34|Sakit Hati

31.7K 2.3K 120
                                    

Alia memasang telinga. Mendengar secara teliti setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Elly. Kadang-kadang dia cuba mengira berapa banyak perkataan yang digunakan tetapi apabila kiraannya berulang kali salah, dia putus asa. Dia cuba menumpu pula pada kesalahan struktur ayat yang digunakan oleh Elly, tetapi menyedari mereka bukan sedang buat ujian lisan Bahasa Melayu, lalu dia berhenti buat kerja merepek itu.

" Susah sangat ke dia nak bagitahu apa yang jadi ? Aku ni siapa bagi dia hah ?"

Alia pandang muka masam Elly. Ia mengingatkan dia pada monyet abang Bob. Petang yang lalu, dia melintas di depan rumah sewa bujang telajak itu dan nampak abang Bob sedang melatih monyetnya bershuffle. Memang nampak gila, tapi itulah yang terjadi. Oleh kerana ia gila dan melanggar norma kehidupan sebagai monyet, monyet itu memberontak dan wajah tidak puas hatinya itu sebijik macam Elly.

" Ish !" Satu hentakan dilepaskan ke atas meja bulat yang memisahkan kedudukan mereka.

Bayangan merapu Alia terus mati. Dipandang muka Elly lagi. Oh tidak, bukan lagi seperti monyet abang Bob dah. Ini rupa kerasukan syaitan !

" Yang kau diam dari tadi kenapa ? Berak ke ?" Sinis soalan berbaur lawak hambar itu dilontarkan.

Alia tidak terus menjawab. Dia membetulkan duduknya. Terasa kebas bontot akibat duduk dalam waktu yang lama. Sambil menongkat dagu dengan sebelah tangan, dia pandang Elly. Kali ini dah tiga kali dia pandang tanpa suara.

" Aku ni bukan apa..."

" Memanglah sebab kau Alia. Bukan apa. "

Hah. Tengok tu, marah-marah pun nak buat lagi lawak hambar. Alia pandang Elly untuk kali keempat. Tanpa kita semua sedari, memang Alia sedang mengira berapa banyak dia pandang Elly.

" Kau memang nak terus loyar buruk ke atau nak jadikan cerita Dracula's Bibik ni serius ?" Soal Alia kerek.

" Entahlah. Aku pun dah rasa cerita ni kelaut dah. Penulis nampak ketandusan idea sangat. " Elly menggeleng-geleng kepala. Tanda hampa.

" Itulah. Suka menulis ikut suka dia. Bukan nak rangka plot cerita dulu. Ish. " Alia meluahkan rasa sesalnya juga.

Oh. Nampaknya mereka pun sudah mula merasakan cerita ni makin merapu. Tak guna betul. Aku padam watak depa baru tahu !

Seakan mendengar ugutan aneh itu, Alia tiba-tiba menegakkan tubuhnya dan menghadap Elly. Ye, pandangan untuk kali kelima.

" Kau yakin yang Khai tu ada rahsiakan sesuatu ?"

Okay. Berbalik pada situasi cerita. Ehem, Elly jumpa Alia untuk mengadu rasa marahnya terhadap Khai yang disangka ada menyembunyikan sesuatu tentang dia dan Rara dari Elly. Walaupun tiada bukti untuk mengiyakan syak wasangka Elly itu, tindakan Khai yang tidak memujuknya semalam seakan menyokong bahawa memang benar ada sesuatu yang dirahsiakan.

" Ye, aku yakin. " sungguh Elly mengatakan.

Alia mengurut dagunya seakan ada janggut. Sambil merenung ke atas dengan dahi berkerut, dia berkata, " Mari kita siasat. "

Ye. Detektif Elly dan Alia kembali beraksi !

*****

" Kau bawa apa yang aku suruh tu ?"

Elly mengangguk. Dikeluarkan sesuatu dari poket seluar jeans yang dipakainya. Segugus kunci kelihatan. Sebenarnya, itu kunci pendua pagar dan pintu rumah banglo dua tingkat milik Khai itu. Sewaktu Elly resign dulu dia lupa untuk memulangkan. Lagipun, Khai atau Madam Alisa tidak pula meminta. Jadi, dia simpan dan tidak disangka amat berguna pada saat ini.

Gugusan itu diambil. Alia mula memeriksa satu persatu anak kunci dan dicuba pada mangga yang tersangkut pada pagar. Mereka berpakat untuk ceroboh masuk rumah banglo dua tingkat itu apabila dirasakan rahsia yang dicari ada di sana.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now