" Hahahahahahaha !"
Ketawa Khai bergema ke setiap sudut banglo itu. Bagi dia terasa lucu.
Namun tidak bagi Elly dan Alia. Gelakan Khai yang sorang itu umpama ketawa para penonton terhadap mereka yang di pentas.
Malu !
" Macammana korang boleh kata aku dracula? Kuat pengaruh betul dengan citer barat eh?"
Khai geli hati. Kesakitan ditendang Elly tadi sudah tidak terasa. Tanpa teragak dia berjalan penuh bongkak di depan dua gadis itu.
Aih mamat ni. Dah dahlah gelak. Aku teranjang lagi kang. Elly terasa geram.
Sebentar tadi, sewaktu Elly sudah pasrah menyerahkan nyawanya sebagai pertukaran untuk Alia tiba-tiba saja dia ditertawakan. Madam Alisa yang tak pernah tunjuk reaksi lain daripada tak berperasaan tetiba jugak ada perasaan nak gelak.
Bahkan Khai yang turun dengan kesakitan ditendang Elly masih bersisa pun turut sama ketawa. Apa yang lucu ? Lucu sangatkah permainkan nyawa orang?
Dan setelah diexplain sejelas-jelasnya, rupanya Khai penghidap penyakit sunphobia iaitu pesakit yang takut akan cahaya matahari.
Jangan gatal nak google or tanya doktor tentang penyakit ni. Anggap saja wujud okay?
Sebaik tahu akan cerita sebenar, apalagi tebal lah muka dua gadis ni. Rasa macam nak sorok muka dalam tanah je. Mujur rumah banglo itu bersimen.
Simpan niat nak sorok muka.
" Saya tak sangka kata-kata saya buat kamu ingat tuan Khai adalah dracula. Maaflah, saya cuma nak jaga keselamatan dia. Ramai yang cuba ambil kesempatan bila tahu penyakit dia. "
Entah sejak bila Madam Alisa bercakap dengan nada keibuan ni. Selalu dingin macam ais kat kutub utara je.
" Eh kami yang salah. Suka-suka buat andaian. Maafkan kami, " Elly tertunduk tunduk minta maaf.
Walau dalam hati rasa nak mengamuk sebab mereka tak bagitahu hal sebenar sampai dia dan Alia main serkap jarang je, tapi dia mengalah jua.
Apapun, Khai tetap majikannya. Dia berhak berahsia.
Tapi tak payahlah sampai macam ni ! Ish.
" Maaf? Kau hampir buat nyawa aku melayang. Maaf je tak cukup. " Khai bersuara.
Dendam pulak dengan Elly. Belum pernah dia ditendang oleh seorang perempuan. Lagi-lagi kena tendang tepat pada 'nyawa'nya. Mujur dia selamat.
Elly tunduk saja. Ye tau salah, tapi salah kau jugak takutkan aku. Gumam gadis itu.
" Elly, dah dua kali kamu buat hal. Dan dua kali jugak kamu bahayakan tuan Khai. Saya rasa kalau kamu tak tahan, bolehlah berhen..."
" Eh eh madam. Saya tau saya salah. Tolong jangan pecat saya, saya perlu duit." Pantas Elly merayu.
Alia yang sejak tadi mendiamkan diri berasa pelik.
Aih haritu beriye nak berhenti sekarang dapat peluang taknak pulak.
" Saya minta maaf Khai. Saya janji akan tebus kesilapan saya. Saya rela buat apa saja tapi benarkanlah saya kerja hingga hujung bulan ni. " Pinta Elly.
Kejap dipandang Madam Alisa kejap direnung Khai.
Buat apa saja? Khai buat senyum nakal.
" Baiklah. Saya takkan mintak madam pecat awak. "
Mata Elly terus bercahaya. Alhamdulilah, syukur syukur...
"...tapi ada syarat. "
Syarat? Elly dan Alia berpandangan. Syarat apa pula dah ?
*****
Syarat pertama - Alia tak boleh hebohkan pada sesiapa berkenaan penyakit Khai.
Syarat kedua -
Elly pandang dirinya di dalam cermin. Berbaju kurung.
Ya, itulah syarat kedua Khai. Mulai hari ini, Elly perlu datang kerja dengan memakai baju kurung.
No more T-shirt, No more jeans.
" Dalam banyak baju, kenapalah baju kurung? " Elly merungut.
Memang bukan kebiasaan dia nak pakai baju kurung bila keluar. Pakai kain pun tak pernah.
Senang jalan katanya. Nak lompat longkang pun takdahal.
Tapi, walau dikeluh dirungut dan dirayu pun Khai mungkin takkan tukar syarat.
Mahu atau tidak. Elly akur.
*****
Jendela dibuka sedikit. Nampak gadis berbaju kurung menolak pagar.
" Pakai jugak dia. "
Khai ketawa kecil. Memang sengaja dia memaksa Elly memakai baju kurung.
Ada sesuatu yang dia nak sangat lakukan pada Elly bila gadis itu berbaju kurung.
Kau jagalah Elyana.
*****
Milo panas itu dihirup. Matanya menjeling Elly yang sedang mengemas dapur.
Elly perasan ada mata yang memerhatinya. Nak saja dimarah, tapi bila teringat itu majikannya dan dia perlukan kerjanya sekarang, Elly pilih untuk berdiam diri.
" Kau tahu tak kau pakai baju kurung ni macam apa? " Khai tiba-tiba buat soalan.
Elly pandang Khai.
" Macam apa? Biasa je kan. " Balas Elly.
Malas rasanya melayan Khai. Pasti ada saja yang nak diperkatakan oleh Khai. Kalau pujian tak apa, ini kata-kata yang menyakitkan hati saja.
" Memanglah biasa, takkan ada yang luar biasa untuk perempuan muka biasa macam kau ni, " Angkuh Khai berkata.
Wah. Ni dah lebih. Main kutuk fizikal ni.
Elly cuba bersabar.
" Okaylah. Aku dah kenyang. Aku naik dulu. "
Khai bangun dari duduknya dan mula melangkah pergi.
Hah pergi cepat. Jauh jauh pergi. Elly menghalau dalam hati.
" Eh."
Khai berhenti jalan.
" Kalau kau nak tahu kau macam apa, kau translate kan maid ke bahasa indon. "
Khai ketawa kecil sambil melangkah pergi. Ditinggalkan Elly dengan tanda tanya.
Maid ? Bahasa indon?
Tiba-tiba dahi Elly berkerut. Marah. Dan dia berkata separuh menjerit,
" SAYA BUKAN BIBIK !"

ANDA SEDANG MEMBACA
Dracula's Bibik [C]
Vampiro" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pun sebab nak beli kamera digital yang baru. Lain hal tolak tepi. Tapi, satu hari Elly terpaksa naik k...