17|Satu malam

44.9K 3.2K 426
                                    

" Awak bangun !"

Mata dibuka. Bayangan seorang kanak-kanak perempuan kelihatan. Tapi wajahnya samar-samar.

" Bangun. Tempat ni ada api banyak. "

Ya. Wajarlah terasa bahang sejak tadi. Asap api mula masuk ke kerongkong. Dia terbatuk-batuk.

" Cepatlah. Nanti awak mati. "

Kanak-kanak perempuan tadi masih bersuara walaupun tiada balasan pada kata katanya.

Melihat tiada respon diberi dan tiada masa untuk menanti respon tersebut, kanak-kanak itu menarik tangannya.

" Arah sini!"

Langkah diekori hinggalah mereka keluar pada satu cahaya. Dan untuk sekian lama dikurung dalam gelap, dia nampak matahari.

Mulanya dia gembira kerana telah bebas tetapi entah tiba-tiba dirasa seakan matahari menyumpah seranah kepadanya.

Mati ! Mati !

Dan dia menjerit ketakutan.

*****

" JANGANNN!!!"

Tap tap tap.

" Hah kenapa? Apa yang jangan jangan ni ?"

Muncul Elly dengan memakai apron dan sudip di tangan. Jelas menampakkan dia tengah memasak tadi hinggalah dia terdengar Khai menjerit ' jangan ' tiba-tiba.

Khai duduk di atas katil dengan wajah berpeluh-peluh. Elly merapati dan duduk di sisi Khai.

" Mimpi benda tu lagi ke ?" Elly tahu tekaannya tepat. Khai sudah menceritakan tentang dirinya dan mimpi yang tiba-tiba kembali menghantuinya.

Jadi apabila Khai jadi ketakutan begini, tahulah Elly puncanya apa.

Bahu lelaki itu disentuh dan diusap lembut.

" Jangan takut. Saya ada kat sini. Saya super Elyana siap menjaga awak !" bersemangat Elly berkata seraya mengangkat sudip ditangan. Konon senjata pahlawannya.

Khai jadi lega sedikit dengan kata-kata Elly. Leganya dipamerkan dengan senyuman nipis di wajah.

" Relax brader relax..." ujar Elly sambil mengelap peluh di dahi Khai dengan hujung lengannya.

Tiba-tiba kelakuannya terhenti apabila Khai memegang lengannya. Jejaka itu merenung ke dalam biji mata Elly.

Dup dap dup dap !

Jantung gadis itu berdenyut tak menentu. Renungan Khai seakan memakan seluruh jasadnya. Rohnya kini bermain di dalam kolam mata coklat itu.

" Kau masak kan ? Ada bau benda hangus tak ?"

" Eh !!"

*****

Telur dadar itu nampak menyedihkan. Permukaaannya memang cantik tetapi belakangnya hitam legam. Kalaulah ia bernyawa, mungkin dia akan memakai baju kerana malu terhadap rupanya.

Dua insan itu merenung sadis pada telur dadar yang masih terbaring lemah di dalam kuali.

" Tak selamat dah..." Elly bersuara.

Masak telur dadar pun kantoi. Macam mana nak kahwin ni ? Eh. Tetibe.

" Takpe. Boleh lagi. Hidangkan. " Khai memberi arahan.

Elly terkejut. Dan macam biasa, " Eh!"

Khai sudah duduk di meja makan. Menanti makanan dihidangkan.

" Saya masak yang baru ya. Tak boleh ni..." jelas Elly. Takkanlah nak bagi orang makan telur hangus !

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now