46|Aku datang

28.8K 2.3K 157
                                    

Tingkap dibuka.

Kosong.

Katil nampak kemas bagai tak disentuh. Bilik tersusun rapi bagai tak diusik. Walau hati sedikit gusar dengan pandangan aneh itu, dia gagahkan diri melompat masuk. Meja tulis dipijak sebelum tapaknya menyentuh lantai dingin.

" Elyana..." panggilnya berbisik.

Seluruh sudut bilik itu diselidik. Mencari kelibat gadis itu. Mungkin sedang bermain sorok-sorok dengannya. Atau bersembunyi kerana marah akannya yang tak datang beberapa hari lalu ?

Plak !

Pintu dibuka dari luar. Pantas Khai melompat dan melekat pada atas penjuru bilik. Matanya melirik pada dua manusia yang masuk ke dalam bilik Elly tersebut.

" Dahlah awak. Elly takkan muncul walau berpuluh kali awak masuk bilik ni. "

" Dah dua hari bang. Dua hari anak kita hilang. Mana dia pergi..."

Hah. Elyana hilang ?

Berdebar dada Khai mendapat khabar itu. Ke mana Elly pergi ? Siapa yang menculiknya ?

" Polis tengah usahakan. Kita berdoa saja anak kita selamat ya. "

Bapa Elly merangkul bahu isterinya dan mengusap lembut. Cuba menenangkan hati wanita yang sudah seharian menangis mengenangkan anak gadis mereka yang tiba-tiba hilang. Tidak lama mereka bersedu sedan di dalam kamar tanpa membuka lampu, akhirnya mereka keluar dan pintu ditutup semula.

Khai melompat dengan gaya kuak belakang sebelum mendarat ke lantai. Ditepuk tubuhnya yang terkena sawang lelabah ketika kuak belakang tadi dibuat.

Ah. Di manakah Elly ? Siapa yang menyembunyikannya ?

Tanpa berlengah dia melompat ke luar tingkap. Penuh bergaya.

*****

Kesan darah yang kering itu dihidu. Darah yang amat dikenali siapa pemiliknya. Wajah Khai bertukar bengis. Samaada bau darah itu menghidupkan naluri draculanya atau baran kerana seseorang telah mencederakan manusia terpenting baginya.

" Aku tau ni kerja kau Lyna. "

Dia berkata sendiri sambil kembali berdiri dari cangkungannya tadi. Rumah yang bersepah itu langsung tidak dipedulikan. Dia perlu mencari dan mengajar siapa yang sangat berdendam dengannya ini.

Urgh. Kau siaplah !

*****

" Ah !"

Hentakan dibuat.

" Hentilah ! Ah !"

Hentakan seterusnya.

" Sakitla-"

Hentakan berhenti. Rara memandang Joe yang baru pulang dari kerja memantau kawasan. Wajahnya nampak cemas.

" Lyna. Dia akan datang. " beritahu Joe dengan sedikit mengah.

Tersenyum Rara tatkala mengetahui ketibaan 'dia' itu. Pantas rambut Elly yang dicengkam tadi dilepaskan. Merah dahi gadis itu akibat hentakan yang dibuat oleh Rara tadi. Hilang akal hingga menyeksa Elly tanpa henti, kakak sendiri kot.

" Bagus. Sekarang, buat ikut rancangan kita. " arah Rara.

Joe mengangguk. Dia mendapatkan Elly yang sudah lemah tak terdaya itu dan membawanya rapat ke dinding. Sehelai kain hitam dibalut pada mulutnya, supaya tidak dapat bersuara. Tangannya pula sudah sedia terikat ke belakang. Alia dan Iskandar juga ditutup mulutnya dengan kain yang sama.

Tersenyum sinis Rara melihat mereka. Dia yakin, rancangan kali ini pasti kan berjaya dan nyawa Khai pasti tamat malam ini juga !

*****

Dracula's Bibik [C]Where stories live. Discover now