38|Mati

29.1K 2.3K 190
                                    

" Ei kau takda benda lain ke nak buat selain tampar ?" Soal Khai separuh marah. Diusap pipinya yang kesakitan kerana dapat tamparan maut dari Elly. Dua kali dah ni.

" Padan muka. Saya kata taknak, taknak lah. "

Elly membalas sambil berpeluk tubuh. Sesekali angin bertiup deras di atas bumbung itu. Menolak kain tudung Elly seakan menari-nari lagu samba. Khai mengeluh apabila Elly masih juga bersikap dingin padanya. Walaupun telah berjaya memaksa gadis itu mengikutnya berbincang di atas bumbung hospital itu, tetap juga gagal melenturkan besi kemarahan dalam dirinya.

Jejaka itu melabuhkan punggung di pinggir bumbung. Tergesel sikit dengan sesiapa, mungkin mengakibatkan nyawanya melayang ke bawah. Dilihat kembali wajah Elly yang masam buah epal hijau. Masam kan ?

" Kau marah aku lagi ?" Soalnya lembut. Tangannya digerak mencapai hujung jemari gadis itu.

Melihat pergerakan tangan Khai, Elly pantas mengelak. Dijarakkan tubuhnya dari berada rapat dengan Khai. Seperti kata Alia, dia bukan patung, yang datang bila perlu, buang bila tidak perlu. Dia manusia, ada perasaan. Alolo, emosinya Elly ni.

" Okay, aku tahu kau taknak cakap dengan aku dah. Tapi, tolong bagi aku pinjam telinga kau-"

Elly pantas menoleh ke arah Khai sambil memegang telinganya. Terjegil matanya mendengar permintaan Khai tadi. Kalau sebelum ini dia dianggap patung, apa sekarang lelaki itu menganggapnya robot gundam ? Boleh cabut itu ini ?

" Pinjam telinga maksudnya dengar. Dengar apa aku nak cakap lah pandai." Geram Khai. Diketap bibirnya sambil membalas jelingan mata Elly.

Elly tersengih malu. Jejaka itu menggeleng kecil sebelum menyambung kata-katanya yang terbantut tadi.

" Firstly, aku minta maaf sebab abaikan kau lately ni. Hubungan kita baru nak mula, tapi aku dah tak tumpu perhatian pada kau. Maafkan aku ? "

Wajah Elly dilihat lagi. Cuba mendapat respon daripada Elly dengan luahannya tadi.

" Straight to the point je la Khai. Saya malas nak borak panjang. " sinis balasan Elly. Sebenarnya, hatinya sudah tersentuh dengan pemohonan maaf Khai tadi, tapi tidak akan semudahnya dia memberi kata maaf. Bersusah-susah dahulu, naik perahu tak payah sebab nak ke mana naik perahu tu ? Eh. Fokus penulis, jangan merepek sangat ya.

Nafas Khai ditarik dalam-dalam. Terpaksalah dia memungkir janji yang dibuat pada Rara. Janji merahsiakan tentang keinginan Lyna untuk membunuhnya. Ala, lagipun Lyna dah mati kan ? Tak salah rasanya dia membuka cerita sebenar pada Elly. Gadis itu berhak tahu.

" Ada orang nak bunuh aku. "

Ringkas ayat itu, tapi mampu buat urat leher Elly hampir putus kerana menoleh secara laju, padu, dan maju memandang Khai.

" Tipu. "

" Terpulanglah kau nak percaya atau tak. Cukup aku buka rahsia yang kau nak tahu sangat. Kalau kau masih nak kita berpisah, terserah. "

Khai mengangkat punggung. Cukuplah penjelasan yang diberikan. Sekurang-kurangnya dia telah berlaku jujur. Kalau Elly masih enggan memaafkannya, itu hak Elly.

" Betul ke Khai ? " perlahan suara Elly bertanya.

Khai tersenyum apabila Elly sudah mula membuka hati untuk berbicara lebih dengannya. Sentuhan tangan gadis itu pada lengannya, serta merta membuat bunga di taman hati mekar sebesar bunga Raflesia.

" Ya. Tapi terserah pada awak untuk percaya atau tak. "

" Emm. " Elly memegang dagunya. Memikirkan kesahihan kata-kata Khai tadi. Bunuh ? Takkanlah Khai cuba bergurau mengenai soal maut ini pula.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now