42|Hilang

28.2K 2.1K 17
                                    

" Itu kenapa leher tu ?"

" Hah ?"

Elly berlari mendapatkan cermin yang ada di ruang tamu rumahnya. Menelek lehernya sendiri. Tiada apa yang pelik pun.

" Apa benda mak ?" Soalnya semula.

Pagi-pagi lagi dah dapat soalan pelik dari maknya. Mak Elly mendekatinya sambil menekan kesan lebam pada leher anak gadisnya itu. Terjerit kecil Elly apabila lehernya di sentuh.

" Ni, siapa yang gigit Elly ni ?" Soalan masih diteruskan.

Berpusing-pusing Elly di depan cermin, cuba mendapatkan kesan gigitan yang dikata maknya tadi. Sekilas pandang, dia menangkap dua tompok lebam kecil pada sisi lehernya. Persis gigitan manusia. Atau lebih tepat, dracula ?

" Nyamuk la mak. Siapa pula nak gigit Elly kat sini pula. Haha.." Elly membalas dengan tawa yang dibuat-buat. Cuba belagak tenang.

Rambutnya dilepaskan dan ditutup kesan lebam itu. Khuatir jika bapanya pula nampak, soalan yang sama akan dikeluarkan lagi dan dia pula perlu berbohong sunat sekali.

" Hah yela. Ni barang-barang Elly dah kemas belum ?"

Topik terus ditukar dan dahi Elly berkerut semula. Mindanya lambat proses pagi itu atau maknya memang dah buang tebiat tanya benda pelik je ?

" Apa kerut-kerut kening tu. Lupa la kan, hujung minggu ni dah kena balik kolej. Dah kemas apa yang patot ?" Kali ini soalan nampak lebih jelas.

Ah. Baru Elly teringat. Tempoh dua bulan bercuti sudah tamat. Maka, dia perlu mempersiapkan diri untuk kembali menjadi budak kolej semula. Macammana benda penting begini dia boleh tak ingat langsung.

" Belum mak. Ni baru teringat. Nasib baik tak banyak barang nak kemas. " katanya.

" Hah, kemas dulu baru sambung berangan. Jangan last minit baru ingat itu ini. " fuh. Perli ni.

Elly hanya mampu tersengih mendengarkan nasihat dari maknya.
Wanita itu kemudiannya dilihat beredar meninggalkan dia di ruang tamu bersendiri.

*****

Alarm yang di set kan tepat jam 2 pagi berjaya membangunkan Elly. Walaupun sisa mengantuknya masih ada, dia paksakan diri untuk bangun.

Mengikut kajian ringkasnya, Khai akan muncul pada waktu begini dengan masuk secara senyap melalui tingkap biliknya kemudian berdiri di penjuru bilik.

Namun tidak malam ini. Tingkap masih tertutup rapat dan kelibatnya langsung tidak kelihatan. Elly menggosok kedua biji matanya, merasakan kerana mengantuk dia tidak dapat mengesan keberadaan Khai.

Kecewa. Bukan kerana mengantuk, tetapi Khai memang tidak muncul malam itu.

" Ah. Maybe dia on the way kot. "

Elly cuba menyedapkan hati. Lalu, dia buat keputusan untuk menanti ketibaan Khai. Dia duduk sambil memeluk lutut di atas katil. Berharap Khai muncul sekejap lagi.

Sayangnya, hingga subuh tiba. Bayangan sang dracula tidak muncul juga.

*****

Malam berikutnya, Elly mengunci jam lagi dan berjaya bangun tepat 2 pagi. Seperti semalam, tingkap bertutup rapat dan kelibat Khai masih gagal dikesan. Hati Elly mula rasa tidak enak. Dia bangun merapati jendela.

Ditolak tingkap itu terbuka sedikit. Menjamah pandangan dengan cahaya malam dan menikmati kedinginannya. Hanya kelihatan pemandangan normal kawasan perumahan.

Elly menghempas punggungnya di atas kerusi dengan perasaan sedikit kecewa. Di mana orang yang dinantikan ?

" Maybe dia tak boleh keluar sekarang kot. "

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now