26|Gadis Ceria

33K 2.7K 550
                                    

Tup.

Pintu ditutup.

Rara menghela nafas. Lebih kepada mengeluh sebenarnya. Perlahan-lahan dia membuka langkah. Nampak bangku kosong, dan dia terus duduk.

" Kenapa diam ?"

" Sa..saya.."

Rara masih ingat bagaimana sepasang mata coklat tadi merenungnya. Tajam, seperti serigala.

" Cik Tiara. Apa pun alasan awak, saya harap awak tak ulang lagi. Izinkan saya berehat sendiri. "

Rara terkedu. Reaksi yang sama apabila dia mendengar lelaki itu berkata-kata. Lalu, tanpa sempat beri penjelasan dia turuti jua.

Gadis itu menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan. " Nek, kenapa semua orang salah faham dengan Rara ?" dia mula berkata sendiri.

Perlahan, tangannya basah. Dia menangis. Terasa bagai hidupnya tiada erti lagi.

Sesaat dua saat.

Dia mengangkat wajah. Dia tersenyum. Meski air mata masih mengalir, dia tersenyum. Dilap pipi dengan belakang tapak tangan.

Aku tak boleh macam ni. Aku kena kuat !

Semangat ditiupkan dalam diri. Gadis itu kembali ceria.

" Akak akak !"

Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 10 tahun macamtu menegur Rara.

" Eh hai adik. " Rara membalas sapaan kanak-kanak itu. Saling mengenali.

" Akak, pasal bunga Orkid hari tu..Terima kasih tau! Mak saya suka sangat. " bersemangat kanak-kanak itu bersuara.

Rara tumpang gembira. Tangannya mengusap rambut kanak-kanak itu.

" Sama-sama. "

*****

" Eh, Tuan Khairul tak balik lagi ?"

Khai menoleh sebaik saja mendengar satu suara lembut menegur. Kelihatan seorang gadis berseragam putih mendekati katil. Jururawat.

" Belum, tunggu Madam. "

Jururawat itu mengangguk mendengarkan pemilik hospital itu berkata. Sesekali matanya melirik melihat Khai. Untuk pertama kali, setelah digempar gempurkan orang ramai mengenai kekacakan pemilik hospital itu, baru kali ini dia dapat menyaksikan kesahihan berita tersebut.

Hensem gila.

Pujinya dalam hati sampai lupa tujuannya masuk ke bilik itu. Satu dokumen di atas almari dipandang, lalu dicapai. Inilah benda yang dia cari tadi.

" Eh, cik Rara tak ada ke ?" dengan tiba-tiba jururawat tadi bertanya. Hairan juga bila gadis ceria yang 24jam melekat dengan Khai tiba-tiba hilang bayangnya.

Khai yang asyik memandang ke luar jendela yang diletak kain hitam jarang menoleh lagi.

" Eh. Awak kenal cik Rara?" Khai tidak menjawab malah menyoal kembali. Dia pula jadi pelik bila jururawat itu mengenali Rara. Ah, budak terlebih gula tu, mungkin satu dunia kenal dia lah.

Jururawat tadi ketawa kecil sebelum menjawab. " Siapa tak kenal cik Rara. Dia tu lebih kurang pembawa ceria kat hospital ni tau. "

Hamboi. Kemain jururawat ni bagi perumpamaan untuk Rara.

" Ohya ? Kenapa saya taktau ?" Khai semakin berminat untuk mengetahui cerita mengenai Rara.

" Mana nak tahu kalau tak pernah datang sini. Hihi. " jururawat itu memerli dalam usikan. Dan kemudian, tersingkap lah latar belakang gadis bernama Tiara atau Rara ni.

Rara merupakan anak yatim piatu. Ibunya meninggal kerana menghidapi kanser dan bapanya pula disahkan kurang siuman sebelum turut sama mengikuti jejak ibunya. Kemudian, dia dibesarkan oleh neneknya. Malangnya, sebulan yang lalu neneknya meninggal pula. Kini, dia hidup sendiri dan masanya dihabiskan dengan menjadi sukarelawan bebas di hospital ini.

