11|Jawapan

43.3K 3.3K 152
                                    

Helmet berwarna pink itu diletak atas rak kasut. Dia memandang sekeliling.

" Mana pulak dracula ni. "

Elly melangkah masuk. Ditangan terdapat aiskrim yang dipesan oleh Khai.

" Khai ohh Khai..." Elly memanggil. Dicari dari ruang tamu hingga ke dapur.

Tiada.

Elly pandang anak tangga. Kat atas lah ni. Haih.

Gadis itu mengeluh. Malas benar memanjat tangga. Lagi malas nak masuk ke kamar majikannya.

Tapi apakan daya. Digagahkan jua untuk ke atas. Lambat pula nanti cair aiskrim tu.

*****

Sampai sahaja di depan pintu bilik Khai, bulu roma Elly naik. Seram tetibe.

Dipandang dari jauh sebelum buat keputusan untuk masuk.

Zon bahaya ! Zon bahaya !

Siren kecemasan minda Elly berbunyi. Jantung berdegup kencang.

Nak hantar aiskrim je pun.

Tapi kali ini, Elly benar - benar tak sedap hati.

Sixth sense nya mengatakan dia dalam keadaan bahaya !

*****

Vespa kuning itu meluncur laju masuk ke dalam kawasan perumahan itu.

Nampak tersusun rumah-rumah mewah di sana. Kawasan V.i.p. Biasa.

Dia menunggang terus ke hujung jalan. Di mana banglo dua tingkat berhantu itu berada.

Beberapa minit, motornya tiba di depan rumah banglo tersebut.

Enjin motor dimatikan. Tersenget-senget badannya tiba-tiba. Oh, nak keluarkan handphone rupanya.

Skrin handphone disentuh. Lockscreen dibuka. Jari jemarinya menari sekejap di atas gajet itu. Satu nombor didail.

Panggilan masuk. Gagal.

Cuba lagi. Gagal.

" Aik. Tak pernah dia miss aku punya call. " Alia mula pelik.

Cubaan seterusnya. Masih gagal.

Alia tidak sedap hati.

Dracula dah mula mengganas ke ?

*****

Elly melangkah masuk ke kamar itu. Aneh. Selalu ada je lampu meja itu dibuka. Tapi entah kenapa tidak dipasang.

Takut bercampur risau, dia kini ada di tengah-tengah ruang bilik itu.

" Khai, saya dah beli aiskrim awak ni." beritahu Elly.

Dalam ruang yang gelap itu, sukar dia menangkap kelibat Khai. Ada ke tak ?

" Khai..."

Dum !

Elly kaget. Pintu tiba-tiba tertutup. Nak kata angin, tingkap mana ada terbuka.

" Khai jangan main-main lah. Saya tak suka. "

Gadis itu mula mengigil. Langsir. Ya. Dia kena segera dapatkan langsir sebelum dia diterkam.

Khai barangkali sudah dahaga. Dahagakan darah !

Tap tap tap.

Bunyi kaki menghampiri. Elly melangkah cepat ke langsir.

" Khai kalau awak apa-apakan saya, saya bukak langsir ni. " Ugut Elly.

Dia pegang kain langsir. Siap sedia.

Khai tekan suis lampu meja. Barulah mereka berdua kelihatan.

" Aku ingat, kau tak tahu siapa aku sebenarnya. Tapi silap. Kau memang bijak. " tutur Khai.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now