35|Tukar

28.9K 2.3K 264
                                    

Dalam kegelapan malam, di dalam hutan, kelihatan seseorang berlari ke arah sesuatu. Di tangannya memegang lampu suluh yang digunakan sebagai penerang jalan.

Krakk krukk krakk-

Bunyi seliparnya memijak daun dan ranting pokok di tanah. Seketika, lariannya tadi menjadi perlahan dan berhenti kemudiannya. Di depan pandangannya kini kelihatan rumah papan usang yang sudah lama ditinggalkan. Tapi, adanya cahaya dari lubang papan menandakan ia berpenghuni. Lalu, tanpa salam mahupun ketukan pada pintu, dia menerjah.

Lyna kaku sekejap dengan kehadiran yang tak diduga itu. Dia tersengih sinis sebelum menjauhkan rokok dari bibir. Asap rokok meliar ke wajahnya.

" Wah ! Jarang kau datang jumpa aku ni Rara. "

Tiada respon. Gadis itu hanya berdiri di muka pintu sambil mencari nafas. Penat kerana terpaksa berlari ke sini. Pandangannya terus pada kakaknya yang duduk malas di kerusi dengan kaki diletak atas meja.

" So, apa hajatmu wahai adik ku ?" Lyna bersuara lagi. Ada nada perli dalam intonasinya.

" Kak Lyna, Rara nak akak stop dengan plan akak ni. "

Lyna memandang Rara dengan renungan tajam. Merah matanya bak sepasang mata naga. Fuh, garang.

" Tak. Selagi dendam tak terlunas selagi tu aku takkan berhenti !" Serentak itu tangannya menumbuk meja.

" Kenapa kak ? Yang salah ibu bapa dia, bukan dia !"

Sekelip mata kolar baju Rara ditarik. Tubuhnya rapat dengan Lyna hinggakan terasa nafas di sekitar lehernya. Tapi, dia masih berani bertentang mata dengan Lyna.

" Siapa kata dia tak bersalah ?"

Kolar ditarik lagi. Rara mula sesak nafas.

" Kau lupa, sebabkan dia keluarga kita berpecah belah. Sebabkan dia,kita hilang Que !"

Rara ditolak ke belakang. Hampir saja dia jatuh, tapi sempat gadis itu mengimbangi badan. Dia lihat wajah kakak atau kembarnya kembali. Matanya berair.

Lantas dia mengingati peristiwa beberapa tahun yang lalu.

*****

15 tahun yang lalu,

Di belakang batang pokok besar, bersembunyi tiga kanak-kanak perempuan. Rara, Lyna dan Que yang berumur 8 tahun. Mereka merupakan kembar tiga, tapi wajah Que tidak mirip lagi dua adik beradik kembarnya. Mereka menyorok di situ sambil memerhati rumah lama yang separuh roboh itu.

" Jangan kak Que." Halang Rara apabila Que membuka langkah. Lengannya ditarik.

" Ish. Lepaslah, aku nak selamatkan budak tu. " marah Que sambil merentap lengannya.

" Que, kalau ayah tahu macam mana ?" Soal Lyna pula.

" Ayah takkan tahu kalau korang tak bagitahu. "

Lantas kedua mereka terdiam mendengarkan kata Que. Seketika, mereka terhidu bau asap. Sebaik sahaja menoleh, dilihat rumah itu sudah mula dijilat api. Teringatkan seseorang yang masih ada di dalam rumah itu, Que pantas berlari masuk.

" Kaka-"

Mulut Rara ditekup dengan tangan Lyna. Dia menarik adiknya ke tepi.

" Shh..nanti ayah tahu. " bisik Lyna sambil menunjuk pada dua lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka.

Rara mengangguk tanda faham. Dia kembali memandang rumah yang dijilat api tadi. Berharap Que dapat keluar dengan segera dan tidak ditimpa apa-apa.

--

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now