44|Que

28.6K 2.3K 59
                                    

Tatkala mata dibuka, Elly sedar dia bukan di dunia nyata. Keadaan sekelilingnya kelam tanpa sebarang objek mahupun hidupan lain kelihatan. Demensi itu tampak suram dan dingin. Barangkali satu sudut dalam dirinya yang sudah lama tersembunyi.

Sambil memeluk tubuh, dia membuka langkah. Tiada tujuan. Biarlah. Lambat atau cepat, segalanya akan ada penghujung.

" Elyana..."

Langkahnya berhenti. Satu cahaya bayangan kanak-kanak perempuan tak berupa berdiri di depannya.

" Kau siapa ?" Soalnya.

Tiada balasan. Hanya jarinya menunding ke arah sesuatu. Elly menoleh dengan takut-takut. Khuatir bahaya yang mendatang. Tetapi sangkaannya meleset, belakangnya muncul satu cahaya lebih besar dan terang.

Tanpa sempat berbuat apa, cahaya itu menarik dia ke dalam.

-----

Suasana riuh kedengaran. Ini bukan bunyi orang sedang bersuka ria, ini lebih kepada bunyi ... gaduh ?

Elly buka matanya. Dia berdiri di susur gajah, di sebuah sekolah rendah kebangsaan.

" Kat sana cikgu !"

Elly menoleh ke belakang. Kelihatan seorang wanita dalam 30 an macamtu dipimpin budak pengawas sekolah. Mereka berjalan tanpa menyedari kehadirannya di sisi susur gajah tersebut.

Masih bingung dengan apa yang berlaku, Elly buat keputusan untuk mengekori ke mana dua manusia itu pergi. Ikut punya ikut, mereka tiba di kawasan kantin. Penuh murid sekolah buat bulatan mengelilingi sesuatu. Tengok apakah ?

" Ke tepi semua !" Wanita tadi memberi arahan.

Terus saja dia mencelah masuk ke dalam kerumunan murid sekolah yang hanya setinggi paras pinggangnya saja. Kecil-kecil.

" Cakaplah lagi ! Kalau berani cakaplah !"

Suara comel yang garang kedengaran memarahi sesuatu. Apabila murid-murid lain mula membuka bulatan tadi, terlihatlah Elly akan seorang murid perempuan sedang duduk di atas seorang murid lelaki yang sudah lebam wajahnya. Jelas keadaan bahawa dia sudah ditumbuk dan dibelasah oleh murid perempuan itu.

" Cukup Que. Mari sini. "

Wanita tadi menarik murid perempuan yang bernama Que itu untuk bangun. Sebelah tangannya pula memapah murid lelaki yang separa lemah itu.

" Sekarang jelaskan apa yang dah jadi ?" Soal wanita itu. Meski kedengaran tegas, tapi ada nada risau terselit sama.

" Dia yang mulakan cikgu. "

" Kau yang mulakan. Tak guna !"

" Que, cikgu tak ajar kamu cakap macamtu. "

Que menunduk. Tahu dia sudah terkasar bahasa di depan wanita yang bernama Cikgu Suraya itu. Tapi, panas hatinya belum surut apabila budak lelaki itu tidak mahu mengaku salah.

" Sudah. Kamu berdua ikut cikgu ke bilik guru. "

Tanpa mendapat persetujuan, terus kedua-dua murid tersebut ditarik menuju ke bilik guru seperti yang diperkatakan oleh cikgu Suraya itu. Mereka berjalan ke arah Elly.

Ajaib. Mereka berjalan menembusi tubuh Elly. Seolah-olah Elly hanyalah angin yang bisa ditembusi dan dihembus pergi.

Masih kaget dengan kejadian itu, Elly tiba-tiba dibawa kembali ke demensi kelam dan kosong tanpa objek dan hidupan tadi.

Bayangan apa tadi ? Kenapa dia perlu lihat bayangan itu ? Apa kaitan dia dengan kejadian tadi ? Buntu sekejap untuk Elly dapatkan jawapan mengenai tayangan yang dilihatnya tadi.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now