30|Tenung Mata

32.5K 2.6K 90
                                    

Elly memandang Alia yang di sebelahnya dengan muka sedikit tergamam. Matanya bulat dan mulutnya berbentuk 'o' yang kecil. Lengan gadis tembam di sebelahnya dicengkam kuat. Walaupun sakit, sikitpun Alia tidak mengaduh.

" Kan. Dia kan. "

Gadis tembam itu menunjuk-nunjuk jarinya ke arah seorang gadis bert-shirt kuning gambar muka Spongebob dan seluar jeans paras lutut. Sekejap saja, gadis itu hilang di sebalik dinding.

" Ha ah. Tu Rara. So, apa kaitan dengan kita ?" Elly bertanya pula.

Apa yang nak dihairankan jika terserempak Rara di tepi jalan. Malaysia ni tempat tinggal dia. Wajarlah dia bergerak bebas ikut suka dia kan ?

" Ish. Apa yang dibuatnya sorang-sorang kat sini. Hah tu masuk lorong belakang kedai. Tak pelik ke ?"

Kepala Alia bergerak-gerak untuk mengintai kelibat Rara. Hatinya curiga dengan tingkah gadis itu.

" Ah kau. Asyik fikir bukan-bukan je. Biarlah dia. Jangan nak menyibuk. "

Elly menarik tangan Alia untuk pergi dari situ. Tak kuasa dia nak melayan otak Alia yang gemar berimaginasi bukan-bukan.

*****

" Awak bangun !"

Mata dibuka. Bayangan seorang kanak-kanak perempuan kelihatan. Tapi wajahnya samar-samar.

" Bangun. Tempat ni ada api banyak. "

Khai menggosok kedua biji matanya. Apabila pandangannya jelas, nampaklah dia Rara sedang berdiri di sisi katil. Jejaka itu bingkas bangun dan duduk bersandar di kepala katil. Rambutnya yang serabai dikemaskan menggunakan jari.

" Bangun. Hari ni kita ada aktiviti khas !" Rara bersuara penuh bersemangat.

Dahi Khai membentuk tiga lapisan. Keningnya berkerut. Dia tidak mengerti dengan apa yang disampaikan oleh gadis ceria di depannya.

" Aktiviti khas ha..pa ?" Soalnya sambil menguap. Tapak tangannya menutup mulut. Ada air jernih mengalir di hujung mata.

Rara yang sedari tadi mundar mandir mengemas bilik Khai yang sedikit bersepah dengan baju kotor di lantai berdiri sambil bercekak pinggang.

" Jangan banyak tanya. Pergi mandi dan turun bawah. Okay ?" Arahnya sambil mengenyit mata sebelah. Lesung pipit yang terukir kerana senyumannya tadi menampakkan kemanisan di wajah.

Khai mengangguk cuma. Malas bertanya lebih lanjut. Lambat-lambat dia turun dari katil dan melangkah ke kamar mandi. Meninggalkan Rara yang masih mengemas biliknya.

*****

Khai pandang wajah gadis berlesung pipit itu berulang kali. Macam tak percaya dengan apa yang dikatanya tadi.

" No. Jangan buat kerja gila. Awak nak saya masuk hospital lagi ke ?"

Mendengarkan ayat Khai buatkan Rara tergelak kecil. Dia mencapai sebuah topi jerami dan terus meletakkannya di kepala Khai.

" Kita buat slow slow. Awak boleh. "

Khai telan air liur lagi. Rupanya, aktiviti Khas yang dikatakan Rara adalah keluar rumah di waktu matahari memancar cahayanya. Bagi Khai, cukuplah sekali cubaannya untuk keluar dibuat. Tiada kedua kalinya. Dia tak sanggup merasai perasaan takutnya lagi.

Tapi, Rara tetap bertegas ingin melaksanakan aktiviti itu. Katanya, ia akan melatih keberanian Khai yang akan sedikit sebanyak dapat menangani fobia terhadap matahari.

" Ready ?" Rara memegang tombol pintu.

Angguk tidak, geleng pun tidak. Khai memegang kanan dan kiri topi jerami yang terletak di kepalanya itu. Jantungnya berdetak laju.

