45|Cukuplah !

30.1K 2.3K 265
                                        

Que ?

Terundur setapak Lyna ke belakang. Gurauan apakah ini ? Que sudah lama mati dalam kebakaran dulu. Bagaimana pula Elly boleh mengaku dia Que dan dari mana pula dia tahu berkenaan Que ?

" Ya Rara. Ni aku, Que dan kau Rara. "

Kata-kata Elly masih diatur. Cuba meyakinkan Lyna yang bagai hilang pertimbangan setelah mendengar pengakuannya tadi. Dia juga tidak tahu bagaimana semua itu terjadi. Tiba-tiba saja ingatan masa kecil yang tidak pernah diingat bertandang di minda. Malah, dia juga tahu dirinya yang sebenar. Bukan Elly tapi Jacque.

" Tak ! Kau bukan Que dan aku bukan Rara. Aku Lyna !" Bentak Lyna masih mempertahankan diri. Mengawal emosi supaya tidak terpedaya dengan kata-kata Elly tadi.

Ah. Gombal !

" Lyna dah lama mati. Cukuplah seksa diri kau, Rara. Kau tak bersalah !"

" Diam !!"

Jerkahan demi jerkahan berbalas. Kepala Lyna sarat dengan pelbagai soalan dan bayangan yang entah apa ceritanya. Bayangan budak perempuan, bayangan lelaki bengis, bayangan kayu, dan...darah.

Kaki Lyna serta merta lemah. Meski telah minum susu anlene segelas sehari, tetap juga tulang menulangnya jadi lepu dek ingatan masa lalunya. Dia terduduk di atas lantai sambil air mata yang deras mengalir.

" Tak..bukan aku..."

-----

" Budak macam kau patot mati !"

Berserta tengkingan itu, tubuhnya ditolak mencium tanah. Habis pipi dan tangannya diselaputi debuan pasir kotor.

" Maafkan Rara ayah. Tolong jangan pukul Rara. "

Lyna menarik lengan bapanya. Menahan supaya kayu yang dipegang kemas oleh lelaki itu tidak mengena pada adiknya, Rara.

" Tepilah !!" Sekali tolakan saja, tubuh kecil itu terpelanting jauh ke tanah jua.

Man merenung Rara yang teresak-esak menangis. Marahnya sebenarnya pada Que, anak paling degil dan keras kepala. Tetapi, disebabkan Que telah menghilangkan diri, dihamburkan amarahnya pada Rara.

Kayu papan itu diangkat melangit. Bersedia melakukan libasan paling kuat dan memuaskan. Lantakkan raungan kesakitan yang bakal didengar, asalkan hatinya puas.

Lyna cuba untuk bangun walaupun rasa pedih luka pada siku dan betisnya menyengat. Dia perlu lindungi satu-satunya adik yang dia ada. Adik kembarnya.

" Jangan pukul Rara ayah !!"

Pantas dia melompat memeluk tubuh Rara yang masih lemah di atas tanah. Libasan kuat yang dilakukan Man tadi mengenai tubuhnya.

" Oh. Kau nak sangat kenakan ? Hah ambik !"

Bam ! Bam !

Pukulan demi pukulan singgah pada belakang Lyna. Tapi tidak sedikit pun dia berganjak dari melindungi Rara. Cecair jernih yang keluar dari matanya mengenai pipi Rara. Rara memandang Lyna yang tersenyum dalam keadaan sakit.

" Kak Lyna.." serak dia bersuara.

" Jan..ji dengan..akak. Kau..akan ba..las- "

Ayat Lyna berakhir dengan satu jeritan kuat seraya kepala didongak ke atas. Seakan nyawanya ditarik ke atas. Dan ya, sebaik sahaja suaranya habis, terjelepuk lemah badannya di atas tubuh Rara.

Mati.

" Huh. Budak sial. "

Man mengesat bawah dagunya yang basah berpeluh. Penat melampiaskan amarahnya. Dicampak kayu yang mempunyai kesan darah itu ke tanah. Tanpa ada rasa sesal, dia mengatur langkah mahu masuk ke rumah.

Dracula's Bibik [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang