33|Berahsia

32.1K 2.3K 68
                                    

Hari berganti hari. Siang malam bertukar shift. Jam berpusing tanpa henti. Kecuali bila habis beteri.

Khai mengerling memandang sekujur tubuh yang lena di atas katil. Setelah tiga hari lamanya Rara demam, dan ia tak menyurut pun walau diberi makan ubat, maka cara terbaik adalah memasukkan dia ke hospital untuk menerima rawatan doktor pakar.

Bicara doktor yang didengarnya pagi tadi mengatakan sakit Rara tidaklah seserius mana dan bukanlah suspek denggi pun. Cuma, akibat keletihan otak dan trauma ringan menyebabkan dia rasa tidak sedap badan.

" Assalammualaikum. "

Khai menoleh ke belakang. Di muka pintu, nampak Elly dengan menjinjit beg plastik.

" Waalaikumsalam, " dibalas salam tadi sambil kepala pusing memerhati si lena kembali.

" Dah tidur eh ?"

Tipikal manusia. Dah nampak masih bertanya. Khai hanya mengangguk lemah. Dia keletihan sebenarnya. Sudah berapa hari tidurnya tidak cukup. Sekadar 2 hingga 3 jam begitu. Itupun hanya tidur-tidur ayam.

Manakan tidak, terfikirkan kalau-kalau Lyna, kakak yang dikatakan Rara ingin membunuhnya bertindak secara tiba-tiba. Lebih parah, jika nyawa Rara juga ditarik sama.

" Kita kena report polis !"

" Jangan Khai, saya taknak kakak dipenjara..."

Perbualan tempoh hari diingat. Insiden dilempar botol kaca berisi asid telah membuat jiwanya tambah kacau. Tapi dek rayuan Rara yang tidak ingin perkara itu dibawa ke balai polis, Khai akhirnya akur. Sekarang yang diharap adalah Lyna membatalkan niatnya. Entah apa yang didendam pada Khai tah. Saling mengenali pun tidak.

" Khai, mengelamun ?"

Ah. Khai baru teringatkan adanya Elly di situ. Badannya yang lemah menyandar pada kerusi tadi ditegakkan. Matanya melirik pula pada plastik yang dibawa Elly sewaktu masuk tadi.

" Bawa apa tu ?" Soalnya sambil memuncungkan bibir. Menunjuk pada tangan Elly.

" Oh. Makanan, saya rasa awak tak makan lagi so jom makan ?" Ajak gadis itu.

Khai mengangguk. Cukuplah perhatiannya pada Rara setakat ini. Rasanya Lyna takkan berani membuat hal di tempat awam begitu. Jadi, masa untuk bermanja dengan Elly. Heh.

*****

Sepasang mata memerhati di sebalik dinding. Lelaki yang sudah dikenali sebagai Khai itu dilihat sedang menutup pintu. Berdiri di sisinya pula, gadis bertudung yang baru pertama kali dia nampak.

Huh !

Dia menyembunyikan diri. Hampir saja kelibatnya diketahui apabila pandangan Khai menghala ke arahnya. Seketika, dia mengintai lagi. Tiada. Mereka sudah tiada.

Yakin bahawa Khai dan gadis asing tadi memang benar sudah tiada di situ, dia membuka langkah dengan cermat. Bilik yang Khai baru keluar tadi dimasuki.

Pandangannya tepat pada gerangan yang sedang lena di atas katil itu. Pisau dalam tangan.

*****

" Sedap ?"

Elly menyoal. Khai berhenti menyuap mee goreng ke dalam mulutnya. Gadis yang hanya memangku dagu sambil memerhati dia makan, dipandang.

" Awak masak, mestilah sedap. " dipuji.

Elly ketawa terus.

" Ye. Saya yang masak. Saya punya mamak. Hahah. " katanya diikuti sisa ketawa.

Khai buat muka sebaik mendengar lawak hambar Elly. Kemudian, dia meneruskan suapan. Lapar benar rasanya. Hari itu dia hanya sempat menjamah sekeping roti saja. Waktu makannya terganggu sejak Rara sakit. Kalau dulu, mungkin gadis itu akan mengingatkan dia untuk makan. Nak harapkan Madam Alisa, sudah jarang mereka bertemu. Entah ke manalah makcik itu pergi.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now