Elly duduk termenung di meja tulis berhadapan jendela kamarnya. Mengingati satu persatu benda yang dilaluinya pada hari ini. Selain daripada makan, minum, berhadas, buang gas badan dan beberapa benda harian yang dia lakukan, ada dua perkara penting yang menganggu kotak pemikirannya.
Pertama - Khai gagal ditemui selepas bertukar menjadi 'dracula' malam semalam.
Kedua - Tahu kisah lampau Rara sebagai pesakit mental.
Meskipun kedua-dua hal tersebut mengejutkan, tetapi dia lebih risau berkenaan Khai. Kenapa dia boleh jadi macam itu secara tiba-tiba ? Tambahan, kehilangan Rara dari banglo dua tingkat itu juga amat mencurigakan. Apakah dia lari atau telah dibunuh oleh Khai ?
Tinggal tanda tanya.
Setelah dirasakan duduk termenung berejam-jam tadi tidak memberi apa-apa hasil, Elly pilih untuk beradu. Dia bangun dengan berhati-hati memandangkan kakinya cedera dek terpijak serpihan kaca di rumah Khai pagi tadi.
*****
Subuh masih jauh, tapi Elly sudah terjaga apabila kakinya terasa pedih. Mungkin balutan lukanya terbuka akibat kelasakan tidurnya yang bermimpi bermain bola.
Gadis itu bangun dari pembaringan dan melihat kakinya. Tepat tekaan dia, balutan kakinya sudah hampir terbuka dan darah sudah tumpah terkena cadar.
" Haih kaki, dah dahlah keluarkan darah woi. " gumam Elly perlahan.
Di saat dia baru ingin bangun mendapatkan peti ubat yang terletak atas rak buku, tubuhnya disapa kesejukan malam. Dinginnya hingga membuatkan Elly mengigil. Dia menoleh ke tingkap, terbuka luas.
" Aku rasa tak buka tingkap tadi..."
Tidak puas bermonolog dalam hati, dia dikejutkan pula dengan bayangan seseorang berjalan dari sudut bilik ke arahnya. Perlahan-lahan cahaya lampu jalan dan rembulan di luar menampakkan wajah gerangan itu.
" Khai ?"
Khai tidak berkata apa. Malah mukanya ketat tak berperasaan. Dia terus duduk di depan Elly. Betul-betul dekat dengan kaki Elly yang luka tadi. Pantas gadis itu menarik kakinya jauh dari jejaka itu.
" Jangan risau, aku dah 'makan' tadi. "
Khai bersuara apabila faham tindakan Elly menjauhkan kakinya yang luka itu dari dia.Mendengarkan itu, Elly jadi lega. Takut juga kalau lelaki yang diragui kemanusiaannya itu tiba-tiba menerkam dan menyedut darah pada tubuhnya. Temu ajallah jawabnya.
" Kenapa datang sini ?" Soal Elly memecahkan keheningan yang tiba-tiba bertandang sesaat dua tadi.
" Kenapa ? Kau dah tak suka aku yang...bukan manusia ni datang jumpa kau ?" Soalan dimanipulasikan.
Elly telan air liur. Dia juga keliru dengan pendiriannya. Sisi lain amat takutkan Khai yang kini, tapi sisi lain pula tidak mahu Khai terus begini.
" Khai...saya tak faham. Kenapa tiba-tiba ?" suara Elly kedengaran sebak.
Dia akui akhirnya yang dia tidak suka jalan cerita mereka begini. Bukan itu sahaja, dia tidak sanggup melihat Khai tetap dalam keadaan begitu. Menjadi dracula ? Bagaimana hidupnya dalam masyarakat nanti ?
" Aku pun tak tahu. Aku ingat fobia matahari tu cuma sebab aku kena culik dulu. Rupanya aku memang-"
Kepala Khai menunduk. Juga tak mampu terima kenyataan dirinya sekarang. Meskipun ia nampak merepek, tapi yang merepek inilah hakikat yang harus ditelan, dihadam dan dibiarkan berenang dalam badan.
Gurrrrr....
Bunyi pelik kedengaran tiba-tiba. Elly memandang Khai yang sudah memegang perutnya.
YOU ARE READING
Dracula's Bibik [C]
Vampir" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pun sebab nak beli kamera digital yang baru. Lain hal tolak tepi. Tapi, satu hari Elly terpaksa naik k...