32|Sama Bahaya

31.8K 2.4K 117
                                    

" Budak macam kau patot mati !"

Bisikan halus kedengaran. Dia yang elok lena di atas katil nampak terganggu. Peluhnya membasahi separuh wajah.

" Maafkan Rara ayah. Tolong jangan pukul Rara. "

Bisikan lain pula kedengaran. Membalas bisikan yang pertama tadi.
Mimpinya mula menjelma. Satu kayu nampak berhayun.

" Jangan pukul Rara ayah !!!"

" Rara kenapa ni ?"

Mata dibuka. Sebaik sahaja nampak gerangan itu, terus dia bangun dan memeluk erat. Dia menangis.

" Rara. Kenapa ni ? Awak mimpi buruk ke ?"

Khai menyoal. Belakang badan gadis itu diusap-usap supaya jadi tenang. Soalannya tadi dibiar sepi. Hanya tangisan berterusan berbunyi.

" Khai..."

" Ye Rara. Saya ada ni. "

" Saya nak minta maaf. "

Khai melepaskan pelukan Rara. Kedua bahu gadis yang masih menangis itu dipegang.

" Maaf untuk apa ? "

" Sa..saya ada niat tak baik kat awak. "

Buntang mata jejaka itu mendengarkannya. Tapi dikawal diri agar tidak melenting.

"...saya diarah untuk bunuh awak."

Kali ini pegangan tangan Khai terus dilarikan. Dia juga menjarakkan diri sedikit dari Rara. Sungguh, dia tidak menyangka gadis sebaik Rara ada niat sebegitu.

Tanggisan Rara semakin menjadi-jadi tatkala melihat reaksi Khai. Khai telah membencinya. Bukan setakat benci, mungkin nanti dia akan dilaporkan pada polis dan dipenjarakan.

" Saya minta maaf. Awak boleh report kat polis dan minta saya dipenjarakan. Saya sedar saya jahat. "

Kedua tapak tangannya terus menutup muka. Tangisannya masih bersambung.

" Tapi kenapa Rara. Apa salah saya kat awak ?" Soal Khai berbaur kecewa.

Sungguh, dia terkejut dan terkilan. Tidak pernah rasanya dia berbuat salah dengan sesiapa. Dan mengapa Rara sanggup memperlakukan dia begitu ? Sampai tahap membunuh ?

" Saya tak boleh nak bagitahu kenapa. Cukuplah saya jujur. Saya tak boleh teruskan. Awak baik dengan saya Khai.. "

" Kejap, awak kata awak diarah. Siapa yang mengarah awak ?"

Rara menelan air liurnya. Patutkah dia memberitahu bahawa kakaknya memaksa dia melakukan semua ini ? Tapi, Lyna ialah kakaknya. Kakak kandung. Tak kejamkah dia meletakkan kesalahan itu seorang pada Lyna ?

" Jawab Rara. Jawab. "

Bahu gadis itu digoncang-goncang. Khai inginkan penjelasan. Siapa yang begitu jahat hingga ingin membunuhnya.

" Ka..kakak saya, Lyna. "

*****

Meja kayu itu diterbalikkan. Tidak puas, kerusi pula diangkat dan dihentak pada lantai papan. Patah kaki kerusi kayu tersebut.

" Argh ! Tak guna tak guna. Sanggup dia buat macam ni kat aku !"

Lyna mengenggam penumbuk. Kemudian dihayunkan pada dinding rumahnya yang terdiri dari papan.

Krakk

Dinding itu berlubang apabila terkena tumbukan itu. Pedih luka pada jari-jarinya itu dibiarkan. Hatinya lebih sakit ketika ini.

Rara, satu-satunya orang yang akan menjayakan rancangan jahatnya sudah mengundur diri. Bukan itu sahaja, malah mengugut akan melaporkan pada polis sekiranya dia masih berdegil untuk melaksanakan rancangan yang telah lama dia rangkakan.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now