15|Pahit II

42.3K 3.4K 127
                                    

" Ni kereta siapa pula datang ni..."

Gadis itu pusing handle motor dan parkir motor di tempat lain. Port biasa dia meletakkan 'baby blue 'nya telah diambil orang.

Kenapa digelar baby blue ? Sebab itu motor pertamanya dan ia berwarna biru.

Dah memang tebiat Elly gelar setiap barang pertama diperoleh dengan gelaran baby kemudian diikuti warna atau saiz barang itu.

Kau jangan pelik. Ada je manusia macam ni. Cuma jarang nampak. Jenis ni kebiasaan orang yang sayang gila dengan harta dia sampai calar sikit pun nak nangis.

Kembali pada situasi Elly tadi, dia masih tertanya milik siapakah kereta itu.

Bukan madam Alisa sebab dia tahu bukan taste makcik ni pakai kereta macam tu. Well, tahu dari mana? Mestilah ikut sixth sensenya.

Konon tepat tekaan.

" Makan ikut waktu. Jumlah saya ada catatkan "

Seorang lelaki berumur lebih kurang madam Alisa keluar dari rumah banglo itu. Ketika itu Elly baru saja sampai di muka pintu.

" Oh ya. Kenalkan ni pembantu rumah baru. Elyana. " Madam Alisa terus perkenalkan sebaik nampak Elly.

Gadis itu tersengih. Menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi. Eh jap, ada satu senget. Punca jatuh longkang sewaktu kecil dahulu.

" ...dan ini Doktor Zaki, doktor keluarga ini." Kali ini lelaki itu pula tersengih.

Misainya yang diselang seli dengan uban terangkat. Sekali pandang macam uncle kfc.

" Baiklah Alisa, saya pulang dulu. Kalau apa-apa jadi pada Khai, segera hubungi saya. " kata Doktor Zaki sungguh.

Elly menjadi pemerhati dua insan berumur itu berborak. Dia biar madam Alisa menghantar lelaki itu ke keretanya kemudian memastikan lelaki itu beredar dengan selamat.

Setelah itu dinanti hingga madam Alisa mendekatinya.

" Kamu kenapa?" Madam Alisa menyoal pelik.

" Takda apa. Cuma pelik. Kenapa doktor datang ni?" Tanyanya.

Sambil melangkah masuk ke rumah, madam Alisa memberitahu, " Tuan Khai demam panas. Jadi saya harap kamu jaga dia elok-elok. Masakkan bubur untuknya hari ini. "

Seusai beritahu, wanita itu beredar.

Elly melempar pandangan ke anak tangga. Cuba menembusi hingga ke atas.

Khai demam. Ada timbul simpati dalam hatinya.

*****

Masuk ni dah dua hari kot tak dengar mamat ni membebel, menyakat atau keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati.

Kalau tak, bertembung saja adalah dua tiga ayat yang nak diucap. Paling takda idea pun dia kata ' Tepilah busuk. '

Rindu. Ya. Perkataan itu bermain dalam mindanya.

Eh! Kenapa nak rindu? Sepatotnya aku bersyukur dia tak bersuara. Aman hidup aku okay?

Sambil hatinya berkata-kata, dia masuk dalam bilik majikannya. Kalau selalu hanya dibiarkan lampu meja berpasang, tapi kali ini lampu bilik dibuka.

Dia nampak Khai baring di atas katil. Tidur.

Sebelum madam Alisa beredar, dia telah memberi Khai makan ubat dan memaksanya berehat. Barangkali kesan ubat buatnya terlena lama begini.

Besen kecil dan juga kain tuala di bawa ke tepi katil. Kemudian diletakkan atas meja di tepi katil itu.

Elly pandang wajah Khai. Entah kenapa dirasakan, wajah Khai waktu tidur begitu suci. Macam bayi baru lahir.

Kulit putih yang dimilikinya. Elly sebagai perempuan pun cemburu apabila lihat lelaki yang lebih cerah kulitnya berbanding dia.

Seketika gadis itu ketawa kecil. Kerana kulit itulah dia menyangka Khai dracula dulu. Di tambah gigi taring dan matanya yang berubah cokelat pada masa-masa tertentu.

" Hai encik dracula. Tak main hujan pun boleh demam ye." Elly berkata sambil tangan memerah kain tuala tadi.

Di letak perlahan-lahan pada dahi lelaki itu.

Tiba-tiba tangannya dipegang. Hampir menjerit kerana terkejut. Khai terjaga dari lenanya.

" Kau ada kata apa-apa ke tadi?" Serak suara Khai bertanya sambil mata kuyu memandang Elly.

Ye. Biji matanya berubah cokelat lagi.

" Mana ada apa!" Pantas Elly menidakkan.

Walhal dia ada berkata sesuatu tadi. Khai tak ambil pusing. Tangan Elly dilepaskan. Dibiarkan gadis itu menyambung kerjanya tadi.

Suasana jadi sepi. Elly juga jadi kekok. Rasa macam baru mengenali Khai. Dia benar-benar berubah.

" Khai. Kalau saya tanya awak jangan marah tau. "

" Erm."

" Saya ada buat salah ke?"

Mata cokelat itu menjeling Elly.

" Mana ada. "

" Habistu kenapa awak macam lain ? "

Mata cokelat itu memandang lagi.

" Lain macam mana?"

" Lainlah, dah taknak cakap dengan saya. Selalu mulut macam puaka. "

Elly perlahankan sebutan 'puaka' itu. Khuatir Khai mengamuk dan membalasnya dengan ber das das ayat mengutuk.

Eh bukankah bagus kalau begitu?

Tapi Khai hanya diam. Entah dengar ke tak kata-kata Elly tadi.

Suasana kembali sepi. Hanya dengar bunyi kipas berpusing dan sesekali bunyi kenderaan di luar rumah.

Elly buntu. Nak duduk sini terus ke angkat kaki je?

" Elyana," jejaka itu memanggil.

Mata cokelat itu memandang. Kali ini empat pasang mata itu bertembung.

"...kau nak tahu tak kenapa aku phobia dengan cahaya matahari?"

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now