4|Tanda Tanya

48K 3.7K 215
                                    

Bait bait susunan ayat itu dibaca. Difaham. Dihadam. Ditenung. Diangan. Dihairankan. Dan pelbagai di lagi.

'Jangan naik tingkat dua'

'Jangan buka langsir'

" Kenapa eh? "

Elly menjarakkan diri apabila satu suara melontarkan soalan dan bau mulut.

Ish Alia ni.

Alia tidak menyedari ketidakselesaan kawannya ketika itu. Kotak fikiran sedang bergerak menjawab teka teki.

" Entahlah weh. Yang penting aku buat kerja aku dah. Lepastu dapat duit beli kamera baru !"

Elly nampak ceria.

Keluar saja dari banglo dua tingkat tadi terus dia melompat keriangan. Kecoh dikhabarkan tentang gaji dia.

Walhal duit bukan dalam tangan pun.

" Eh kau jangan sebab duit sampai buat kerja haram. " kata Alia. Elly mengerutkan dahi.

" Eh celah mana haramnya? Aku jadi maid kot. Cuci cuci. Kemas kemas. Bukan jual dadah ke mendaa " marah betul Elly.

Isk isk. Alia mengeleng kecil. Buat muka profesional tiba-tiba.

" Tak pelik ke? Dia tak bagi naik tingkat atas dan bukak langsir. Macam sembunyikan benda. Aku syak ada pembunuh bersiri la kat rumah tu. "

Pap !

Terus wajah Alia ditampar dengan kertas.

" Jangan merepek boleh ? "

Alia memegang bahu kawannya.

" Aku taknak kau cedera beb. Bahaya. "

Again. Berdrama.

" Ye. Aku faham. Tapi kalau kau taknak dicedera dengan aku baik kau balik sekarang !"

Elly memusing badan Alia dan menendang punggungnya. Terdorong Alia ke depan. Gadis tembam itu sentap. Dijeling Elly.

" Pergi balik mok. " arah Elly. Dia tahu kalaupun Alia sentap. Tak lamalah.

" Okay fine !" Alia bukak pintu.

Sambil melangkah dia menyanyi " Tinggalkan ku perlahan lahan ku terimaa..."

Elly ketawa.

*****

7 a.m,

Nampak. Nampak seorang gadis berdiri di luar pagar.

Pakai jeans. Sweater. Tudung bawal disilang ke bahu.

Tok tok tok !

Pemerhatian tergendala. Lelaki itu menoleh.

" Dia dah sampai. Tuan jangan tonjol kan diri dulu. "

Madam Alisa memesan. Lelaki itu mengangguk faham.

Pemerhatian diteruskan.

' Em, not bad. ' bisik hatinya

Gigi taring kelihatan.

*****

" Assalammualaikum. "

Elly beri salam sebaik saja nampak madam Alisa. Walaupun gaya dan style madam Alisa kebaratan, Elly tau dia Islam dan melayu.

Erm tak. Jawa mungkin.

" Waalaikumsalam. "

Macam biasa, madam Alisa akan berkata dengan nada yang sama. Sekata. Dan tak berperasaan.

Mereka berdua masuk ke banglo tersebut tanpa berbual panjang.

*****

Tak banyak kerja sebenarnya jadi maid kat sini. Oh kot lah ada yang dari awal cerita taktau apa tu maid, meh gua explain.

Maid = orang gaji = pembantu

Dah, tak payah hurai panjang macam nak buat karangan BM. Cukup korang faham apa itu maid. Okay ?

" Pastikan rumah ini sentiasa kemas. Tapi awak hanya boleh kemas bahagian bawah ni saja. Jangan cuba naik atas terutama tingkat dua. "

Ya. Berkali juga madam Alisa melarangnya naik atas. Entah apa ada kat sana.

Walau hati meronta nak tahu dan bertanya kenapa, tapi Elly pilih untuk berdiam diri.

Lebih baik buat kerja dia dan abaikan benda lain.

" Ada apa-apa nak tanya ? "

Elly mengeleng. Maknanya faham lah dengan penerangan madam Alisa mengenai rumah itu.

" Kalau macamtu saya pergi dulu. And ya kalau ada problem boleh call atau whatsapp saya. " beritahu Madam Alisa.

Lagi sekali Elly mengangguk. Faham.

Madam Alisa hilang dari pandangan. Entah ke mana wanita 40-an tu pergi.

Kini. Hanya tinggal Elly di rumah itu. Elly yang nak memulakan kerja sebagai maid demi kamera baru.

Persoalannya,

Benarkah dia seorang dalam banglo itu ?

Tinggal tanda tanya.





Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now