31|Suka ke Tak

33.2K 2.5K 267
                                    

Pap !

Khai pegang pipinya yang pedih ditampar. Dia kembali memandang gadis di hadapannya. Mukanya merah. Matanya berkaca.

Kenapa ? Bukan ke kau suka aku juga ?

Gadis itu memalingkan wajah apabila ada titisan air mengalir di pipinya. Tapak tangan diangkat dan terus menyeka. Kemudian, dia memusingkan badan dan melangkah pergi dari situ.

Khai hanya mampu memandang hingga gadis itu hilang dari kawasan rumahnya. Dia berpaling memandang Rara. Mukanya memaparkan riak kecewa.

*****

Elly memecut motornya laju. Tidak peduli dengan bahananya.

Lampu merah. Langgar.

Kereta selisih. Potong.

Orang maki. Lantak.

Khai cintakan kau. Hah ?

Brek ditarik kuat. Nyaring bunyinya hingga menarik perhatian beberapa orang yang berdekatan.

" Aku cintakan kau, Elly. "

Tak mungkin. Elly menggeleng-gelengkan kepalanya. Seakan tidak percaya apa yang baru dia dengari tadi. Bukan suka, tapi cinta.

Ah. Tak mungkin. Khai pasti keliru dengan perasaannya. Hanya kerna dia antara kawan perempuan yang paling rapat, lalu dia menyangka perasaan sayang itu sebagai cinta.

Atau aku yang keliru.

Motornya lama dah diparkir di tepi jalan. Dia sambung duduk termangu di atas motor.

Matanya menjeling ke cermin sisi. Melihat pada wajahnya dan ke bibirnya. Bibirnya yang baru dicium buat pertama kali.

Bayangan wajah Khai menjelma. Wajah yang tersipu malu setelah mencuri ciuman pertamanya dan yang meluah perasaan padanya.

Lagi sekali Elly menggelengkan kepalanya. Tak mahu mengingati bayangan itu. Bayangan yang buat dia ingin menangis tanpa tahu punca.

Setelah berkira-kira, Elly buat keputusan untuk pulang ke rumah dan tak jumpa Khai buat sementara waktu atau...

Untuk selamanya ?

*****

Rara memijak anak tangga. Atas dan ke atas. Hingga berdiri di hadapan sebuah pintu. Langkahnya terhenti.

Tok tok tok.

Tiada sahutan. Bunyi pun tidak.

" Khai. Boleh saya masuk ?"

Diam. Tiada yang menjawab 'boleh' atau 'tidak'.

" Khai. Saya masuk ya. "

Terus Rara memusing tombol. Mujur tidak berkunci. Pintu ditolak ke dalam.

Ruang gelap yang hanya berbekalkan cahaya lampu meja itu diteroka. Ada bau yang kurang enak dihidu. Rara terpaksa menahan, matanya terus digerakkan mencari Khai.

Berhampiran jendela, berdiri seseorang sambil berpeluk tubuh. Pandangannya jauh ke luar.

Lega hati Rara apabila nampak Khai. Dulang yang ditatangnya tadi diletak atas meja. Dia nampak pinggan berisi makanan yang dibawanya malam tadi tidak terusik.

Oh. Ni lah bau tadi.

Makanan itu telah basi. Lendir-lendir kelihatan. Rara mengeluh. Seperti hari-hari sebelumnya, Khai tidak mahu menjamah setiap makanan yang dihidangkan. Usik pun tidak, bahkan pandang pun tak mahu.

Rutinnya hanya itu. Berdiri di tepi jendela dan memandang ke luar. Menanti seseorang yang telah hampir seminggu lamanya menghilangkan diri.

" Khai, saya letak makanan kat sini ya. Jangan lupa makan. " pesan Rara.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now