juga membalas pandangan mata mengatakan 'okay, kau hati-hati beb'.

Setelah itu, mereka memasuki rumah banglo tersebut dan membiarkan gadis tembam tadi termangu di luar.

*****

Sofa antik itu diduduki. Sekeliling rumah dipandang. Kebanyakan perabot dan perhiasan ala-ala Eropah. Banyak barang antik. Orang kaya katekoo.

" Ni..."

Mata Elly beralih pada kertas bersaiz A4 di atas meja. Kemudian, wajah wanita yang menggelar dirinya Madam Alisa itu dipandang.

" Jadi maid part-time pun kena sign agreemant ? Saya bukan warga asing puan." Kata Elly. Bantah diperlakukan begini.

" Gelar saya madam. "

"...agreemant ni penting. Untuk jaminan awak tak buat benda-benda dilarang. "

Aik. Benda dilarang? Macamlah aku nak mencuri. Dosa okay. Dalam hati Elly mencemik.

Belum start kerja dah bagi warning itu ini. Siap kena panggil dia madam pulak. Acah-acah mat salleh. Eh bukan, minah salleh.

Elly terus terusan merungut dalam hati. Yang bijaknya rungutan itu disertakan dengan riak di wajah. Madam Alisa sedar.

" Kalau awak tak puas hati dengan peraturan ni. Okey, saya cari orang lain. "

Madam Alisa menarik balik kertas agreemant tadi. Diketuk ketuk helaian kertas itu supaya rapi.

"... tapi awaklah rugi. Bukan senang kerja part-time gaji 3 ribu. "

Elly mengangkat wajah. Terkejut. Serasa semalam mengikut persetujuan, gajinya sebanyak Rm1500 sahaja. Kali ini dinaikkan pulak!

" 3 ribu? Betul ke? " soal Elly tak percaya.

" Yes. Itu kalau awak takda kompromi dengan peraturan rumah ni. " jelas Madam Alisa.

Elly telan air liur. 3 ribu sebulan. Mana nak dapat job part time gaji cam ni weh. Rugi tolak !

' Ala Elly, kau sign je. Bukan kau buat pun kan benda jahat. '

' Kau kan pekerja mithali. '

Hatinya berkata-kata.

Madam Alisa bangun untuk beredar apabila Elly tidak menunjukkan apa-apa respon.

" Kalau taknak takpa. Bolehlah..."

" Eh nanti nanti !" Elly memintas.

" Saya setuju. " ujar Elly kemudian. Lalu diambil kertas pada tangan madam Alisa.

Segera tandatangan dituruni. Elly tersenyum puas. Terbayang duit cash 3 ribu di depan mata. Tak lupa kamera baru menari nari di hadapannya.

Madam Alisa senyum nipis. Dilipat kertas tersebut.

" Okay, esok jam 7 pagi datang. " arahan pertama dikeluarkan.

Elly mengangguk.

" Okay, boleh balik. " katanya lagi.

Elly bingkas bangun. Diatur langkah ke pintu rumah. Belum sempat tombol pintu dipulas, Elly dipanggil lagi.

" ye? " sahut Elly.

" Kalau saya lambat esok. Awak jangan pandai-pandai naik tingkat dua. "

Okay. Elly buat muka okay.

Memanglah time tu pelik gak dengan larangan tu tapi lantak lah.

Yang pasti, duit 3 ribu akan ku genggam !

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now