50|Klimaks II

37.2K 2.4K 483
                                    

" Cukuplah Lyna. Dah banyak orang kau bunuh. Bawak bertaubat. "

" Heh. Mana ramai. Bapak aku dengan madam Alisa aje. "

" Kau..kau bunuh mak aku?!"

Joe seakan tidak percaya. Ditenung Rara yang langsung tidak ada rasa bersalah akan perbuatannya. Gadis itu pula dengan senang hati tersenyum.

" Eh dah tiga orang ek. Kau bunuh Rara !" Khai yang bertenggek di atas pokok bersuara lagi.

Kata-katanya itu terus meledakkan ketawa Rara. Selang beberapa saat, apabila tawanya semakin tenang, dia kembali pada perbualan.

" Kesian korang ni. Semua kena kencing dengan aku" Joe dipandang "...mak kau tu patot mati sebab bising sangat". Matanya beralih pada Khai pula. " dan kau. Sila baca bab-bab lepas untuk tahu. Diringkaskan cerita, aku lah Rara. Hahaha. "

Khai mengerutkan dahi sambil mengeluarkan handphone dari kocek baju. Dibuka application wattpad untuk memeriksa bab-bab lepas bagi memastikan kata-kata Rara tadi.

" Kau bunuh mak aku..."

Terduduk Joe di atas tanah dengan air mata menitis deras. Walaupun hubungan dia dengan madam Alisa tidaklah serapat mana, tapi itulah wanita yang melahirkannya dan membesarkan dia hingga berotot sedemikian.

Tidak ku duga, aku bersama pembunuh mak ku. Dan mak aku mati pun aku tak tau.

Joe menggeleng-geleng kepala, sesal kian mengundang. Membebani perasaan.

" Woi ! Dah-dahlah merepek tu. Tarik aku naik atas. " satu suara di tepi tebing kedengaran.

Lantas ketiga-tiga kepala memandang. Melihat tali yang yang diikat pada batang pokok digoyang-goyang.

Khai tepuk dahi. Dia lupa tujuannya ke situ. Baru dia ingat, setelah dia tiba semula di tempat dia tinggalkan Elly, dia hanya menemui sekeping stickernote yang menyuruhnya datang ke pinggir hutan ; di mana ada tebing tinggi berdekatan laut yang bakal menelan sesiapa atau apa yang terjun dari situ. Fuh, nampak gempak dan merepek kan. Layankan.

" Ah ! Siapa pun kau. Aku nak kau lepaskan Elyana !" Lantang dia bersuara.

" Okay. "

Pantas Rara mencantas tali yang terikat pada batang pokok dengan pisaunya. Serta merta tali itu terlucut dan mengelongsor Elly ke bawah berserta jeritan tarzannya.

Kaget sekejap, namun Khai sempat melompat dan menangkap tubuh Elly. Seperti dalam adegan filem-filem aksi, dia juga berjaya bertahan dengan berpaut pada akar pokok yang tumbuh di tepi tebing itu.

" Eiii..." cuak perasaan Elly tatkala melihat pemandangan di bawahnya.

Ini kalau jatuh,mampuih. Dipeluk erat tubuh Khai sekuat hati.

" Bodoh. Aku kata lepaskan. Bukan 'lepaskan' macam ni. Grr.."

Sakit hati lelaki itu melayan kegilaan Rara. Bertambah sakit apabila gadis itu ketawa tanpa sebab.

" Eh kau kalau nak bunuh aku. Bunuh jelah. Kenapa buat macam ni ?" Soal Khai tidak puas hati.

Rara berpotensi menembak atau menyepak mukanya supaya jatuh dalam situasi begini. Tetapi, gadis itu boleh pula relaks-relaks duduk goyang kaki di tepi tebing.

" Khai khai khai.."

Hah pehal sebut nama aku ?

" Kau tahu tak sekejap lagi hari siang ?"

Bulat mata Khai mendengarnya. Terlalu sibuk dia ingin menyelamatkan Elly hingga lupa mengelak benda yang membahayakan dirinya. Kalau matahari keluar, dia akan ghaib dan paling membimbangkan, Elly pasti terus terjatuh ke dalam laut.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now