Rara anggap itu tanda Khai bersedia, lalu tanpa menunggu lama dia memusing tombol dan membuka pintu. Maka berebutlah sinaran mentari masuk ke dalam rumah itu.

Sebaik sahaja cahayanya menyentuh pandangan Khai. Segala ketakutannya berkumpul jadi satu. Matahari seakan menyumpahnya. Badannya mengigil serta merta.

" Tutup aku kata tutup !!" Dia berteriak sambil berlari sembunyi di belakang sofa. Peluh mula menitis.

Rara mengeluh melihatkan Khai tidak ingin cuba lawan ketakutannya. Pintu masih tak bertutup, dibiarkan.

" Khai. Awak kena lawan rasa takut tu. " kata Rara sambil mendekati Khai.

Dilihat Khai mengigil. Mukanya kebasahan. Rara menurunkan lututnya ke lantai. Duduk dia berhadapan Khai.

" Saya kan ada. Awak tak perlu takut."

Pipi Khai disentuh. Khai menghalakan pandangan matanya pada mata Rara. Mencari-cari kekuatan di sebalik mata gadis ceria itu.

" Ehem. "

Kedua mereka sama-sama memandang. Kelihatan Elly berdiri di tepi sofa.

" Sorry ganggu. Saya nampak pintu terbuka. Ingat ada pencuri. " ujar Elly.
Pandangannya dialihkan dari melihat mereka. Segan jadinya apabila muncul tiba-tiba macamtu. Tambahan selepas melihat adegan intim antara Khai dan Rara tadi.

Rara menarik laju tangannya yang menyentuh pipi Khai apabila menyedari pandangan Elly tadi. Dia kemudiannya dapat satu idea.

" Ah cik Elyana. Alang-alang cik ada kat sini, boleh tak tolong bawa Khai keluar ?"

Elly terkejut sikit. Bawa Khai keluar ? Dengan cahaya matahari yang memancar ?

" Saya nak tolong Khai atasi fobia dia. Boleh tolong juga tak cik Elyana ?" Rara bertanya lagi. Berharap Elly dapat membantunya.

Gadis itu memandang Khai yang senyap dari tadi. Jejaka itu tunduk memeluk lutut.

Ada bagus gak idea Rara ni. Sampai bila nak biar Khai takut dan sembunyikan diri saja.

Elly memberi persetujuan sebaik dirasakan apa yang ingin dilakukan Rara boleh diterima akal. Tersenyum Rara melihat respon Elly. Dia bangun dan memberi ruang Elly memujuk Khai.

" Khai. "

Elly memanggil perlahan sambil bercangkung di depan Khai. Disengetkan kepala ke kiri untuk mengintai Khai yang sejak tadi tertunduk kepalanya.

" Awak okay tak ? Nak cuba lagi ?" Soalnya.

Khai angkat muka. Kini, pandangnya bertaut pada mata Elly pula.

" Jom cuba. Saya bantu awak okay ?"

" Tapi aku takut. "

Jejaka itu melarikan anak mata. Ada rasa malu dalam dirinya. Nama saja anak jantan tapi takut dengan sinaran matahari.

" Saya ada. Kan saya kata akan melindungi awak. Jom. "

Elly menyentuh tangan jejaka itu dan dibawa bangun. Khai masih berhadapan dengannya.

" Awak pandang je saya. Okay ?"

Khai angguk. Dengan bimbingan tangan Elly dan renungan matanya, dia membuka langkah. Perlahan-lahan ke arah pintu. Cahaya mula menyentuh pandangannya.

" Pandang saya Khai. " bisik Elly.

Bibirnya digigit. Dengan wajah ketakutan, Khai tenung mata Elly. Tenung dan tenung tanpa sedar dia sudah berdiri di halaman rumah.

Rara yang melihat kejayaan itu melompat gembira.

" Berjaya !" Rara menjerit. Tangannya bertepuk kuat.

Dia juga berdebar sebenarnya. Takut kalau Khai tetap tidak ingin mencuba lagi. Tapi mujurlah, rancangannya berhasil.

" Khai awak dah berjaya !" Kata Elly gembira.

" Elyana. "

" ya ?"

Satu sentuhan menyentuh bibirnya. Elly tergamam.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now