5|Nota kecil

45.7K 3.6K 226
                                    

Madam Alia dah pesan. Jangan naik atas. Jangan buka langsir.

Memanglah Elly tak buat semua tu. Dia buat kerja dia. Sumpah.

Tapi yang menyeramkan dia sekarang, nota kecil itu.

*****

Pukul 9 tadi,

Elly kemas apa yang patut. Nampaknya rumah banglo dua tingkat itu tak adalah payah mana nak dijaga.

Penghuni tak ramai. Bolehlah.

' gedek gedek gedek '

Bunyi mesin.

Elly menoleh. Mencari mana datangnya bunyi itu.

Oh. Lif kecil makanan.

Kalau korang tengok cerita omputeh yang rumah antik atau rumah agam. Ada kan lif kecil yang menghubungkan tingkat atas ke bawah.

Ala. Boleh muat budak je.

Takpun. Cerita Home Alone. Hah, lif tu lah.

Tak faham gak? Pepandai lah imagine sendiri weh !

Elly tak terfikir apa pun masa bukak pintu lif kecil itu. Tikus maybe. Katanya.

Tapi sebaik sahaja ia dibuka,

Aku nak roti bakar dengan kopi susu secawan. Now !

Elly telan air liur. Madam Alisa tak bagitahu pun tentang penghuni lain dalam rumah ini.

Informasi yang diterima pun, kedua majikannya telahpun meninggal dunia dalam satu kemalangan.

Jadi, dia diupah jadi maid untuk pastikan rumah itu sentiasa dijaga rapi.

" Ah! Madam lah ni. " ujarnya menyedapkan hati. Yakin tiada yang aneh kat rumah itu.

Elly kemudian terus mengikut arahan yang ditulis dalam nota kecil tersebut.

Pukul 1 petang,

'Gedek gedek gedek'

Bunyi mesin lagi. Kali ini tak payah untuk Elly mencari. Tahu dah bunyi apa.

Perkara sama dibuat. Pintu lif dibuka dan ada nota kecil lagi.

Order pizza. Aku lapar. Guna duit tu dan baki jangan amik !

Hek eleh madam Alisa ni. Tak padan tua, kedekut pulak tu.

Kutuk kutuk pun, Elly tetap mengikut arahan.

Pizza diorder.

*****

Semuanya nampak biasa dan tak pelik sampailah tepat jam 6 bunyi pagar dibuka.

Elly intai dari cermin tingkap.

Eh madam Alisa ?

Madam Alisa melangkah menuju ke pintu rumah. Seketika pintu rumah dibuka.

" Dah kenapa kamu tengok saya macam tengok hantu? " soal madam Alisa.

Terkejut juga masuk masuk nampak Elly pandangnya dengan mata bulat dan muka pucat.

" Ma madam bukan ada kat atas ke hari ni ? " gagap Elly bertanya.

Madam Alisa buat muka pelik.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now