" Rara, kau dah dapat Khai kan. Jadi lepaskan dorang ni. "
Pagar dimanggakan. Dari luar palang besi yang seperti penjara itu, Rara memandang Elly dengan senyuman jahat.
" Mana boleh. Khai mesti lapar. Jadi, bagi dia 'makan' dua orang tu dulu. Ya ?"
Kemudian, dia menjarakkan diri dan duduk di satu bangku berhadapan tempat dia mengurung tiga manusia dan se em dracula kita kata apa eh, ah dan se-dracula separuh manusia tu.
Elly menendang palang besi tersebut demi melepaskan rasa geram yang terbuku di hati. Macammanalah dia ada adik yang sejahat dan se-psiko ini. Entahlah.
Pandangannya beralih pada Khai yang terbaring dengan lutut rapat ke dadanya. Selepas dipengsankan dengan pukulan siku oleh Joe, terus mamat dracula tu pengsan. Kejap kuat kejap lemah. Aneh kan ?
Dia pandang pula pada dua pasangan yang duduk di sudut bertentangan. Alia dilihat masih mengaduh kesakitan yang berbekas pada kakinya. Darah sudah kering, namun peritnya masih terasa.
" Alia, kau boleh tahan tak ?"
" Aku nak balik weh. Nak balik."
Berjuraian air matanya jatuh. Hilang dah muka pelawak dan muka tak malu yang selalu dia pamerkan. Yang ada hanyalah seraut wajah penuh ketakutan. Belum lagi dia tengok Khai bertukar, mau meletop pundi kencing sat gi kang.
" Macam mana ni Elly ? Takkan kita nak terkurung sampai bila-bila ?"
Iskandar yang tidak punya dialog sejak dua bab lalu, akhirnya bersuara. Dia juga tidak tahan dikurung berlama-lama. Badannya hamis dengan bau darah dan peluh menjadi satu. Ditambah tak mandi entah berapa hari entah. Satu rancangan untuk lari dari situ perlu diaturkan.
Elly duduk bersila merapati mereka. Memikirkan cara untuk keluar dari kurungan besi yang tiba-tiba je ada di situ, dan lari dari sini cepat-cepat. Lebih baik sebelum Khai menjadi mahluk bertaring. Mungkin dia tidak akan diserang, tapi bagaimana dengan Alia dan Iskandar ?
" Hah. Bisik apa tu ?" Joe menyergah dari luar kurungan. Di tangannya menjinjit sebekas polestrin dan sebelah tangan pula memegang sebotol air mineral.
" Ala. Keluar tak boleh lari tak boleh, takkan borak pun tak boleh ?" Balas Elly berani. Memandangkan Alia sudah bertukar watak menjadi lemah, tiba masanya dia mengambil alih part mulut celupar yang selalu disandang oleh Alia.
" Oh boleh-boleh. Borak puas-puas sebelum korang 'dimakan' dan nah !"
Dua item di tangan Joe tadi dilempar dan sangat tak logik bila ia dapat disambut oleh Iskandar. Tapi nak buat macam mana, citer ni memang takda yang logik dari awal pun. Bunyi ketawa penulis.
" Makanan terakhir korang. Have fun. " Joe menambah ayatnya sebelum ceria melambai tangan kepada tiga manusia itu.
Iskandar membuka bekas polestrin tadi dengan bersaksikan dua gadis di depannya. Sebaik sahaja ia terbuka, maka terlihatkan pisang goreng cheese + coklat yang tinggal 4 ketul saja. Itu pun satu daripadanya telah digigit separuh.
" Cis. Kurang bajet ke macam mana ni ?" Rungut Iskandar.
Lebih 24 jam perutnya tidak diisi dengan makanan berat. Sebelum ini hanya disuakan dengan kuih muih, keropok leko, jambu campur asam dan bermacam makanan murah yang mudah didapati di tepi jalan sahaja. Sebarang nasi, mee, mihun, kfc, mcd bahkan ketam masak berlada (sebut berlado untuk lebih dramatik ) tidak pernah diberikan.
" Bersyukurlah Is. Sekurangnya dihujung-hujung ni kita masih boleh isi perut. At least, bukan mati kelaparan. " lemah Alia menutur kata dengan bibirnya yang pucat itu.
YOU ARE READING
Dracula's Bibik [C]
Vampiro" Jangan naik atas. " " Jangan bukak langsir. " Tak faham Elly bila dilarang berkali-kali untuk buat dua perkara ini. Lantak lah, dia ambik job ni pun sebab nak beli kamera digital yang baru. Lain hal tolak tepi. Tapi, satu hari Elly terpaksa naik k...