23|Cemburu

38K 2.8K 108
                                    

Bunyi langsir ditarik kuat. Bilik jadi gelap.

Tap tap tap...

Bunyi seseorang berlari. Berlari ke arah bertentangan dan dengar pula bunyi suis dibuka.

Seketika ruang gelap tadi dipenuhi cahaya. Berdiri seorang gadis berambut paras bahu dengan gaun takat lutut dan legging dikakinya, menampakkan gaya yang funky atau ceria. Dia tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.

" Awak selesa tak ? Dah okay ?" Soalnya sebaik terpandangkan Khai yang sudah sedar dari lenanya.

Khai pandang sekeliling. Soalan yang diutarakan padanya tadi dibiar tak berjawab.

" Aku kat mana ?" Soalnya pula.

" Kat hospital. " jawab gadis itu sambil merapati Khai.

Dia dan Khai saling berpandangan. Khai pandang gadis itu dari bawah ke atas. Dia tak pernah melihat gadis itu apalagi mengenalinya. Siapa ek ?

" Kau..."

Gadis itu segera ketawa dan menghulur tangan tiba-tiba, " Kenalkan, saya Tiara. Panggil saya Rara dan awak pengsan tadi so saya bawa lah awak kat sini dan doktor cakap awak takut dengan cahaya matahari jadi saya tutup tingkap dan hanya buka lampu je awak jangan takut saya bukan penjahat saya suka tolong orang je harap awak tak salah faham !" Fuh. Satu nafas je kut minah dengan nama Tiara ke Rara ni kenalkan diri.

Nafas Khai turun naik. Dia yang mendengarkan Rara berkata dengan satu nafas turut merasakan lelahnya. Padahal Rara nampak okay je.

Melihatkan Khai tidak menyambut huluran tangannya, Rara mengambil tangan jejaka tersebut kemudian disalam.

" Selamat berkenalan, Encik Khairul. " ucapnya masih tersenyum seperti tadi. Khai syak minah ni terlebih gula dalam badan sebab nampak hyperactive gila. Tapi eh, mana dia tahu nama Khai ?

" Ah, saya terbaca masa doktor tu bawa fail peribadi encik. Hihi. " cepat-cepat Rara beritahu apabila terbaca muka pelik bin hairan Khai tu.

Khai mengangguk. Lega bila keraguannya dijelaskan. Nampaknya, Rara ni tak lah membahayakan. Kau gila, muka comel lotey takkan pembunuh bersiri. Tapi, hatinya siapa tahu kan ?

Pintu bilik dibuka tiba-tiba, pantas kedua mereka menoleh ke arah pintu. Masuk seorang wanita lingkungan 40an tu, ha ye lah Madam Alisa kemudian kat belakang dia ikut dua orang perempuan dan seorang lelaki hiphop.

" Tuan Khai, tak apa-apa ?" Soal Madam Alisa sebaik berdiri di tepi katil Khai.

Khai hanya mengangguk menandakan dia okay. Kemudian, pandangannya beralih pada tiga orang manusia tadi. Elly, Alia dan siapa pula budak hiphop ni.

" Macammana korang boleh sampai sini?" Soal Khai. Soalan ditujukan pada mereka bertiga tapi matanya pandang tepat pada Elly.

" Pakai kereta la bro. " Malik menjawab sambil tangannya diletak pada bahu Elly. Dia perasan Khai cuba memandang awek dia tu. Jealousyy~

Elly jeling Malik sekilas sebelum kembali memandang Khai dengan jawapan sebenar, " Kami nampak awak pengsan kat kompleks tadi dan dibawa ke hospital, jadi kami ikut dari belakang. " jelasnya.

Oh. Khai tidak mahu bertanya banyak. Kehadiran budak Hiphop itu menimbulkan ketidakselesaan dia untuk beborak panjang dengan Elly. Ala Khai, kan ada dua minah dan sorang makcik tu, ajaklah depa beborak. Nak Elly jugak. Ish.

" Tuan Khai, kenapa tuan keluar rumah ni ? Kan Doktor Zaki dah pesan jangan.. " Madam Alisa sudah mula mencungkil sebab musabab Khai tiba-tiba berani keluar rumah. Sedangkan bertahun lamanya dia terkurung.

