Kacing !
Bunyi pisau berlaga.
Mata yang tidak bulat dan tidak sepet itu merenung bucu mata pisau. Nafasnya naik turun tanpa diminta. Degupan jantung saling bergendang.
Degup degap berlagu. Peluh menitis ke lantai. Jika ada semut lalu di bawah itu dan ditimpa titisan peluh tadi, pasti ia kan menjerit ' banjir besar ! banjir besar ! '.Elly berhenti bermonolog. Matanya beralih dari pisau tadi ke pemegangnya. Kelihatan Rara yang sudah basah mata dan kedua pipinya dengan air mata. Jika diamati, dia sedang mengigil.
" Ambiklah pisau ni Cik Elyana. Saya dah penat. Kalau cik rasa saya jahat sangat pada cik. Tikamlah saya !" Kata Rara separuh jerit.
Elly tidak membalas katanya. Matanya sesekali beralih pada pisau dan sesekali pada Rara.
" Ambik cik Elyana. Tikam saya ! Bunuh saya !" Rara masih bersuara.
Dia nampak sudah penat dengan tuduhan melulu dari Elly. Dulu tuduhan bunga, kini tuduhan punca Elly berpisah dengan Malik. Apa jahat sangat ke dia ?
Melihatkan Elly tidak memberi apa-apa tindak balas, Rara memusing arah mata pisau dari Elly ke arahnya. Tepat pada perutnya.
" Kalau cik Elyana taknak buat. Biar saya buat !"
Dan tanpa sempat Elly menghalang, pisau itu terbenam di tubuhnya. Bermula dari lutut mencecah lantai, Rara akhirnya rebah.
Darah pekat mengalir banyak daripada celahan tusukan pisau tadi. Mulut Rara juga meludahkan darah. Berkerut-kerut dahinya merasa kesakitan tikaman tadi.
" Rara !" Elly pantas mendekati tubuh Rara yang sudah kelihatan nyawa-nyawa ikan itu.
Elly memangku kepala Rara ke atas pehanya. Air matanya menitis. Entah tangisan simpati atau tangisan bersalah. Semua sebab menangis menjadi satu.
" Cik El..yana.. saya..minta ma..af. "
Rara mengagahkan diri untuk berkata dalam kesakitan. Dan sebaik ayatnya habis dituturkan, kepalanya terus melentok lemah. Mati. Elly hampir gila. Digoyang-goyangkan tubuh gadis itu sambil berulang memanggil namanya. Namun, kaku. Tubuhnya kaku tak terjaga.
" Elyana ? Apa jadi ni ?!"
Elly memandang ke arah suara itu. Khai kelihatan terkejut. Mana tak terkejut melihatkan tubuh berlumuran darah di depan mata.
" Khai. Saya tak..."
Dalam tangisan, Elly cuba menyampaikan bahawa dia bukan punca semua itu terjadi. Tetapi, pandangan Khai semakin lama menjadi takut padanya. Sambil menggeleng-geleng kepala, Khai mengundur langkah.
" Khai, saya tak bunuh dia." Jelas Elly.
Dia sudah bangun mendekati Khai. Khai jadi cuak. Pandangannya kadang pada wajah Elly, kadang pada tangan Elly yang berlumuran darah. Gadis itu cuba menyentuhnya, tetapi sempat dia menepis.
" Khai, bukan saya. Percayalah. " bersungguh Elly mempertahankan diri. Dia juga mangsa keadaan. Bukan dia. Bukan dia.
" Pergi ! Jangan sentuh aku, pembunuh !" tengking Khai.
Elly terus duduk melutut di lantai. Memegang kain seluar Khai dan merayu. Tetapi Khai tetap tidak percaya dan terus berlari meninggalkan Elly.
" Khai !!!"
Mata dibuka. Kepala menoleh ke kanan dan ke kiri. Seketika, dia mengurut dada.
" Fuh, mimpi rupanya. " Elly berkata sendiri. Lega dia berada atas katil di dalam biliknya dan bukan di dapur dengan mayat Rara tadi. Itu hanya mimpi.
YOU ARE READING
Dracula's Bibik [C]
Vampiro" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pun sebab nak beli kamera digital yang baru. Lain hal tolak tepi. Tapi, satu hari Elly terpaksa naik k...