47|Cinta pertama

31.3K 2.2K 64
                                    

Khai tersenyum puas apabila agenda membalas dendamnya lunas. Melihat mimik muka Que yang kecewa tadi telah membuatkan dia bersorak dalam hati.

Hasil dari hasutan dan lakonan profesionalnya, akhirnya mamanya telah termakan kata untuk memujuk papa agar tidak terlibat dalam pengubatan penyakit kanser ibu Que. Meski ia berkaitan nyawa seseorang, papa terpaksa akur kerana mama yang memujuk. Kalau dibantah, tercetus perang dunialah jawabnya.

Dia bersandar pada kepala katil sambil menyilangkan tangan di belakang leher. Senyuman masih tidak lekang di bibir. Umpama baru menang loteri.

" Baru kau tahu aku siapa. Ni Khai lah, bang long kawasan. "

Monolognya yang seperti tidak punya kaitan dengan situasi dilayankan saja. Jauh fikirannya merancang plan seterusnya untuk mengenakan lagi musuhnya itu.

-----

" Opp opp.."

Tangan didepangkan untuk menghalang orang di kanan dan kirinya dari maju ke depan. Terpinga-pinga rakan-rakan Khai sebaik tubuh mereka dihadang secara tiba-tiba. Mereka berbalas pandangan sesama sendiri.

" Cuba tengok tu. "

Jari telunjuk Khai dilihat, kemudian bergerak mata ke arah yang ditunjuk. Kelihatan seorang murid sedang di denda di tengah kawasan perhimpunan sekolah.

" Kau tengok aku kacau dia. " ujar Khai dengan senyuman nakal.

" Ei dah lah Khai. Kesian aku tengok dia. " salah seorang rakannya cuba menghalang tapi dibalas dengan cebikan dari Khai.

" Oh. Dia kau kesian. Ni.." kesan lebam yang sudah berkurangan pada matanya ditunjuk, ".. ni siapa nak kesian ? Selagi kesan ni masih ada selagi tu aku akan kacau dia. "

Bersungguh-sungguh Khai berucap. Lalu, tanpa berlengah didekati murid yang sedang didenda itu.

" Hai. Buat apa ?"

Sapaan yang mesra tetapi sebenarnya berbaur perli, ejekan, cari pasal dan seumpamanya kedengaran. Namun tiada balasan diterima. Malah memandangnya pun tidak.

" Kau ni bukan je pekak, tapi bisu juga ye ?" Khai mula menyimbah minyak dalam api diri Que atau ayat mudahnya, memprovok.

" Sudahlah Khai. Saya takda masa nak layan awak. " lemah Que membalas. Terik mentari mula mencairkan dirinya. Peluh membasahi di dalam anak tudungnya.

" Ek ek. Berawak saya pula dah. Ingat aku nak berlembut juga ?"

" Tak mintak pun awak berlembut atau tak. Tapi tolonglah jauh. Cikgu nampak nanti awak yang susah. "

Khai membuat mimik muka meluat. Apa kena dengan budak depannya itu. Kalau sebelum ini boleh je bertekak berjam-jam, kali ini dia lebih dulu mengalah. Sudah angkat bendera putih ke dalam peperangan mereka itu ?

Ini tak boleh jadi !

Khai terus-terusan menutur ayat agar Que membalas dan bertekak seperti kebiasaan. Tapi, walau diputar belitkan ayat pun, Que lebih rela mengalah dan memujuknya dengan lembut supaya pergi. Panas hati lelaki itu.

" Eh kau ni pehal dah tak melawan hah ?" Soalnya sambil lengan menepuk-nepuk bahu Que. Kalau kata-kata dah tak berkesan, kita cuba gangguan fizikal pula.

Menyeringat rasa pedih tatkala Khai menyentuh bahunya, terus Que terduduk dan merengek kesakitan. Terkejut Khai dengan reaksi tiba-tiba Que itu. Sakit sangatkah tepukannya tadi, walhal ia seperti menepuk angin saja.

" Hah. Kau tak payah berlakon lah. "

Dia cuba berlagak tenang dan tidak terpedaya sedangkan gelabah di hati sudah terasa. Muka Que kemerahan dan air matanya mula bergenang tetapi ditahan dari mengalir keluar, menambahkan rasa cuak pada Khai.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now