" Kesian dia kan. Nampak luaran ceria, tapi dalaman menyakitkan. " penuh beremosi jururawat tadi bercerita.

Khai yang agak terkesan dengan cerita itu hanya mendiamkan diri. Ada terbit rasa simpati. Dia faham rasa kehilangan, kerana dia juga kehilangan papa dan mamanya. Tapi untuk sentiasa kekal ceria seperti Rara, dia tak mampu. Rara memang kuat !

" Em okaylah Tuan Khairul. Saya ada kerja, saya minta diri eh. "

Khai tidak membantah dan dibiarkan gadis berseragam putih itu keluar.

*****

Dua tiga ekor ikan berenang aktif di dalam kolam itu. Berebut mengutip makanan yang dilempar oleh Rara.

" Makan makan. Sampai gemuk. " Katanya. Dilempar lagi makanan ikan itu.

" Hey. Sini rupanya awak. "

Satu tangan menyentuh kepala Rara. Pantas gadis itu menoleh. Khai dengan muka ditutup kain sweater tersengih padanya.

" Encik Khairul. Matahari ni. " kata Rara lalu menarik tangan lelaki itu ke dalam bangunan. Khai hanya menuruti.

Setelah keduanya terlindung dari cahaya matahari, Rara mula bertanya. Pelik juga Khai datang mencarinya.

" Encik Khairul tak balik lagi?" soal gadis itu.

Khai menggeleng. Senyuman tersembunyi sesuatu dan Rara tertarik dengan senyuman itu.

" Saya tak boleh balik lagi. " Kata Khai. Dahi Rara berkerut.

" Kenapa? Doktor tak bagi ke ?" soalnya lagi dan Khai menggeleng kepalanya.

" Habistu?"

Pening kepalanya memikirkan apa penyebab dilarang balik sedangkan dia sendiri dengar doktor yang merawatnya sudah membenarkannya.

" Saya tak boleh balik selagi awak tak ikut saya balik. "

" Hah ?!" hampir terjerit Rara kerana terkejut. Orang ramai yang lalu lalang sempat berhenti memerhatikan mereka.

" Encik Khairul kata apa ni ? Saya tak faham. " jelas Rara. Kenapa tiba-tiba je mamat ni.

" Cik Tiara. Saya tahu awak tiada tempat tinggal sekarang, jadi saya tawarkan rumah saya untuk cik Tiara. Sudi ?"

Tangan Khai dihulur. Seperti putera raja ingin mengajak menari. Senyumannya yang manis itu terukir lagi.

" Ta..tapi Encik Khairul," Rara masih ragu-ragu. Malu pun ada diperlakukan demikian.

" Takda tapi-tapi. Jom !"

Oleh kerana lambat sangat Rara beri respon, Khai terus capai tangannya dan membawa pergi.

Khai, kau dah suka Rara ke ? Elly macam mana ? :(

*****
Helmet pink ditanggalkan. Elly menjengah ke halaman rumah banglo dua tingkat itu. Kereta Madam Alisa tiada. Mungkin dia belum datang kerja lagi.

Ting tong.

Loceng ditekan. Seketika pagar terbuka secara automatik. Tanpa berlengah, gadis bertudung itu menolak motor yang diberi nama babyblue itu ke kawasan parkir.
Pintu diketuk dan tak sampai sesaat terbuka.

" Assalammualaikum Khaa.." nada yang elok ceria tadi terus berubah tatkala melihat orang yang membuka pintu itu.

" Waalaikumsalam cik Elyana !" ceria Rara menyambut. Senyuman diberikan.

Tapi Elly tak membalas. Matanya memandang pada pakaian Rara.

Apron tu !

Sudip tu !

Tu aku punya lah !

Renungan tajam diberikan.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now