19|Tiba Masanya

42.4K 3.3K 117
                                    

" So, ini yang terakhir. "

Beberapa pakaian yang siap berlipat diletak dalam almari. Sesudah, gadis itu menggosok kedua tapak tangannya menandakan tugasnya telahpun selesai. Pintu almari ditutup rapat.

Seorang jejaka yang duduk di atas katil dipandang sekejap sebelum dirinya meminta untuk beredar dari situ. Tapi, permintaannya dihalang.

"...aku nak cakap sikit dengan kau. " kata Khai sambil tangan melambai agar Elly mendekatinya.

Elly tidak membantah. Dia melangkah merapatkan jarak di antara dia dan Khai. Kemudian, gadis itu setakat berdiri di tepi katil.

" Duduklah. " pelawa Khai. Tapi tidak pula dia menunjuk di mana tempat Elly sepatutnya duduk.

Tidak banyak soal lagi, Elly memilih untuk sekadar duduk di bangku yang sememangnya ada di sisi katil Khai. Dia memandang jejaka itu, tekun menghadap komputer riba miliknya. Tidak sampai sesaat, gajet itu ditolak tepi.

Khai tarik nafas sebelum memulakan bicara. Hm, macam serius je benda yang nak dikatakan pada Elly ni. Elly cuba mengawal gugup.

" So, hari ni memang last day kau lah kan ?" Soal Khai.

Elly angguk lambat-lambat. Bila dengar perkataan 'last day' itu, hatinya tiba-tiba jadi berat. Namun, sedaya upaya dia mengawal riak wajah supaya tidak nampak perasaan sebenarnya.

" Okay, aku dah masukkan gaji kau dalam akaun. Nanti bolehlah check," sambung Khai lagi.

Senyuman Elly melebar. Matanya nampak bercahaya. Gembira dan seronok betul dengan khabar yang disampaikan oleh majikannya ini. Tapak tangannya ditepuk tanpa menghasilkan bunyi. Tanda seronok.

" Terima kasih awak, terima kasih bos !" Ucap Elly.

Khai hanya tersenyum. Kemudian, dia mengeluarkan sebuah fail dari dalam laci di tepi katil. Bertentangan dari kedudukan Elly.

" Tapi kena sign ni dulu. Bukti kau takda masalah dan bersetuju menamatkan tugas. " Khai membuat penerangan, sebatang pen turut dihulur kepada Elly.

Fail tersebut disambut baik oleh Elly. Tidak segera menurunkan tanda tangan, Elly merenung susunan ayat dokumen itu dahulu. Setelah yakin tiada kompromi dengan dokumen tersebut, Elly menekan hujung pen dan menghalakan matanya pada permukaan kertas.

" Elyana, hubungan kita takkan tamat sampai sini je kan ?" tiba-tiba Khai aju soalan.

Elly angkat muka. Dipandang wajah Khai meminta simpati. Sedih ke aku nak pergi ni ? Elly mengukir senyuman.

" Mestilah ! Kita tetap akan berkawan sampai bila-bila. " kata Elly dan senyumannya makin lebar. Bak kata orang senyum sampai ke telinga. Hehe.

Khai juga begitu. Lega hatinya apabila Elly tidak menamatkan perkenalan mereka begitu sahaja.

Elly melontar pandangan ke sekeliling bilik Khai. Memori bagaimana dia bertemu Khai terimbau semula di kotak mindanya. Teringat saat pertama kali dia masuk ke bilik itu demi mengejar seekor kucing. Dan kerana kucing itulah dia melanggar amaran keras madam Alisa dan dia dipertemukan dengan Khai. Dia tersengih, ada terbit rasa lucu di hatinya.

" Khai, kita tak pernah ada sesi berkenalan secara formal atau santai kan. Tiba-tiba je jumpa..."

"...lepastu anggap aku dracula. " ayat Khai yang memintas kata-kata Elly tadi buat kedua mereka ketawa.

Jika diingat, saat itulah paling lucu sebab hampir buat semua di rumah itu gelabah termasuk Alia yang muncul tiba-tiba. Setelah kedua mereka berhenti ketawa, masing-masing diam. Kini, hanya kedengaran bunyi kipas siling berpusing.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now