20|Cari Pasal

38.8K 3K 57
                                    

" Khai !! "

Matanya meliar ke sekeliling. Ruang tingkat bawah itu kosong. Kosong dari manusia je. Perabut dan perhiasan rumah yang lain masih ada. Jantung gadis itu berdegup laju. Pantas dia menaiki anak tangga.

" Khai awak tak..."

Ayatnya terhenti di situ. Dia lihat Khai elok duduk di atas katil sambil menghadap laptop nya. Situasi yang seringkali dia nampak apabila masuk ke ruang itu.

Menyedari kehadiran Elly, Khai terus tersenyum lebar. " Oh Elyana..datang juga awak. " kata Khai. Ditutup laptop tadi. Selimut yang menutup sebahagian kakinya diselak ke tepi. Turun dari katil dan mendekati Elly.

Elly nampak mengah. Mana taknya, dia berkejaran, maksud aku dia bawa motor laju gila nak ke rumah banglo dua tingkat tu dan berlari cari Khai yang disangka ditimpa apa-apa. Tapi bila sampai, keadaan Khai elok je weh.

Sekarang rasa penat + marah = Elly nak bertukar jadi Hulk dah !

" Khai.. awak kata tadi..." gadis itu bertanya walau dia tahu hal sebenar.

Khai tersengih. Tangannya terus didepang dan memaut bahu Elly. Tanpa maaf atau rasa bersalah dia mengajak gadis itu ke bawah.

" Ah, lupakan hal tadi. Jomlah, aku lapar. " katanya. Ditarik tubuh Elly tetapi gadis itu bertindak mengeraskan diri.

" Kenapa ni ?" Betul-betul muka tembok. Dah tahu masih bertanya.

Elly sudah beri renungan tajam. Tangan Khai yang ada dibahunya tadi ditolak turun. Kini mereka berdua saling menghadap.

" Awak tahu tak saya kelam kabut datang sini bila awak call tadi ?!"

Jom rewind.

*****

Dulang yang berisi cawan itu diletak di atas meja. Kemudian, cawan yang terlangkup itu kesemuanya diangkat dan diisi air.

" Dah besar dah kamu Elly," Mak Long menegur.

Memanglah besar mak long. Takkan mengecil.

Elly tersenyum. Kata-kata ibu saudaranya hanya dibalas dengan senyuman. Control ayu sikit.

Keenam-enam cawan yang sudah berisi air itu dihulur pada kesemua tetamu, termasuk Ayah Elly dan emaknya.

Tidak ingin turut serta dalam perbualan orang tua yang sudah dijangka Elly akan meleret pada soal perkahwinan, maka Elly pilih untuk lepak kat dapur.

Sambil meneguk air yang dibancuhnya sendiri, Elly membuka facebook melalui handphonenya. Dah takda siapa kat situ nak diajak borak, maka rakan di sosial media dicari.

Sedang anak matanya khusyuk memandang gajet ditangan, tiba-tiba ada panggilan masuk. Dalam kaget, dia mengangkat panggilan itu.

" Elyana ! Tolong aku !"

Terus saja si pembuat panggilan berkata. Terkejut Elly hingga tertolak cawan minumnya tadi ke lantai. Sipi-sipi nak terkena kaki.

Panggilan tadi mati tanpa sempat Elly berkata. Kini dia dalam dua situasi terkejut,

Pertama, Khai yang menghubunginya meminta tolong padanya. Kedua, cawan kaca jatuh pecah.

" Kenapa Elly ?" Mak Elly muncul dari ruang depan. Dia dan Elly berpandangan.

" Cawan jatuh mak. Mak panggil Mirul kemaskan, Elly ada hal !" Seusai itu Elly terus capai kunci motor dan keluar.

Mujur tudungnya sudah siap tersarung sewaktu berhadapan dengan saudaranya tadi. Dia kini menunggang motor dan menuju ke destinasi.

" Pinnn!"

Elly sempat mengelak. Hampir saja dia bertembung dengan sebuah kereta yang ingin masuk ke selekoh.

Pemandu kereta sudah membuka cermin kereta dan memaki Elly. Tapi gadis itu terus saja memecut pergi.

5 minit diambil, akhirnya Elly tiba di rumah banglo dua tingkat yang pernah dia bekerja dulu. Tanpa parkir motor secara baik, dia masuk ke dalam.

Dan situasi berbalik pada mula-mula tadi,

Elly renung anak mata Khai.

" Eh relax lah. Aku gurau je. " Khai masih tak merasakan apa yang dibuatnya tadi salah.

Dia rindu pada Elly. Tapi dia tak boleh keluar dan berjumpa Elly, jadi plan B adalah membawa Elly datang ke sini dan menemuinya.

" Awak tahu tak, kaki saya hampir kena kaca dan saya hampir kena langgar kereta sebabkan awak ?" Marah benar Elly. Pipinya naik merah.

Khai terkesima. Elly hampir ditimpa bahaya kerana dia ?

" Ah, aku call je. Kalau kau apa-apa tu bukan masalah aku. " lelaki itu memeluk tubuh. Masih tidak mahu mengaku salah.

Elly bengang. Kemudian dia terus keluar bilik. Melihatkan Elly ingin beredar pantas lengan gadis itu ditarik.

" Kau nak pergi mana ?" Tanya Khai.

" Baliklah. Awak okay je kan ?" Soalan dibalas soalan.

" Tak boleh. Aku tak izinkan !" Khai menghalang. Elly terus menyentap lengannya dari pegangan Khai.

" Khai, saya bukan bibik awak lagi lah !"

Suasana tegang. Pertengkaran kali ini tidak seperti sebelum ini. Jika dulu, hanya untuk saling sakat menyakat tapi kini terasa bagai peperangan dua buah negara.

Malas menunggu lama, Elly kembali mengatur langkahnya yang tergendala tadi. Laju.

Ah tak boleh biarkan Elly pergi ! Khai mengejar. Elly sudah memijak anak tangga pertama untuk turun.

" Elyana kejap aku ....!"

Elly mengelak apabila dirasa Khai cuba menarik bahunya dari belakang. Tanpa disangka, elakanya buat Khai terus terjelepuk jatuh ke bawah.

Gebuk gebuk.

Dan lelaki itu terbaring di lantai.

Macam nangka busuk.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now