43|Ditangkap

28.8K 2.1K 63
                                    

Bulatan cahaya menghala ke arahnya. Bak pelakon teater di atas pentas, dia membuat mimik muka.

Oh ho hoii ♪

Matanya yang dikatup rapat tadi dibuka dengan jelingan menggoda. Senyuman meleret di bibir.

Kalau mata dah bertentang mata ♪

Anak mata digerak dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri. Kemudian ditutup rapat semula.

Hati di dalam bagai nak gila ♪

Diam.

Sesaat menyepi. Matanya terbeliak tiba-tiba.

Hey ! Senyumlah senyumlah ahaii cek mek molek ! ♪

" Senyumlah senyumlah..."

Lyna muncul di muka pintu. Berdiri memerhati seseorang yang telah diikat secara berdiri di dinding, sedang seronok menyanyikan lagu cek mek molek itu.

" Joe !!" Tempiknya. Serta merta membuatkan nyanyian tadi terhenti.

Joe muncul dengan tergopoh gapah apabila dipanggil oleh Lyna tadi. Dibahunya memikul sekujur tubuh seorang gadis.

" Asal ?" Soal Joe.

" Apesal kau tak tutup mulut dorang ? Siap nyanyi ni. Apa ingat ni konsert live ke ?" Sinis Lyna menyoal.

" Oh laa.. buat apa tutup. Kita kan kat tengah hutan. Dia jerit pun takda siapa dengarlah. "

Tenang Joe membalas soalan Lyna. Tidak mempedulikan wajah bengis yang terlakar di muka gadis itu. Tanpa mengendahkan respon selanjutnya, dia melangkah masuk ke ruang dalam banggunan lama tersebut.

" Woi woi. Lepaskan akulah !"

Alia bersuara sebaik sahaja Joe berada dekat dengannya. Serasanya sudah berpuluh kali dia mengulangi ayat yang sama. Meminta untuk dilepaskan. Ketiaknya mula kebas kerana diikat secara tangan menegak ke atas. Persis ikan masin yang tergantung di kedai-kedai. Bezanya, itu ekor dan dia tangan.

Joe tidak mempedulikannya. Dia menurunkan tubuh yang dipikulnya tadi ke atas sebuah kerusi office. Menyandarkan gadis yang masih tidak sedarkan diri itu ke badan kerusi, kemudian dicapai tali lalu diikat keliling tubuh.

Tatkala Alia mahu membikin kecoh minta dilepaskan, pandangannya berhenti pada gadis yang didudukkan di atas kerusi tadi. Terkejut apabila melihatkan itu kawan karibnya, Elly. Dan dua kali terkejut apabila melihat darah yang memenuhi tudung Elly dan separuh wajahnya.

" Woi woi. Apa korang buat kat Elly hah !!" Jeritan berbaur soalan itu bergema di dalam banggunan yang serba sunyi itu.

Perit telinga Lyna mendengarnya. Sejak tadi hanya suara gadis tembam itu memecahkan kesunyian. Pot pet sana, pot pet sini.

" Diamlah !! Bising betul. " herdik Lyna. Namun tidak menggentarkan Alia sedikit pun. Jelingan tajam diberikan.

" Aku takkan diam selagi korang tak bagitahu kenapa korang bawak kitorang kat sini hah ? Apa salah kitorang ?" Alia masih berani menutur kata.

Digoncang-goncang tangan supaya ikatannya terlepas. Tetapi tak berjaya. Ikatan tali itu begitu ketat dan padat.

" Aku dah cakap Joe, jangan angkut minah ni. Semak ah !"

" Bukan aku nak angkut, tapi keadaan yang memaksa. " balas lelaki itu.

Dan ingatannya kembali pada sejam yang lalu.

------

Poket baju diraba. Kosong. Poket seluar diseluk. Habuk yang dapat. Joe gelisah. Mana mungkin otaknya dapat bergerak andai batang rokok itu tidak dihisapnya. Kebetulan sungguh, kedai runcit berada tidak jauh darinya.

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now