36|Belum Lagi

29.1K 2.3K 211
                                    

Sebaik sahaja kain putih itu disingkap ke bawah, bau hangus menyeringat ke lubang hidung. Terundur dia sambil lengan diangkat menutupi saluran penafasannya.

" Macammana ?" Lelaki berseragam biru menyoal.

Khai menoleh pada Rara yang berdiri di sebelahnya. Berkerut-kerut dahi gadis itu, cuba menghilangkan bau pelik lagi aneh yang sukar digambarkan tadi. Isi perutnya pula berasak-asak meminta keluar. Nak muntah.

" Okay tak Rara ? Boleh teruskan ?" Khai pula mengajukan soalan. Ada terbit rasa khuatir melihat keadaan Rara. Sekiranya pemeriksaan mengenalpasti mayat itu menjejaskan kesihatannya, elok ditangguhkan ke waktu lain.

Rara mengangguk, masih cuba menguatkan diri untuk sesi mengenalpasti mayat tersebut. Kalau dia tangguh, risau masalah lain pula timbul. Langkah dibuka setapak. Memandang sekujur tubuh hitam yang tidak punya rupa lagi.

" Saya tak boleh sahkan. Ada apa-apa barang pada dia tak yang boleh saya tengok untuk pastikan ? Maksud saya macam rantai leher ? Kakak ada pakai rantai."

Lelaki berseragam biru tadi memandang pula perempuan berkot putih dengan cermin mata retronya. Mereka bercakap perlahan seakan berbisik. Kemudian, perempuan tersebut masuk ke satu bilik. Sambil menanti ketibaan perempuan itu, Rara dan Khai sempat saling memandang dan tersenyum nipis.

" Rantai ini ke ?"

Perempuan tadi muncul dengan sebungkus plastik lutsinar. Di dalamnya terdapat seutas rantai silver dengan batu jed berbentuk diamond di tengahnya. Entah asli atau tidak.

Melihatkan struktur dan warna rantai tersebut, air mata Rara mula bertakung di kelopak mata. Dia mengangguk lemah.

" Ya..betullah. Jadi, ni memang mayat kakak. " dia bersuara perlahan. Sukar mengakui hakikat itu.

Khai terus menarik Rara ke dalam pelukan. Meredakan rasa hiba yang mula bercambah di dalam diri gadis itu.

*****

Pengurusan mayat 'Lyna' diserahkan sepenuhnya kepada pihak hospital. Dimandikan, dikapankan dan ditanam juga semuanya pihak hospital akan lakukan.

Rara duduk lemah di birai katil. Memerhati Khai yang sedang mengemas beberapa kain masuk ke dalam beg.

" Khai." Panggilnya tiba-tiba. Jejaka itu mengangkat pandangan ke arahnya.

" Saya minta maaf susahkan awak, ya ?" ucap Rara sambil merenung mata Khai.

" Awak tak susahkan saya Rara. Tapi awak dah selamatkan saya. Kita bernasib baik sebab ajal Lyna menjemputnya lebih awal. " balas Khai dengan memaniskan wajahnya. Berharap Rara tidak berasa terlalu bersalah mahupun terhutang budi.

Mendengarkan itu, kegelisahan Rara sedikit sebanyak berkurangan. Dia melompat turun dari katil dan menarik lengan Khai.

" Jom, balik. Rindu rumah. "

Khai curiga sekejap. Kenapa sejak kebelakangan ini, Rara nampak lain ? Rara yang dia kenal,mungkin memang manja tapi tidak menggoda. Namun, Rara di depannya sekarang amat berlainan.

Ah. Perasaan aku mungkin.

Tangan Rara mula turun dan mengengam jari jemari Khai. Dia tersenyum hingga nampak lesung pipitnya.

" Jomlah.."

Dan Khai akur.

*****

Pintu rumah dibuka. Cahaya mula menjamah lantai. Seketika, cahaya kembali hilang apabila pintu ditutup.

" Awak nak makan apa-apa tak ?" Rara bertanya. Dilihat wajah Khai yang nampak lesu. Kepenatan mungkin.

" Tak apalah. Saya nak duduk sekejap, nak rehat. " balas Khai kemudian terus merebahkan badan pada badan sofa.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now