Khai memandang Elly sekejap dan kembali pada pertanyaan Madam Alisa.

" Saya saja try nak keluar. Semua okay sampailah saya ada kat kompleks TRNB tadi. Tiba-tiba saya dilanggar and sunglasses saya jatuh. Masa tu saya pengsan dan nasib baik Cik Rara ni selamatkan saya. " hah panjang lebar si Khai ni bercerita.

Kesemua mata memandang gadis yang sejak tadi tidak bersuara itu. Gadis itu segera tersenyum dan mula memperkenalkan diri dengan satu nafas lagi.

" Hi semua ! Nama saya Tiara dan panggil saya Rara dan sewaktu jalan-jalan di kompleks tadi saya nampak Encik Khai jatuh dan pengsan kat depan kompleks tadi dan saya pun tolong dia dan dapatkan teksi ke sini !" Fuh lagi.

Semua yang ada di situ menghela nafas. Penat pula mendengar Rara yang bercakap banyak tanpa tanda berhenti atau rehat tu.

Gadis ceria itu tiba-tiba bergerak merapati Alia yang paling hampir dengannya. Tangan dihulur.

" Saya Rara. " katanya. Alia rasa janggal, tapi disambut juga huluran tangan itu.

Kemudian Rara bergerak pada Malik dan seterusnya ke Elly. Sewaktu kedua tangan gadis itu bersentuh, Elly seakan tidak sedap hati. Pandangan Rara padanya macam tersimpan satu rahsia. Em, dua rahsia mungkin.

Tapi, rasa tak sedap itu dibuang jauh-jauh. Rara dilihat sudah bersalam dengan Madam Alisa. Dengar juga Madam Alisa mengucapkan terima kasih padanya. Elly sempat curi-curi pandang Khai.

Khai tersenyum memandang Rara. Nampaknya, watak baru ini telah memikat hati Khai yang payah nak senyum itu sebenarnya.

Tangan Elly disentuh tiba-tiba. Elly mengangkat wajahnya memandang Malik.

Aku dah ada boyfriend kot.

*****

" Oh. So Khai tu boss Elly sebelum ni ?"

Alia mengangguk. Malik yang sedang memandu kereta itu dipandang.

" Tapi, dia tak boleh kena matahari. Fobia. " tambah Alia.

Malik mengangguk kepala mendengar penjelasan ringkas mengenai lelaki yang baru ditemuinya di hospital tadi. Rupanya dia tu majikan Elly. Patutlah mereka saling mengenali. Mata Malik melirik pada Elly yang hanya mendiamkan diri dari tadi.

" Boss je kan. Bukan crush ?" Soal Malik yang entah dituju pada siapa. Elly menoleh sebaik mendengar soalan itu.

" Boss jelah. Elly kan dah ada kau Malik. Lainlah aku, single available. Bolehlah pasang crush. " Alia menjawab diikuti ketawa gedik dihujung ayatnya.

Malik turut sama ketawa. Tapi, tidak Elly. Dia lebih suka mendiamkan diri dan termenung pandang luar. Layan feeling.

" Tapi, minah yang apa nama tadi..."

" Rara. " Malik memberitahu.

"...hah, si Rara tu. Macam tergedik-gedik dengan Tuan Khai tu. Eii.. menyampah betul. Entah-entah dia ada niat nak tackle Tuan Khai dan kikis harta dia. Mentang-mentang Tuan Khai tu pewaris hospital tadi. "

Alia nampak tidak puas hati. Bila teringatkan kemesraan Rara dan Khai tadi, hatinya rasa bengang gila. Tiba-tiba menyesal bagi idea agar Khai keluar rumah, tak pasal-pasal dapat saingan baru.

" Tak baiklah weh kau cakap dia macam tu. Dia yang tolong Khai tau. " Elly bersuara. Pertuduhan Alia memang tak berasas.

Gadis ceria tadi nampak baik je. Walaupun dia juga cemburu melihat kemesraan mereka tadi.

" Ah kita mana tahukan. Orang kaya macam Tuan Khai tu kalau ada perempuan dekat mesti sebab harta. Lainlah aku, ikhlas mencintainya.."

Masuk bakul angkat sendiri.

Seketika, perbualan itu tamat begitu saja.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now