18|Bakal Rindu

44.8K 3.4K 1K
                                    

Air mata berjujuran jatuh tatkala dirinya dihina dan dilempar dengan kata-kata kesat. Sakit ditampar tadi belum kebah ditambah pula dengan ucapan yang menyiat-nyiat kulit hatinya.

" Oh..patotlah nak sangat buat overtime, rupanya nak ambil kesempatan. "

Wanita lingkungan 40-an itu masih tidak cukup menghinanya. Dia berdiri di hadapan Elly dengan pandangan tajam. Marah benar apabila dilihat Elly sekatil dengan Khai, majikannya. Atau erti kata sebenar, kekasih gelapnya.

Ya, pagi ini bukan sahaja dia dikejutkan secara mengejut malah dapat menyaksikan rahsia yang selama ini disembunyikan terbongkar.

Dalam diam, rupanya kedua mereka telah menjalin hubungan sulit. Perbezaan umur dan status diketepikan. Wajarlah madam Alisa memilih bekerja malam berbanding siang. Rupanya...

" Hey perempuan sial !" Apabila rambutnya direntap kasar, lamunannya terus mati.

Sedu sedan irama tangisannya berlagu menahan rasa sakit diperlakukan begitu. Tapi tidak sedikit pun reaksi untuk melawan.

" Kau yang goda dia kan ?" Madam Alisa menyoal. Masih tidak berpuas hati apabila Elly hanya mendiamkan diri.

Elly mengeleng laju. Sesekali cuba melonggarkan jemari madam Alisa yang menarik rambutnya. Hairan pula wanitu berumur ini mempunyai kekuatan kalah anak dara.

" Kau jangan nak tipulah. Mengaku ! " Rambut direntap lagi. Kali ini, Elly tak dapat menahan sakit. Jeritannya mewakili apa yang dirasakan kini.

Elly pandang Khai yang sejak tadi hanya membatu di atas katil. Melihat Khai yang hanya bersinglet dan berseluar pendek menimbulkan pelbagai persoalan. Apa sebenarnya berlaku semalam ? Apakah mereka...

" Sudahlah sayang, salah i juga sebab tak kuat menolak dia," Khai akhirnya bersuara. Mungkin masih ada ihsan terhadap Elly.

'Menolak dia' ? Apa maksud Khai ni. Apa yang aku dah buat semalam?

Buntu Elly memikirkan. Apa yang terjadi sampai ceritanya begini ?

Membalas kata-kata Khai tadi, madam Alisa menolak Elly ke lantai. Mujur gadis itu masih punya kudrat, kedua tangannya menahan pada simen lantai yang terasa dingin itu untuk mengelak dia mencium lantai.

Madam Alisa duduk di birai katil berdepan dengan kedudukan Khai. Kedua mereka memandang Elly yang cuba untuk membangunkan diri.

" Kau pergi dari sini, jangan tunjuk muka kau lagi ! " arah madam Alisa.

Elly akur. Lambat-lambat dia melangkah keluar dari kamar tidur itu. Ada terdetik sesal kerana biar dirinya dipukul, diherdik dan dihina. Tapi apa yang mahu diperjelaskan sedangkan dia juga kabur tentang apa yang terjadi.

Dia memandang sekilas ke ruang kamar tadi sebelum kakinya menapak menuruni anak tangga.

Kelihatan madam Alisa sedang bercumbuan dengan Khai dan Elly rasa

Eyukkkkkkk.

" Astagfirullah, apa yang kamu berdua buat ni ?! "

Mimpi Elly tamat sebaik terdengar suara itu. Fuh, nasib baik tamat cepat sebelum sesi muntah tiba. Entah kenapa dia mimpi madam Alisa dan Khai...

Elly mengeliat dengan tangan dikuak ke atas. Perbuatannya terhenti tatkala menyedari ada sesuatu pada sisi kepalanya.

Itu kaki !

Gadis itu terduduk dan pantas menolak kaki itu ke tepi. Kasar. Elly pantang orang hulur kaki dekat dengan muka dia.

Empunya kaki terjaga apabila dirasa dirinya disentuh. Selimut yang menutupi kepalanya tadi ditarik dan wajahnya nampak. Rambut yang menutupi matanya tadi dikuak ketepi. Sepet matanya. Baru terjaga.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now