9|Sang Dracula

45.5K 3.4K 30
                                    

Alia buka pintu rumah.

Terkejut nampak keadaan Elly. Kepalanya terdapat balutan.

" Weh kau pehal?" Soalnya risau.

Elly tak jawab. Dia masuk dan terus ke ruang tamu. Buat macam rumah sendiri kan.

Dia pandang sekeliling. Seakan mencari sesuatu.

" Takda siapa. Aku je ada ni. Yang lain keluar pergi rumah makcik aku. " beritahu Alia. Tau apa maksud Elly pandang sana sini.

Oh. Elly menghela nafas. Terus ambil tempat di atas sofa.

Soalan Alia masih tak terjawab. Alia bengang.

" Aku tanya kenapa ni. Apesal dengan dahi kau tu? " soalan diulang lagi. Tapi lain sikit ayat.

Elly tak jawab lagi. Malah dia boleh tersengih sambil pegang dahinya.

" Ish kau ni. Sejak kerja kat rumah banglo berhantu tu, perangai pun dah tak betul !" Marah Alia.

Dia menghenyak badannya pada sofa bertentang dengan kedudukan Elly.

" Mana ada tak betul. Aku nak bagitahu ni. "

Elly betulkan duduknya. Dia dan Alia berpandangan.

" Bagitahu apa?" Tanya Alia.

" Aku dah tahu dah apa yang ada kat tingkat atas rumah tu. " kata Elly. Nampak muka belagak pandai sebab dah tahu sesuatu.

Alia tercengang. " What? Kau naik? Gila ah. Nampak apa? Hantu? " teka Alia. Tak sabar nak tahu.

Jeng jeng jeng. Elly sengaja tidak menjawab. Dia tersengih lagi.

Sah. Minah ni dah gila ni.

" Yang tu aku tak pasti. Aku taktahu dia manusia or hantu. "

Aik. Pulak dah. Alia garu kepala.

" Kejap. Dia? Dia siapa? " soal Alia.

Please la Elly. Cerita sampai habis tak boleh? Gantung - gantung pulak. Ish.

" Dia. Khai. Rupanya anak majikan aku. Dia yang ada kat atas selama ni. " kata Elly.

Oh Khai.

" Eh? Khai. Lelaki ke? Muda lagi ke? Hensem tak? " Alia buat muka miang.

Pantang dengar nama lelaki. Gatal.

" Entah. Aku tengok biasa je. Tapi, aku tak pasti dia tu apa. " Elly pulak garu kepala.

" La. Dah anak majikan. Manusia kan? Takkan hantu. " jelas Alia.

Apalah Elly ni. Suka mengarut.

" Memanglah. Awalnya aku ingat dia pembunuh bersiri tapi rupanya dialah majikan aku. Tapi, yang aku tambah pelik. Dia takut kena matahari. Duduk dalam gelap je. Malam aktif. Kau rasa manusia ke tu? "

Kedua gadis itu diam. Cuba merungkai misteri. Dari awal sampai la ni misteri tak habis-habis.

" Dracula. "

Kedua dua mereka menoleh sebaik dengar satu suara. Adik perempuan Alia yang cukup dikenali sebagai seorang yang pelik sebab gemar pakai baju hitam dan solek pun yang gelap gelap je.

Gothic.

" Dracula? " serentak Elly dan Alia mengulangi kata Zana.

Zana mengangguk. Gadis 16 tahun itu merapati mereka.

" Takut cahaya matahari dan aktif waktu malam je kan? Dracula la tu. " katanya lagi.

Elly menongkat dagu. Cuba padankan tekaan Zana dengan personaliti Khai.

Hah !

" Dia ada gigi taring tau. Masa mula masuk bilik dia, aku ada nampak kain berdarah juga. "

Elly mula mempercayai tekaan Zana. Ketiga tiga mereka sudah buat muka cuak.

" Maknanya kau kerja dengan dracula ? " soal Alia.

Elly sudah pucat. Macam mana ni?

" Dah tak payah datang kerja dah. " Alia buat keputusan. Sebelum jadi apa - apa elok blah.

Elly mengeluh.

" Kalau boleh. Dah lama aku buat. " katanya.

Sebenarnya Elly memang berniat nak cabut lari dari job tu. Bila dah tahu keadaan sebenar, tak peduli dah dengan tawaran gaji 3 ribu tu.

Nyawanya lebih diutamakan ! Mungkin tadi Khai tak jadi mengapa apakan dia, tapi apa akan jadi esok lusa dan seterusnya.

Tak kuat weh tak langsung.

Tapi, kerana perjanjian yang telah dibuat. Dia perlu kerja sekurang kurangnya sebulan atau dia bakal disaman !

' Try lah lari. Nyawa keluarga kau terancam nanti. '

Teringat ugutan demi ugutan yang dibuat Khai. Menyesal dia bertemu dengan Khai. Lelaki tu suka mengugut.

Dasar dracula.

" Jangan risau. Selagi ada matahari, dia takkan boleh apa kan kak Elly. Lagipun akak kerja siang je kan. " ujar Zana.

Elly mengiyakan. Betul, selagi ada matahari. Dracula ni takkan apa - apa kan aku.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now