25|Naik Hantu

34.2K 2.9K 407
                                    

Isi pasu bertukar wajah. Elly tersenyum puas. Kemudian, dia menoleh kiri ke kanan. Memastikan ketiadaan manusia lain di bilik sakit itu. Lagaknya kalah pencuri.

Seperti yang dia telah rancangkan di dalam kepala yang kekadang bengap kekadang genius itu, dia perlu memerangkap Rara yang disyaki mempunyai niat tersembunyi.

Caranya adalah dengan kes bunga itu.

Wait and see Rara. Topeng kau akan terbuka kali ini.

Elly mengundur langkah setelah yakin perangkap yang dipasang akan menjadi. Kemudian, dia keluar dari bilik sakit itu.

" Nanananana.. Assalammualaikum dunia, bangunlah semua..."

Telinga Elly menangkap satu suara sumbang yang meniru suara Faizal Tahir sambil mendendangkan lagu Assalammualaikum itu.

Elly intai disebalik newspaper yang digunakan sebagai alat penyamaran itu. Dia lihat Rara seperti kebiasaan melangkah ceria masuk ke bilik sakit tersebut.

Suspek sudah masuk perangkap.
Satu suara ala-ala polis Gerak Khas kedengaran di kepala Elly. Dia mengangguk mendengar mesej khayalan yang diterimanya itu.

Apabila Rara sudah masuk ke dalam, Elly bangun dan merapati tubuh di dinding. Dia mengintai pula dari sebalik cermin lutsinar pada pintu itu.

" Cik, ada apa yang saya boleh bantu ?"

Elly menoleh. Tingkahnya yang mencuriga tadi telah menarik perhatian seorang jururawat. Bukan dia je, orang-orang yang ada kat situ pun perasan.

" Boleh. Tolong saya..."

Elly merapatkan bibirnya pada telinga jururawat dan berkata, "...tolong jangan ganggu saya."

Membulat mata jururawat tadi mendengarnya.

Hahaha. Tak ada lah, lepas kena tegur tadi Elly cakaplah dia pelawat dan jururawat tu pun blah.

Elly kembali pada mood penyiasatan. Dia mengintai Rara dari luar. Dilihat gadis itu memegang pasu tadi. Gadis itu membelek sekejap. Kemudian, dia menoleh ke kiri dan kanannya sebelum tangannya mengenggam tangkai bunga dan menarik keluar.

" Rara, kau nak buat apa tu ?!" Hamek kau, takda saya awak dah. Kau aku terus.

Terjahan mengejut itu mematikan tingkah Rara. Dia berpaling memandang Elly di muka pintu. Nampak berang.

" Eh cik Elyana, bila sampai?" dalam kaget sempat Rara menyoal dengan senyuman dibuat-buat.

" Tak payah nak cik cik sangat. Jawab soalan aku tadi," Elly berkata dengan nada tinggi.

Terkejut lagi si Rara. Matanya mula bergenang air.

" Sa..saya tak buat apa pun cik."

" Tipu. Aku nampak kau nak buang bunga tu kan ?"

" Ma..mana ada. Cik salah pandang ni. "

Elly mengetap bibir. Geram. Dah tertangkap pun masih nak berlakon lagi.

" Okay, katakan aku salah pandang. Habis mana bunga yang aku bagi haritu ?"

Rara terus telan air liur. Entah harus bagaimana ingin dijelaskan.

Melihat Rara diam membisu, Elly rampas pasu bunga yang di dalam genggamannya. Tetapi Rara tidak mengizinkan.

Maka berlaku aksi tarik menarik pasu bunga di antara mereka. Kejap ke depan kejap ke belakang. Masing-masing tidak mahu mengalah.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki ber sweater merah hati. Terkejut sekejap dia dengan aksi dua gadis di depannya.

" Apehal ni ?" soal Khai.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now