49|Klimaks

35.8K 2.3K 247
                                    

Badan pintu ditolak kuat. Hentakannya pada dinding belakang menghasilkan bunyi yang bingit di banggunan lama yang sedia sunyi dan sepi itu.

" Lyna. Masaklah ! Sorang tu dah larikan diri !"

Beritahu Joe sebaik sahaja tiba di dalam. Namun, kelibat Rara yang masih disangka Lyna langsung tidak kelihatan. Pergi membuang hajat jugakah ?

" Tolong ! Cepat keluarkan kitorang !" Suara seorang gadis yang lantang menarik perhatian dia.

Pantas pandangan dilempar ke arah suara itu. Kelihatan Elly sedang mengagau palang besi seumpama mahu mematahkannya. Terdesak nak keluar sangat gamaknya.

" Kau ni kenapa ? Duduk diam jelah !" Balas Joe sambil menarik kerusi dan duduk.

Kusut kepalanya sekejap memikirkan seorang tawanan telah melarikan. Lagi kusut nak bina ayat untuk menerangkan pada Rara sebentar lagi.

Ah. Minah ni mana pula pergi.

Tang ! Tang !

" Ishhh !!"

Naik baran Joe apabila Elly yang disuruh senyap tadi masih berbuat bising. Segera punggung diangkat dan tegak memandang kurungan besi itu.

" Aku suruh senyap kan ?"

Tajam dia merenung Elly. Elly menggeleng laju seraya menunding jari ke tepi. Menunjuk pada pelaku yang berbuat bising tadi.

Terkejut lelaki itu tatkala yang dilihat membuat bising tadi se dracula yang sedang mengetuk kepala dan mengigit palang besi kurungan. Bengis wajahnya diserikan dengan taring serta mata menyala kemerahan.

" D..dracula ? "

Inilah kali pertama dia melihat mahluk itu di depan mata. Selalunya hanya dilihat pada media teknologi saja, kini terasa bagai menonton filem 3D. Sangat mengagumkan.

" Cepatlah ! Tolong keluarkan kitorang !" Rayu Elly sedikit cemas.

Mujurlah tadi mahluk itu hanya mengacah dia dan Alia. Kerjanya dari tadi sibuk terbang sana sini. Teruja dapat terbang barangkali. Tapi, itu tadi. Akan datang, tak mustahil nyawa mereka bakal diambil.

Joe ketawa kuat tiba-tiba. Berdekah-dekah sampai tercekik air liur sendiri. Pehal tah.

" Rasakan ! Bukan senang nak mati sebab gigitan dracula. Haha. " ujarnya dengan sisa tawa yang masih berbaki.

Cis.

Elly menoleh pada Khai. Tergantung jejaka itu sambil gigi tak sudah mengigit palang besi. Ingin keluar, semestinya. Tapi apa gila pergi gigit. Minta lah kunci suruh buka. Kan senang.

Siulan Joe menambahkan suasana cemas. Bagai tertarik dengan siulan itu, Khai berhenti mengigit. Dihala pandangan pada Elly yang berdiri melindungi Alia yang pengsan akibat terkejut tadi, di belakangnya.

" Makan makan. Tu makanan kau. Haha. "

Bagai menerima arahan, Khai melompat memijak lantai. Langkah dibuka seperti manusia biasa berjalan. Objek yang dituju, Elly.

" Khai, awak tak ingat saya ke ?" Terketar-ketar soalan itu diajukan.

Akan tetapi tiada tindak balas dari Khai. Dia merapati gadis itu dan pantas tangannya mencengkam leher Elly. Tubuh Elly diangkat.

Nafas Elly mula sesak. Kakinya menendang-nendang angin dan dipukul tangan Khai supaya dibebaskan. Tetapi, masih tidak menunjukkan apa-apa hasil.

" Kha..ai.."

" Grrrr..."

Tanpa belas ihsan, tubuh kerempeng itu ditolak pada dinding. Terhantuk sedikit kepala Elly sebelum menyeret jatuh ke bawah. Dan ya, dia pengsan. Takda kerja lain ke dari pengsan je ni ! Penulis tiba-tiba mengamuk.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now