40|Masa Lalu

30.1K 2.4K 151
                                    

Pintu besi itu berbunyi nyaring tatkala ditolak ke dalam. Bunyi tapak kasut memijak lantai bergema di dalam ruang bilik besi yang agak dingin itu. Empunya kaki melangkah mendekati sehelai kain tirai yang menyembunyikan sesuatu di sebaliknya.

Sasssss-

Tirai dibuka dan kelihatan sekujur tubuh kecil tertidur meringkuk memeluk lutut di dalam kiub besar lutsinar. Rambut dan bulu-bulu di badannya diliputi serbuk ais.

Doktor Nasir mencapai sarung tangan dan penutup mulut lalu memakai keduanya. Kemudian sebuah kotak besi yang menyimpan bahan-bahan pembedahan dibuka. Diambil jarum suntik yang tidak berisi. Dikeluarkan pula botol kecil berbentuk silinder dari kocek kot putihnya. Jarum suntik dihala menyedut isi cecair di dalam botol tersebut.

Setelah selesai, dia berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya dia apabila tubuh yang tersimpan di dalam kiub besar lutsinar tadi hilang.

" Mana dia?" Panik Doktor Nasir menyoal diri. Dilihat ke setiap sudut bilik besi itu, namun tiada.

" Herr..herr..."

Doktor Nasir mendongak ke siling. Bulat matanya memandang kanak-kanak bermata merah dan bergigi taring itu melekat di atas siling. Matanya tajam menikam pandangan Doktor Nasir. Belum sempat mengorak langkah, Doktor Nasir diterkam dan jatuh ke lantai.

Berlakulah pergelutan di antara dia dan mahluk itu. Mahluk itu cuba menyerang tengkuk Doktor Nasir dengan gigi taringnya. Tapi lelaki itu berjaya menolak tubuhnya ke tepi. Doktor Nasir menindih mahluk separuh kanak-kanak separuh binatang ke mahluk menda tah dan menyilang tangannya supaya pergerakan terkunci.

" Herr..Herr.."

Makin mengganas mahluk itu apabila dia diperlakukan demikian. Peluh mula menitis dari kepala Doktor Nasir. Walaupun tubuh mahluk itu sebesar kanak-kanak 5 tahun saja, namun kudratnya bersamaan seekor singa liar.

" Arghhh !!"

Entah bila masa tangannya terlepas dari pegangan Doktor Nasir, terus tangannya yang berkuku tajam melibas lelaki itu. Terpelanting tinggi Doktor Nasir ke dinding dan mendarat ke lantai. Pitam sekejap. Darah mula berlumuran di wajahnya.

Melihatkan Doktor Nasir tidak sedarkan diri. Mahluk itu bangun dan berjalan merapatinya. Mukanya bengis bak haiwan yang kelaparan. Mahu menamatkan riwayat lelaki itu.

Ketika mana jarak mahluk itu hanya sejengkal cuma dari Doktor Nasir, lelaki itu pantas membuka mata. Jarum suntik yang sempat dicapai sebelum dilibas tadi terus dihala pada dada mahluk itu.

" Harghhhhh ! Argh.."

Mahluk itu mengaum kesakitan sebelum perlahan-lahan matanya berubah warna kepada coklat dan gigi taringnya memendek ke dalam mulut. Kuku tajamnya juga mengecut menjadi normal. Dia terduduk dan kini hanyalah seorang kanak-kanak sepenuh manusia kelihatan.

Kanak-kanak itu memandang Doktor Nasir dengan wajah pucat. Takut dia melihat darah yang berlumuran dari wajah lelaki itu.

" Jangan takut. Ni papa..." katanya sambil menahan sakit. Dia menghulur tangan mengarah kanak-kanak itu mendekatinya.

Kanak-kanak itu hanya menuruti. Dia duduk ditepi Doktor Nasir dan membiarkan lelaki itu mengusap rambutnya. Doktor Nasir mengukir senyuman.

Dia menemui kanak-kanak itu dalam satu ekspedisi untuk mencari penawar dalam perubatan di sebuah hutan lama di Jerman dulu. Sangkanya dia cuma kanak-kanak yang tersesat, namun apabila satu malam dia melihat sendiri perubahan fizikal kanak-kanak itu seperti tadi ; dia nekad untuk bawa pulang ke Malaysia dan menyembuhkannya.

Dan akhirnya, dia berjaya. Penawar yang dicipta beberapa bulan lalu telah menunjukkan hasilnya. Sekarang kanak-kanak itu sudah menjadi manusia.

" Mulai hari ini, nama kau Khai. Dan aku papa kau. " Doktor Nasir berkata.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now